Aina memerhati sekeliling bilik itu . Sofanya yang mewah , Ada juga
TV LCD yang mahal didinding . Di sudut bilik itu mempunyai
piano dan gitar yang selalu digunakan Zain untuk berlatih menyanyi .
Kaya betul mamat ni bisik hati Aina sambil duduk di sofa.
Tekaknya terasa dahaga. Dia kemudian melihat jus oren
milik Zain itu . Nak minum ke taknak... kata Aina didalam
hati dengan teragak agak . Dek kerana terlalu haus , Aina
bertekad juga untuk meminum air itu . Gelas itu dicapai.
Baru sahaja Aina meneguk air jus oren itu . Telinganya dikejutkan
oleh seseorang menjerit menggunakan alat pembesar suara .
"Siapa suruh kau minum !!" jerit Zain . Aina hampir2 hendak
tersembur tapi ditahannya dengan menutup mulut . Pandangannya
dihalakan kepada Zain yang sedang mengacukan pembesar suara
itu ditelinganya sambil tersengih .
"Baru sekarang dah dengar apa aku cakap? Ingatkan pekak tadi"
kata Zain dengan nada sinis sambil menggunakan pembesar suara
itu . Aina menutup kedua dua telinganya kerana tak tahan dengan
bunyi yang kuat dan nyaring itu . "Eh stop lah pakai benda alah tu !
Sakitlah telinga aku !" marah Aina .
"Kalau aku taknak , kau nak buat apa?" tanya Zain yang masih bercakap
menggunakan alat pembesar suara itu . Aina mengecilkan mata memandang
Zain sambil mencebik mulut . Dia kemudian memandang gelas yang berada
ditangannya itu . Dengan tiba2 air jus oren itu disimbah ke muka Zain yang
berada disebelahnya itu . Aina hendak ketawa melihat wajah Zain basah
dan melekit terkena air itu tapi ditahannya .
"Woi basahlah muka aku ! Sudahlah pakai jus oren! Beragaklah" marah
Zain sambil mengelap mukanya dengan tisu. Aina hanya tersenyum puas
melihat Zain diperlakukan sebegitu rupa. Bukan calang2 orang boleh jirus
air pada artis terkenal . "Padan muka. Kenakan aku lagi" kata Aina dengan
wajah selamba . Zain menjeling .
Tiba2 Zain membuka bajunya yang ada sedikit terkena jus oren itu didepan
mata Aina. Aina terkedu . Wajahnya menjadi merah padam, lalu Aina
terus memalingkan wajahnya .Zain perasan perubahan pada wajah Aina.
Zain tersenyum . "Kenapa kau malu eh tengok aku buka baju kat depan
kau?" tanya Zain . Aina masih lagi berdiam diri sambil memandang arah lain.
Zain kemudian mendekatkan dirinya kepada Aina. Aina menjadi cuak .
Ya Allah janganlah mamat ni apa2 kan aku . Kalau dia dekat lagi ,
siap dia bisik hati Aina sambil memejamkan mata .
Zain mendekatkan lagi wajahnya pada wajah Aina. Aina membuka
sedikit matanya untuk melihat . Terkejut dengan jarak antara wajahnya
dan wajah Zain yang dekat , Aina terus menjerit sambil menumbuk
muka Zain dari depan . "Aduh !!!" jerit Zain sambil memegang hidungnya.
*****************************************************
Dengan tisu yang disumbat di hidungnya . Zain memandang wajah Aina
yang kelihatan merah padam kerana menahan ketawa . Bajunya sudahpun
ditukar sebentar tadi
"Berani kau tumbuk aku sampai hidung berdarah" kata Zain
sambil menjeling kearah Aina . Aina hanya memandang kosong kearah
Zain walaupun dia sebenarnya sudah tidak tahan hendak ketawa .
"Baiklah . Kita lupakan sebentar pasal hal tu . Sekarang masa untuk bincang
hal kerja kau" kata Zain sambil mengeluarkan kertas yang ada ditaip sesuatu.
Aina hanya mendiamkan diri sambil memerhati gerak geri Zain ."Kau akan
bekerja dengan aku sampai cukup duit kau untuk membayar balik ganti
rugi kamera aku, Selagi tak cukup selagi tu kau tak boleh berhenti kerja"
kata Zain. Membulat mata Aina apabila mendengar . Tak boleh berhenti
kerja ?!!
"Habis takkan aku tak dapat gaji langsung?" tanya Aina. Zain memandang
wajah Aina sambil memeluk tubuh . "Jangan risau . Aku takda lah kejam
mana . Gaji kau RM4000 sebulan" kata Zain . Waktu itu Aina rasakan
matanya bertukar menjadi bentuk duit . "RM4000??!" tanya Aina
dengan nada yang tinggi . Zain mengangguk .
"Tapi aku sarankan kau janganlah boros bila berbelanja. Sebab kau kena
kumpul duit untuk ganti rugi tu . Kalau kau berani larikan diri ,aku akan
laporkan pada polis" kata Zain . Aina mengangguk . "Sekarang tandatangan
kontrak ni" arah Zain sambil menghulurkan kertas dan pen . Aina terus
menandatangani dokumen itu tanpa membaca .
"Oh ya , kau akan ikut aku kemana saja aku pergi . Dan kau juga akan
tinggal disebelah rumah kondominium aku" Pen yang berada ditangan
Aina terjatuh sebaik sahaja mendengar kata Zain itu . "What?! kenapa
nak kena duduk sebelah rumah kau pulak?!" tanya Aina. "Untuk
elakkan kau larikan diri" kata Zain dengan selamba . "Tak mahulah !"
kata Aina . "Kau dah pun tandatangan . So tak boleh buat apa2"
kata Zain sambil mengipas ngipas dokumen itu diwajah Aina .
"Bagi balik dokumen tu aku nak koyak !" kata Aina dengan geram.
Zain dengan cepat menyorokkan kertas itu dibelakangnya sambil
tersenyum . "NO" kata Zain . Aina mencebik . Terbit rasa menyesal
di dalam diri Aina kerana tidak membaca dulu sebelum tandatangan .
Nampaknya terpaksa lah dia hidup berjiran dengan boss nya sendiri .
To Be Continued
Change of plan. Aku takkan ada sampai hari Sabtu. Ahad nanti aku
update. Bye. Thanks for reading this :)
1 Itik gebo-gebo:
woot woot . very nice. teruskan ok. keep it up!!
Catat Ulasan