Sweet Sour Of Life Giveaway

Nak bijak sila tekan gambar.

Um.. so.. apa kata aku join Giveaway sementara berehat dari update
novel. Pada yang belum baca ni part baru Part 27. Ahahaha okay
sorry terpromote kejap.

So terasa nak join Giveaway yang dikendali kan oleh Cikna ni.

Aku nak cerita tentang pengalaman pergi bercuti dekat Singapore.. Ye..
aku tau dekat je dengan tempat aku kat Johor ni kekeke. Tapi ni first time
tau aku keluar negara walaupun kat sebelah je bwahahaha. 

Time nak cop passport tu fuh.. aku untung dapat kaunter lelaki yang
handsome muka sebijik macam pelakon korea. Okay. lari tajuk ni..

Blablabla kita skip sampai dekat Universal Studio. Sampai kat sana
benda pertama aku cari . Tandas. Ya.. cuaca hujan dan sejuk buatkan
aku tak tahan nak ke tandas. Macam terlari tajuk lagi je..

Anyway.. masa mula2 masuk tu tour guide aku iaitu cikgu sekolah
aku sendiri .. cough. Bawa pi masuk Elmo World. Peh. Walaupun
umur aku dah 17 tahun, Elmo dan binatang lain kat Sesame Street
tetap menjadi sahabat sejati ku dunia akhirat eh tetiba. Time masuk kat
situ kemain suka aku tengok muka Elmo. Tapi mood spoil sebab ada jejaka
di belakang aku yang menjerit sepenuh hati bila tengok Elmo. Kekononnya
nak takutkan budak2 . Ceh.

Then masuk dekat tempat Transformer. Woi Transformer woi !!
Cikgu aku cakap kalau taknak beratur panjang. Kita kena cakap
kat orang tu nak masuk SINGLE RIDE so attention pada semua okay.
And bila masuk tu aku dapat sekali dengan geng budak Cina mana ntah.
Masuk2 pakai cermin 3D tu kitaorang menjerit separuh nyawa dekat situ
tengok lagak Bumblebee. Serious gempak wa cakap lu. Hah tengok dah
keluar bahasa gangster. Keluar dari tempat tu hilang suara terus.

Then aku ambik gambar dengan maskot yang jarang2 keluar dan
susah nak diambil gambar. Serious beruntung gila aku dapat ambik
gambar dengan diorang ahaha. Cikgu aku kata Charlie Charplin
lah yang paling susah nak keluar. And nasib aku baik sebab aku dapat
ambik gambar dengan dia. Bwahahaha

Then yang paling aku tak boleh lupa. Time masuk dengan Mummy. Bukan
mak hang. Ni mummy yang dok berbalut tu. SERIOUS TAK TIPU kau
boleh kena serangan jantung kat situ. Time aku masuk tentang tu aku
dengan cikgu aku duduk depan sekali. Tempat tu kiranya macam roller
coaster tapi dalam tempat yang gelap. Hah bayangkan. Then aku pun
dengan beraninya duduk depan sekali. Satgi bila dah start gerak je.
Fuh ! Tak menyesal langsung duduk depan pasal time jatuh tu kau rasa
macam tudung kau nak tercabut keluar sekali dengan tekak2 kau sekali.

Dengan tiba2 muncul api kat depan mata kau then dalam gelap tiba2
kau kena tarik kebelakang then terjatuh semula menjunam ke bawah.
Bayangkan bertapa seramnya naik roller coaster Mummy tu. 


Okay sampai situ je aku mampu cerita. Nak cerita penuh karang juri
penat pulak nak baca. Kekekeke




 
Tags. yang ni totally random. 

 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

6 Itik gebo-gebo:

Zalina Hassan Zamri berkata...

wah!!!! akak ingat taun ni nak g singapore a. nak g uss... brape yer fee nak masuk uss???

ezyra taharin berkata...

wahh best nye..akk pon tak pernah lagi bcuti kat singapore...
btw thanks tag akk...si comel ke?hehe

Dalila Samsudin berkata...

@Zalina Hassan Zamri um tak tahu lah kak sebab pi dengan parent and ni jenis yang ikut pelacongan punya

Dalila Samsudin berkata...

@ezyra daniel welcome heheh comel lah xD

Farhanah Mokthar berkata...

wahhh dah pg uss ea.. best gila kan.. especially transformers.. hee.. btw rindu blogwalking blog ni mcm dulu-dulu ^_^

Unknown berkata...

Uihhh...best tuu...Bumble Bee BFF akak tuu..ahaha..

Selamat bersegmen...
Jom sambung novel...hihiii


x0x0 ^___^

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi