Suasana di bilik menjadi senyap sunyi . Aina langsung
tidak mengetahui perkara yang sudah terjadi sebentar
tadi .
"Err.. did i missed something ?" tanya Aina . Zain diam
seketika sambil memandang tajam kearah Aina.
"Aina.. mari sini" panggil Zain dengan renungan tajam.
Yesss mesti dia nak pecat aku jerit hati Aina keriangan.
Aina menuju ke arah Zain dengan wajah selamba .
Kemudian dengan tiba2 dahi Aina dijentik kuat oleh Zain.
Auuuchhh! Aina menjerit kecil sambil memegang dahinya.
Wajahnya berkerut sambil memandang tajam kearah
Zain yang sedang tersenyum sinis .
"Eh kenapa nak jentik dahi aku ni !" marah Aina sambil
mengecilkan matanya kearah zain dengan mulut yang
muncung . Zain ketawa kecil . " Itu denda kau datang
lambat" kata Zain sambil berjalan menuju ke sofa berwarna
merah itu . Aina hanya memasamkan muka , geram melihat
perangai boss barunya itu .
Aina kemudian berjalan kehadapan untuk duduk di sofa
berhadapan dengan kedudukan Zain. Baru sahaja dia hendak
melabuhkan punggung , pergerakannya itu terhenti kerana
satu suara . " Hoi . Siapa suruh duduk? Bangun! Ingat sikit
kau tu pekerja aku" perli Zain sambil menghirup jus oren di gelas
"Alah . Duduk pun tak boleh.Orang penatlah ! Bagilah duduk !" lawan
Aina . Sememangnya Aina seorang yang suka melawan cakap orang .
Zain menggelengkan kepalanya berkali kali tanda tidak boleh .
Aina memeluk tubuh . Sambil memuncungkan mulutnya. Menahan geram.
Marina hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua .
"Kenapa kau lambat?" tanya Zain sambil memandang kearah Aina.
Aina hanya berdiam diri sambil memandang kearah lain . Dia sengaja
buat begitu untuk menyakitkan hati 'boss' nya itu . Lagi cepat dia
pecat aku , lagi bagus ! bentak hati Aina pada waktu itu .
"Hoi , kau pekak ke? Aku tanya kenapa kau lambat?!" tanya Zain
sekali lagi dengan suara yang sedikit meninggi . Aina masih lagi
tidak menghiraukan Zain . Zain mengeluh . Dia lantas bangun sambil
mengarahkan Marina ikutnya sebentar ke luar . Aina sudah tersenyum.
Heh . Bincang nak pecat aku lahtu . Yesss ! Bisik hati Aina .
To Be Continued
Part 7 nanti aku update dalam beberapa minit or jam kerana
esok aku tak boleh update ~ abang kahwin. Bye.
0 Itik gebo-gebo:
Catat Ulasan