Zain langsung tidak berkata apa-apa . Amirul tersenyum lalu
terus menepuk bahu Zain sambil berkata " Aku harap kau faham".
Kemudian Amirul terus bangun dan mengemas raketnya .
"Aku pergi dulu !" kata Amirul sambil melambaikan tangannya.
Zain masih lagi duduk di bangku seperti memikirkan sesuatu .
Lamunannya di hentikan dengan getaran telefon bimbitnya di beg.
Zain mencapai telefonnya itu . Dilihat di skrin dan terpampang nama
Lenny disitu . Zain menekan punat menjawab ditelefonnya .
Telefon itu dihalakan ke telinganya . Zain hanya diam mendengar
segala perkataan yang keluar dari mulut Lenny di telefon .
"Baiklah . Saya datang sekarang." kata Zain . Lalu terus mengemaskan
begnya dan berjalan menuju ke keretanya .
Di dalam kereta , Zain tidak berhenti memikirkan perkara yang Amirul
katakan kepadanya . Zain melihat sesuatu di seat belakang keretanya.
Zain tersenyum . Lalu Zain terus memakai earphone di telinganya, dan
mendail no seseorang.
Aina yang sedang mencuci gambar di bilik gelap itu mendengar telefon
bimbitnya dari dalam beg . Aina mengelap tangannya di tuala . Aina
mencapai telefonnya dan nama Zain tentera di skrin telefonnya .
Apa lagi yang dia ni nak .. getus hati Aina pada waktu itu .
"Hello. hah nak apa call?"
"Kau ada kat mana? Dah kemas belum studio aku?"
"Dah . Aku ada dekat kedai photo kawan aku , cuci gambar kenapa?"
"Ni , aku nak ajak kau makan malam hari ni "
"Hah??"
"Apa hah? Kau tunggu aku kat Restorant Seafood tau . K bye"
"Ehh kejap !!"
Zain terus mematikan telefonnya sambil tersenyum .
Hish mamat ni main tutup je telefon tu ! marah Aina didalam
hati lalu terus menyimpan telefonnya itu . Pada waktu sama Aina
juga masih terfikir sebab Zain mengajaknya makan malam .
**************************************************
"Zain ! Thank god . Sampai pun awak! Liyana tu dari tadi cari awak"
kata Lenny sambil mengajak Zain masuk kedalam wad Liyana .
"Sorry lambat" kata Zain sambil menuju ke arah Liyana yang sedang duduk
menghadap ke luar tingkap .
"Liyana.." panggil Zain dengan nada lembut .
Liyana memalingkan kepala dan memandang kearah Zain . "Zain!" jerit
Liyana sambil berlari kearah Zain lalu terus memeluk badan Zain .
Zain terdiam . "Awak jangan tinggalkan saya lagi awak.. Maafkan saya..
saya sayangkan awak" kata Liyana sambil menangis. Dengan perlahan
Zain melepaskan pelukan Liyana di badannya itu . Liyana mendongak
memandang kearah Zain . Zain tersenyum lalu menanggukkan kepala.
"Terima kasih Zain ! Saya janji saya tak buat lagi !" kata Liyana sambil
mengesat air matanya .
**************************************************
8.00 malam .
Aina bersiap-siap untuk pergi ke restaurant seafood seperti yang
diarahkan Zain . Aina kemudian turun ke bawah untuk menaiki teksi
kerana malas hendak memandu keretanya itu .
Dalam perjalanan Aina berulang kali menelefon Zain , tapi tetap tidak
diangkatnya . Aina cuba berfikiran positif kerana dia tahu Zain jenis
yang suka silentkan phonenya . Sampai di restaurant itu , Aina duduk
dahulu di meja untuk dua orang untuk menunggu Zain .
"Takpa dik , nanti saya nak order saya panggil" kata Aina kepada
waiter perempuan itu . Aina kemudian menelefon lagi Zain .
Mana dia ni .. bisik hati Aina . Setelah beberapa kali menelefon akhirnya
panggilannya diangkat jua .
"Hello , Zain kau kat mana ?"
".........."
"Zain?? . Hello ? Kau dengar tak??"
"Aina .. Minta maaf.. tapi kita tak boleh makan sama2 hari ni.. Aku ada hal"
Aina terdiam .
"Aina ??"
"Ah , tak apa . Lagipun aku belum lagi bertolak pergi Restaurant tu"
"Oh yeke ? Kalau macam tu baguslah . Maaf ya Aina"
"Takpa. Okaylah Bye "
Aina mematikan telefonnya serta merta . Matanya mula berkaca . Bibirnya
diketap, menahan daripada menangis. Dia tahu sebab Zain tak dapat datang.
Bodohnya aku..berharap sangat bisik hati Aina
Zain termenung sepanjang berada di wad itu . Dia terpaksa menemani Liyana
yang dari tadi memujuknya untuk duduk lebih lama di situ . "Zain , awak nak
tak roti ni?" tanya Liyana . Zain hanya menggelengkan kepala. Kepalanya kusut.
Terasa serba salah kerana menghampakan Aina dengan membatalkan makan
malam itu .
Amirul yang sedang memandu untuk balik ke rumahnya terlihat kelibat Aina
sedang keluar daripada Reastaurant Seafood itu dengan wajah yang muram.
Aina ?? Kenapa dia sorang2 kat situ bisik hati Amirul . Lalu Amirul terus
memandu keretanya kearah Aina yang sedang berjalan itu . Kereta Amirul
diperlahankan , lalu hon dibunyikan .
Aina yang terkejut dengan bunyi hon kereta itu terus memandang ke belakang.
Dan dia dapat melihat wajah Amirul yang sedang tersenyum kearahnya dari
dalam kereta.
To be continued
Sila benci Zain. Or Liyana. LOL . Joking ~ Poor Aina. Kena
tinggal lagi sebab Liyana . Tapi Amirul ada kan ~ hee
LOL
Just want to avoid you guys from being bored
with my story. Im sorry.
Pada yang tanya Aina cantik ke tak. Yes dia cantik macam saya.Ye awak.. awak
yang tanya tu. Ahahahah ~
0 Itik gebo-gebo:
Catat Ulasan