Cinta Photographer Part 23

Part 22

Sepanjang masa di restaurant itu Aina tidak habis2 tersenyum.
"Ada apa2 ke hari ni sampai awak dari tadi tersenyum je?" tanya Amirul.
"Hah? Tak ada apa2 lah. Saja nak senyum" kata Aina. Amirul hanya
mengangguk. "Oh, awak kata awak nak bagitahu sesuatu dekat saya?
Apa dia?" tanya Aina. Amirul terdiam seketika.

"Awak.. mesti tertanya tanya kan siapa dua orang lelaki yang datang
ambik saya hari tu?" tanya Amirul. Aina mengangguk . Amirul
menarik nafas dengan perlahan lahan. "Mereka tu sebenarnya pengawal
peribadi saya" kata Amirul. Aina terdiam seketika. "Pengawal peribadi?
Awak kerja apa sampai ada pengawal peribadi ni?" tanya Aina. Amirul
tersenyum. "Saya sebenarnya cucu kepada pemilik Hotel terkemuka
di Malaysia ni, Hotel Royal tu milik Datuk saya" kata Amirul.
Aina tercengang. "Biar betul ??" tanya Aina meminta kepastian. Amirul mengangguk
sambil tersenyum.

"Sebenarnya, sayalah yang kena jadi waris pemegang hotel tu. Tapi saya tak nak.
Bukan mudah nak handle kerja ni" terang Amirul. Aina hanya diam mendengar.
"Saya selalu lari dari tempat kerja dan dari pengawal peribadi saya, sebab tu
mak saya suruh pengawal peribadi saya cari saya dan bawa saya balik"
terang Amirul lagi. "Tapi.. kenapa Zain tak kena jadi pewaris tu?" tanya Aina.
"Dia, awal2 dah larikan diri dan jadi artis. Sebab tu dia terlepas" kata Amirul.

Aina mengganguk. "Maaflah sebab rahsiakan ni dari awak" kata Amirul.
"Tak apa, saya tak kisah" kata Aina sambil tersenyum. Siapa sangka dia
sekarang ni berkawan dengan dua orang cucu pemilik hotel terkenal. Kalau
lah Aina ni seorang yang pisau cukur, rasanya dah habis harta diorang Aina
sebat. Aina ketawa kecil memikirkan perkara itu. Dahi Amirul berkerut melihat
telatah Aina yang ketawa sendirian. "Awak dah kenapa senyum sorang2 ni?"
tanya Amirul. Aina tersedar dari lamunannya , lalu memandang kearah Amirul.
"Ah..takda . Tak ada apa2. Hehe" kata Aina sambil menggaru kepalanya menahan
malu.

******************************************************

Zain berdiri kaku di hadapan meja makannya. Fikirannya kosong.
Dia memandang lama kearah makanan yang berwarna hitam di pinggannya.
"Huh..rasanya aku patut suruh Aina beli makanan tadi..kalau tak,tak
ada lah jadi macam ni" ngeluh Zain didalam hati. Oleh sebab fikirannya dari
tadi melayang sewaktu memasak, makanannya jadi hangus dan langsung tak
menunjukkan rupa seperti makanan. Zain duduk di kerusi,dan menolak
dengan kasar pinggan yang berisi makanan itu ketepi. Tak mahu merosakkan
pandangannya. Perutnya berbunyi. Zain memuncungkan mulutnya tidak tahu
hendak buat apa. Semua bahan makanannya telah habis diguna. Nak masak
maggi, maggi nya dah tamat tarikh luput. Nak minta tolong Aina pula,dia
rasa malu lepas apa yang jadi tadi. 

Zain mengeluh . Lalu dia bangun dan duduk di sofanya sambil membuka
televisyennya. Dia menekan nekan punat remote tv itu beberapa kali
untuk mencari cerita yang menarik. Sesekali apabila wajahnya keluar
di iklan, Zain akan berhenti sebentar sambil memuji wajahnya yang kacak
itu sebelum menyambung menukar siaran. 

Aktiviti itu diulangnya beberapa kali sehinggalah dia mendengar bunyi loceng
di pintu rumahnya. Dahi Zain berkerut. Siapa pulak yang datang waktu2
macam ni bisik hati Zain sebelum bangun dan berjalan kearah pintu.
Buka sahaja pintu, Zain melihat Aina sedang tersengih memandang kearahnya.

"Awal balik?" tanya Zain sambil memandang pelik kearah Aina yang sdg
tersengih lagi dihadapannya. "Saja" jawab Aina . Masih lagi tersenyum.
Dahi Zain berkerut lagi. Apahal dia ni tersengih memanjang bisik
hati Zain. "Kau nak apa?" tanya Zain. Aina kemudian dengan tiba2
menghulurkan sebungkus plastik yang berisi polistrin di wajah Zain
membuatkan Zain berundur ke belakang sedikit untuk mengelak daripada
terkena . "Apa ni?" tanya Zain sambil mengambil plastik itu. "Makanan"
jawab Aina . Zain mengangkat keningnya. Macam tahu2 je aku lapar
kata Zain didalam hati. "Thanks!" kata Zain sambil tersenyum . 

"You're welcome. Okaylah bye!" kata Aina sambil berjalan pantas masuk
kerumahnya di sebelah. Zain kemudian menutup pintu dan menari kegembiraan
kerana dapat makanan free dari Aina. Dia kemudian duduk di kerusi makan
dan membuka bekas makanan itu.

Matanya membulat, wajahnya merah padam.

Di dalam bekas itu hanya terdapat seketul ayam dan sekeping gambar
yang di print beserta nota yang ditulis menggunakan marker di bahagian
dalam bekas itu. Gambar itu ialah gambar yang Aina ambil tadi sewaktu
dia ikat rambut gaya Apple itu. Dan nota itu pula tertulis

Hah! Jangan harap aku nak bagi kau makanan percuma! Hambik seketul
ayam tu (lebihan makanan aku) dengan gambar kau sebagai hadiah! :P

Zain mengetap giginya. Berani betul dia ni kenakan aku bisik hati Zain
membuat gaya hendak menumbuk dinding di mana rumah Aina berada
disebelah . Macam mana Zain boleh lupa yang Aina ni sebenarnya seorang
kedekut. Nak beli gula2 dua seposen pun dia minta duit Zain inikan pula
makanan yang harganya lebih RM1 . Zain memeluk tubuhnya sambil memuncungkan
mulut. Dia memandang lama seketul ayam yang berada di bekas makanan itu.
Perutnya semakin kuat berbunyi. Dia mengeluh. Makan jelah daripada tak ada
kata hati Zain dengan penuh pasrah. 

Gambarnya yang berambut Apple itu sudah pun hilang entah kemana apabila
dibaling dan dironyok oleh Zain kerana terlalu marah dan malu .

*********************************************************
Sementara Aina. 

Masuk sahaja di dalam rumahnya , Aina terduduk menahan ketawa.
Dia sudah dapat bayangkan wajah Zain nanti apabila membuka bekas
makanan itu nanti. Dia kemudian bangun setelah penat ketawa sendirian,
sambil memikir kalau ada cctv kat rumah ni pasti orang fikir dirinya gila
ketawa terbahak bahak seorang diri .

Mia kemudian masuk kebiliknya dan terus terjun ke atas katilnya.
Dia menghembuskan nafas panjang. Terasa lega dapat baring diatas
katil itu setelah penat bekerja dan berjalan. Baru sahaja dia hendak
melelapkan matanya, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada
seseorang yang mennghantar mesej .

 Aina! Selamat malam awak :) Jumpa lagi esok~

Aina tersenyum . Setiap hari mesti Amirul akan menghantar mesej begini
kepadanya. Kadang2 Aina tertanya tanya juga, betul ke Amirul ni playboy
seperti yang dikatakan Zain awal2 dulu. Sebab kalau dilihat, Amirul ni
kerja dia menyelit dalam kehidupan seharian Aina setiap hari tak pernah
missed. Aina pun dah hafal dah waktu2 yang Amirul akan sampai ke tempatnya.

Lamunan Aina terhenti apabila handphonenya berbunyi lagi menandakan
ada mesej masuk. Dahi Aina berkerut. Dia membuka mesej itu dan
serta merta matanya membulat

Siap kau esok.

Mia hanya mampu ketawa. Habislah aku esok..

To be continue
so thats explain those bodyguard thing..and what will
happen tomorrow? 

Sad Zain is sad
lol imagine muka Zain sedih mcm tu
and yes dlm gmbar ni mmg muka jinki
tengah sedih tak dpt makan lol
Embedded image permalink  

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Unknown berkata...

Hahahahahaha...elok ko Aina... Zain ke Amirul...? !!

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi