Cinta Photographer Part 3

Part 2 (Tekan untuk baca)

"Tu lah kau ! Tidur lambat lagi ! Nasib sempat , kalau tak
dah malu depan diorang !" marah Sue sambil mencekak
pinggangnya. Aina hanya menggaru kepalanya sambil
tunduk tanda dia tahu dia bersalah. Tidak berani dia
hendak melihat wajah Sue yang bertukar jadi singa tu .

Sedang Sue melepaskan kemarahannya pada Aina.
Tiba2 dia terdengar ada seseorang yang memasuki
kedainya.

"Sudah.Pergi kemas meja yang serabut dengan gambar2
kau tu!" arah Sue sambil menunjuk kearah meja yang
dipenuhi dengan gambar2 kepunyaan Aina untuk dipamerkan
di kedai itu . Dengan langkah yang lemah longlai , Aina menuju
kearah meja itu .

"Hish ! Kalau aku dapat perempuan yang langgar aku tu ! Siap dia"
marah seorang lelaki yang sedang memakai topi dan cermin mata
gelap . "Sabarlah .Budak tu tak sengaja kot" kata seorang wanita
yang berambut panjang paras bahu .

Aina hanya memandang lelaki itu dengan wajah berkerut.
"Macam pernah nampak topi tu ..."

"Ahh selamat datang. Apa kami boleh bantu?" sambut Sue dengan
senyuman yang manis. Wanita itu kemudiannya mengeluarkan
kamera yang kelihatan begitu teruk sekali keadaannya .

"Awak boleh repair tak kamera ni?" tanya wanita itu . Sue
tercengang. "Ehh?? Maaflah kami tak repair kamera,
kami kedai cuci gambar je " terang Sue . Lelaki dan wanita
itu terdiam . "Ni bukan kedai kamera ke?" tanya lelaki itu sambil
membetulkan cermin matanya . Sue menggelengkan kepalanya.

"Habis tu nak repair dekat mana? awak tahu tak?" tanya wanita
itu . Sue mengangkat bahu tanda tidak tahu . "Mungkin kawan
saya tahu. Kejap saya panggil" kata Sue sambil tersenyum manis.
"Ainaa !!" jerit Sue dengan tiba2. Lelaki dan wanita itu kelihatan
terkejut dengan kelakuan Sue yang 100% berubah .

Aina kemudian datang kearah mereka. Dengan tiba2 lelaki itu
menjerit . "Aah !!! Kau ?! Kau lah yang langgar aku!"
jerit lelaki itu sambil menundingkan jarinya kearah Aina.
Aina terkejut dan fikirannnya masih blank. Tidak tahu apa yang
terjadi . "Errr... apa dia?" tanya Aina sambil menggaru kepalanya.

Keadaan menjadi sunyi seketika

"Kau takkan tak ingat aku ?! aku lah orang yang kau langgar pagi
tadi !" kata lelaki itu dengan suara yang kuat . Aina mendiamkan diri.
Dahinya berkerut cuba untuk mengingati siapa lelaki itu .

"Aah!!"

Serentak mereka bertiga terkejut mendengar jeritan Aina. Aina tiba2
sahaja berwajah pucat . " Kau... yang aku langgar tadi kan?" tanya
sambil menuding jari kearah lelaki itu. Lelaki itu memicit kepalanya sambil
mengeluh . "Ya. Itu yang aku cuba sampaikan dari tadi" kata lelaki itu
dengan nada menahan geram .

"Maaf" kata Aina sambil menundukkan kepalanya ala orang Jepun.

Lelaki itu mengeluh . " Huh.. kau ingat maaf boleh settlekan semua
ni ke?!" kata lelaki itu dengan nada tegas . Aina memandang kosong
kearah lelaki itu . Kemudian wanita disebelah lelaki itu menghulurkan
kamera DSLR yang kelihatan begitu teruk rosaknya kepada Aina.

Aina memandang lama kamera itu . "Aiyaya .. Siapalah yang pergi
rosakkan kamera ni" kata Aina sambil menggelengkan kepalanya.

"Kau yang buat......!" serentak Sue dan lelaki itu berkata. Wanita yang
berada di situ hanya ketawa melihat telatah Aina

"Eh?"

To be continued

CoughAinaLembabcough sorry.

Oh ya.. siapa agaknya lelaki yang bertopi itu ya ? *Angkat2 kening* 
Oh lagi satu , disebabkan aku dah lama siap beberapa part dalam novel
ni dan tersimpan didalam draft. Aku akan post cerita ni laju daripada
biasa. lol . InsyaAllah . 
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

0 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi