Kelihatan Aina sedang bermandi peluh menaiki
tangga sambil mengangkat kotak yang besar. Satu persatu
tangga didakinya . "Aduh . Apahal lift rosak time2 macam ni
.Sudah lah kotak ni berat , studio dia pulak kat tingkat 7 "
ngadu Aina seorang diri .
***********************************************
10 minit sebelumnya ..
"Aina, tolong ambil kan kotak kat bonet kereta aku kejap" arah
Zain sambil melempar kunci kepada Aina. Kunci itu disambut Aina.
"Hei kenapa pulak ? Kerja aku ambil gambar bukan jadi kuli kau"
marah Aina . "Buat jelah . Pemalas betul . Ni kan hari pertama kau
bekerja . Dengarlah cakap aku !" kata Zain dengan nada tegas.
"Yelah !" kata Aina sambil berlalu pergi .
Tahu mengarah je dia ni getus hati Aina sambil menuju ke
lift . Baru sahaja dia sampai di depan lift ada dua orang
pekerja sedang menyelenggara lift itu . Salah seorang pekerja
itu ternampak kelibat Aina sedang berdiri di hadapan lift .
"Ah maaf cik . Lift ni rosak . Sila guna tangga sementara kami
repair" kata lelaki itu . Aina mengangguk lalu berlalu pergi
ke pintu kecemasan untuk turun ke bawah menggunakan
tangga . Haih apalah nasib ngadu Aina didalam hati .
*******************************************
Aina duduk sebentar di tangga itu . Kotak itu dibiarkannya
di tepi . Kakinya diurut perlahan lahan kerana terseliuh.
Aishhh penat nya, Zain ni dengki betullah kata Aina seorang
diri .
Sedang Aina merehatkan diri sebentar disitu . Dia terdengar
seseorang menaiki tangga dari bawah . Diintainya dari tepi
tapi tak dapat dilihat . Ah sudah , dahlah tempat ni gelap
baik aku pergi cepat kata hati Aina. Aina dengan pantas
bangun dan cuba mengangkat kotak itu . Bunyi tapak kaki
itu makin lama makin kuat menandakan orang itu sudah
menghampirinya .
Aina menjadi gelisah , sudahlah dia perempuan . Ada pula di
tempat yang gelap macam ni seorang diri , macam2 boleh jadi.
Kerana terlalu gelisah , kaki Aina tergelincir dari tangga itu
membuatkan dia tidak seimbang .
Aina merasakan badannya sudah terjatuh kebelakang, hatinya
berdebar . Matanya dipejam rapat . Dengan tiba2 Aina merasakan
pinggangnya dipeluk seseorang . Aina membuka matanya, dan
melihat wajah Amirul sedang memandangnya . "Awak okey tak?
kenapa gelisah semacam ? Nasib saya sempat tangkap awak dari
terjatuh" kata Amirul dengan wajah yang resah .
Aina masih lagi terdiam . Tangannya menjadi sejuk , jantungnya
berdegup kencang. Posisinya masih lagi bersandar pada lengan
Amirul , dan tangan amirul masih lagi memeluk erat pingangnya .
"Aina??" tegur Amirul . Aina tersedar akan posisinya yang
memalukan itu , terus menggerakkan badan dan berdiri di sebelah Amirul.
"Ter... terima kasih" ucap Aina dengan nada tersekat sekat sambil
membetulkan bajunya . Amirul tersenyum sambil mengangguk .
"Awak okey tak ?" tanya Amirul . Aina mengangguk tanpa memandang
wajah Amirul . Aina terus membongkok untuk mengangkat kotak .
"Tak apa , biar saya yang angkat" kata Amirul sambil terus mengangkat
kotak itu dan berlalu pergi . "Eh tunggu tak payah lah " kata Aina
sambil mengejarnya dari belakang .
*************************************************
"Marina kejap lagi kita nak kena pergi mana?" tanya Zain sambil
berjalan keluar dari studionya dengan tangan memegang kertas
yang banyak ."Zain lupa ke? Kan liyana balik hari ni dari overseas.
Takkan taknak jemput dia?" kata Marina .
Sementara itu kelihatan Amirul dan Aina sedang berjalan dihadapan
mereka. "Amirul , tak apa lah biar saya yang angkat " pujuk Aina.
"Awak ni berapa kali nak cakap tak payah lah . Dah nak sampai pun"
kata Amirul . Aina memasamkan muka sambil berjalan pantas untuk
berjalan seiring dengan Amirul , sungguh dia rasa serba salah kerana
membiarkan Amirul yang mengangkatnya . Dia kemudian memandang
kehadapan dan kelihatan Marina dan Zain sedang berdiri dihadapannya.
"Eh .. zain , ni kotak yang kau suruh aku ambik" kata Aina . Amirul
masih lagi mendiamkan diri . Zain memandang kearah Amirul lalu
kearah Aina . " Hmm.. letak kat dalam . Aku ada hal kau balik lah dulu"
kata Zain sambil berlalu pergi tanpa ada langsung senyuman dibibirnya .
Marina senyum kearah Aina lalu terus mengekori Zain dari belakang .
"Hish. Cakap terima kasih pun tak ! Geramnya" marah Aina, sementara
Amirul meletakkan kotak itu atas meja . Aina memeluk tubuh . Geram
melihat perangai Zain yang kerek itu . Amirul tersenyum melihat telatah
Aina . "Sudahlah tu , Zain ada hal penting nak buat tu , sebab tu dia tergesa
gesa sangat macam tadi " kata Amirul cuba untuk menenangkan hati Aina.
Aina masih lagi mendiamkan diri . Amirul kemudian menghampiri Aina
dari tepi . "Sudahlah . Jom saya belanja awak makan ?" pelawa Amirul
sambil tersenyum mesra. " Okey !" jerit kecil Aina sambil tersenyum,
sememangnya dia suka apabila dapat makan free .
To Be Continued
Kau tau perasaan paranoid? Hah camtu lah aku bila ada kat
tempat gelap and sunyi. Rasa macam ada orang nak dtg kat
aku and culik aku tetiba. lol . NOTE: HARI NI AKU UPDATE 3 PART SEKALIGUS.
0 Itik gebo-gebo:
Catat Ulasan