Cinta Photographer Part 1

 Sinopsis  (Tekan untuk lihat)

Kelihatan seorang gadis sedang leka mengambil gambar
sekeliling Kuala Lumpur. Dia bukanlah pelancong yang
tidak pernah ke Malaysia , tetapi hanya seorang jurugambar
bebas yang suka mengambil gambar disekelilingnya.

Setelah selesai mengambil gambar , dia mengeluarkan
buku kecil bermuka surat hitam dan sebatang pen marker
berwarna putih untuk menulis sesuatu di dalam buku itu.
Dia meletakkan sebentar bukunya dan mengambil kameranya
yang berada di sebelahnya untuk melihat semula gambar
yang telah diambilnya .

Sedang dia leka, dengan tiba2 seseorang telah melanggar badannya
dari arah belakang sehingga membuatkan dia hampir2 terjatuh dan
kameranya juga hampir terlepas dari genggamannya. Berkerut dahi
gadis itu menahan kemarahan , dia memanggil insan yang melanggarnya
tadi .

"Encik !" jeritnya . Lelaki yang sedang leka bercakap di telefon itu
menoleh kebelakang . Gadis itu terkedu . Lelaki itu rupanya seorang
artis terkenal , seorang penyanyi dan pelakon bernama Zain Razak.
Gadis itu meminatinya sejak di bangku sekolah menengah lagi dan
tidak sangka yang dia akan berjumpa dengan artis itu pada waktu ini .
Zain memandang wajah gadis itu dengan riak wajah yang selamba
seperti tidak mengetahui kesalahannya .

Dengan masih lagi bercakap di telefon , Zain lantas mengambil kamera
gadis itu yang berada di tangannya dan mengambil pen marker putih di
meja . Gadis itu pelik . " Apa dia ni nak buat ?" katanya di dalam hati.
Zain terus menanda tangan di tali kamera milik gadis itu sebelum mengambil
gambarnya sendiri menggunakan kameranya itu.Bulat mata gadis itu , tidak
percaya dengan apa yang dilihatnya.Kamera kesayangannya telah tercemar
dengan tandatangan dan gambar artis  itu .

Zain kemudian terus memberi kamera milik gadis itu bersama marker
lalu beredar sambil meneruskan perbualannya di telefon tanpa ada
senyuman pun di bibirnya. Gadis itu terpaku, tidak sangka artis
yang diminatinya itu sombong tahap dewa ! Sudah tu perasan pula!

"Woi Aina !" jerit Sue sambil menepuk bahu Aina yang sedang
berdiri tegak sambil memegang kamera. Aina tersentak, lalu
memandang ke arah sue rakan baiknya yang mempunyai kedai
photo sendiri . " Kau kenapa berdiri tegak kat sini macam nyanyi
lagu negaraku?" tanya Sue kehairanan .

"Takda , tadi aku terserempak dengan Zain.." kata Aina sambil
melihat tandatangan Zain di tali kameranya itu . "Zain ? Zain mana
ni?" tanya Sue . "Zain Razak" jawab Aina . "Hah? Biar betul!??"
tanya Sue dengan wajah yang terkejut . Aina mengangguk.

"Habis kau tak tegur dia ke?" tanya Sue . "Tegur" jawab Aina.
"Then dia tegur balik tak?" tanya Sue lagi . Aina menggeleng.
"Habis tu ? Apa je yang jadi lepas korang terserempak?"
tanya Sue . Aina diam untuk beberapa saat . Kemudian dengan
tiba2 dia menjerit kegeraman.

"Aaaah !! Kau tahu tak dia tu dah lah langgar aku ! Lepastu buat bodoh
je . Bila aku panggil , dia dengan muka 'kerek'  terus ambil kamera aku
lepastu tandatangan dekat tali kamera aku ni, then dia ambik sendiri
gambar dia pakai kamera aku! Ikut sukahati dia je ! Habis
kamera aku !!" marah Aina panjang lebar .

Sue ternganga, terkejut dengan Aina yang tiba2 sahaja naik angin. Aina
menarik nafas banyak kali untuk menenangkan diri , dari tadi dia menahan
sabar tetapi tak berjaya dan akhirnya dia melepaskan geram juga di depan
rakannya .

"Duh relaks lah . Lagipun dia artis favourite kau kan? Takkan nak marah kot
dia tandatangan kat situ." kata Sue untuk menenangkan Aina . Aina mencebik.
"Sudahlah . Malas aku nak cakap hal ni lagi. Dah lah aku nak balik . Nanti
gambar2 semua aku hantar kat kedai kau esok tau.Kau nak balik dengan aku
ke ?" kata Aina sambil mengemas barang2 nya .  "Tak lah,aku balik
lambat ada kerja. Elok2 drive" pesan Sue . Aina mengangguk lalu berlalu
pergi dengan perasaan geramnya itu .

To Be Continue 


a/n : Jangan tanya aku kenapa Zain tandatangan kat tali kamera... maybe sbb dia
        coughlembabcough atau aku yang cough cough cough. Sory.


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Sya berkata...

Uish, cerita lagi cerita lagi! Okay dah jalan cerita tndtgn tu

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi