Cinta Photographer Part 5

Part 4 
Tekan untuk baca. Jangan risau ia akan buka di tab baru

Aina berjalan perlahan memasuki bangunan tinggi itu . Dia
sengaja berjalan lambat kerana tidak suka dipaksa bekerja
dan berharapkan artis itu memecatnya dengan cepat .

"Hish ! mana perempuan ni ! Lambat betul lah" marah Zain
sambil melihat jam tangannya . Marina tersenyum melihat karenah
boss nya itu . Zain kemudian mengeluarkan handphone yang berdering.

"Hello . Apa ? Dia dah datang? Okay terima kasih bagitahu" kata Zain
sambil mematikan panggilan telefonnya itu . Dia kemudian tersenyum
jahat seperti memikirkan sesuatu . "Rina, bagi botol air tu " arah Zain
sambil menghulurkan tangannya . Marina mengangguk sambil menghulurkan
botol itu kepada Zain. Zain kemudian berdiri di depan pintu seperti
menunggu seseorang . "Zain , awak nak buat apa tu ?" tanya Marina
sambil melihat Zain membuka botol airnya itu .

"Aku nak denda minah yang lembab tu" kata Zain sambil tersengih
memikirkan idea jahatnya itu.

Dengan tiba2 pintu itu dibuka dari luar , ternampak kelibat seseorang
mahu masuk kesitu . Zain dengan pantas terus menjirus semua air
yang berada di botol itu kearah orang itu sambil ketawa "Siapa
suruh datang lambat ! Rasakan ni!" kata Zain sambil ketawa .

Suasana jadi hening dengan tiba2 di dalam bilik itu . Zain tidak
lagi ketawa .

"Bro.. kau buat apa ni..." kata lelaki itu sambil mengenggam kedua dua
tangannya menahan marah . Kepalanya habis basah lencun. Erk . Zain
berwajah pucat. . " Ehh! Sorry wei ! Aku ingat kau pekerja aku yang
lambat tadi!" kata Zain dengan cemas .

"Yo." tiba2 ada suara dari belakang lelaki itu . Zain , marina dan
lelaki itu memandang kebelakang . " Maaf lambat" kata Aina. Aina
kemudian memandang lelaki yang berada didepannya . "Eh
hujan ke tadi ?" tanya Aina .

Sebab Aina lambat masuk ke bilik itu ..

"Haih .. malasnya nak masuk" kata Aina sambil berjalan dengan

lemah longlai . Sedang dia berjalan , tiba2 dia ternampak ada
seorang artis perempuan yang selama ni dia minat sedang berjalan
dari jarak jauh . "Oh my god ! Serina ! " jerit Aina lalu terus
berlari kearah artis perempuan itu untuk meminta tandatangan .

Berbalik kepada kejadian tadi ..

Keempat empat mereka hanya mendiamkan diri untuk seketika.

Dengan tiba2 lelaki yang berkaca mata hitam itu memegang bahu
Aina dengan kedua dua tangannya . "Bro . Ni bukan awek kau
kan?" tanya lelaki itu sambil merenung wajah Aina . Wajah aina
menjadi pucat ,dengan pantas Aina kebelakang untuk menyelamatkan
dirinya dari lelaki pelik itu . "Weh . Kau jangan lah kacau pekerja
aku" kata Zain sambil menarik lengan Aina dan biarkan Aina berdiri
disebelahnya .

"Heh . Kau ni kedekutlah . Semua perempuan kau nak amik " kata
lelaki itu sambil mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap
wajahnya yang basah itu . "Bukan kedekut tapi ni pekerja aku. Aku
tak suka kau kacau" kata Zain dengan wajah yang serious .

"Apa2 jelah. Hai.. saya Amirul . Cousin si Zain ni" kata Amirul
dengan senyuman menggodanya.  Aina membalas senyuman itu dengan
keadaan terpaksa " Hai.. saya Aina" jawab Aina . Amirul tersenyum
mesra " Cantik nama, macam orang dia juga" . Aina hanya berdiri kaku
sambil tersenyum sumbing .

Amirul kemudian memusing kan badannya untuk keluar dari bilik.
"Eh kau kata nak lepak sini ?" tanya Zain . Amirul memandang
Zain dengan jelingan tajam " Kau dah basahkan baju aku semua
lagi nak suruh aku lepak" kata Amirul  . Zain terdiam .

"Dah chaw !" kata Amirul sambil berlalu pergi .

To Be Continued
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

0 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi