Aku Bukan Stalker ! Part 9

Part 8



Aiman mengeluh buat kali yang entah dia sendiri pun tak ingat sambil berjalan mengekori Hilman. Situasi sekarang ialah dia sedang mengekori Hilman yang sedang mengekori Mika yang sedang diekori oleh Irfan. Faham? Tak faham tak apa. Fikir dan tunggu masa benda tu nak sampai kat kepala.

Sedang mereka berjalan, tiba2 Irfan menoleh kebelakang lalu memandang kearah Hilman yang sedang berjalan.Membuatkan Hilman terberhenti kaku dan berwajah pucat. "Alamak! Aiman! Irfan pandang kita berdua lah. Eh! Tengok ! Senyuman syaitan dia keluar lagi! Macam mana ni?! Mesti dia dah terfikir rancangan nak bunuh aku !" bisik Hilman.Aiman menjulingkan matanya keatas. Langsung tak menghiraukan kawannya itu. Irfan kemudian menoleh semula kehadapan dan berjalan disisi Mika yang kelihatannya masih lagi tidak sedar tentang dirinya diekori oleh dua orang jejaka. Kadang-kadang Aiman terfikir, lembab sangat ke Mika ni sampai dirinya diekori pun dia tak sedar? Tapi dalam pelajaran, dialah pelajar pintar. Atau sebab dia sering dalam dunia sendiri sampai dia tak sedar dirinya diekori setiap hari oleh Hilman?

Sedang dia berfikir, dia sempat memerhati jalan kerumah Mika ini. Kenapa macam pernah nampak je rumah tu bisik hati Aiman sambil mengerutkan dahinya. Sebaik sahaja dia melihat Mika memasuki rumahnya, kini giliran Aiman pula yang berwajah pucat. "Um...Hilman.." panggil Aiman . Hilman yang sedang sibuk menjengket kaki untuk melihat Mika masuk kerumah bersama dengan Irfan sambil memuncungkan mulut dan mengutuk itu menoleh kearah rakannya. "Yes?" jawabnya. "Tu betul ke rumah Mika?" tanya Aiman. Hilman mengerutkan mukanya. "Betullah. Aku dah lama ikut dia dari dulu. Kenapa?" tanya Hilman. Aiman menoleh kearah Hilman dengan wajah pucat. "Then kenapa Balqis pun duduk dekat rumah tu jugak?" tanya Aiman. Hilman ternganga.

"Serious?!" jerit Hilman dengan mata yang bulat. 

_____

Aiman dan Hilman sedang berbaring diatas katil bilik Hilman sambil merenung kipas yang sedang berputar laju dsiling bilik. Kelajuan kipas itu berputar sama macam kelajuan otak mereka sekarang ini sedang ligat berputar memikirkan apa sebenarnya yang terjadi.

"Hey Aiman..." panggil Hilman. Matanya masih merenung kearah kipas.

"Hmm.." jawab Aiman.

"Kau rasa...ada kemungkinan yang Balqis tu akan jadi kakak ipar aku tak?" tanya Hilman. Wajah Aiman bertukar masam.

"Mungkin..." jawab Aiman. Hilman dengan tiba2 bangun dan duduk menghadap Aiman. "No way! Seram aku!" jerit Hilman tiba-tiba. Aiman mengeluh sambil menjulingkan matanya keatas. Dah mula dah drama dia.. kutuk Aiman didalam hati. Dia kemudian bangun dan duduk juga diatas katil itu. "Kau nak takut apa? Bukan kau kahwin dengan dia pun. Yang kau nak kan si Mika. Bukan Balqis" terang Aiman dengan selamba. Hilman menarik narik rambutnya sehingga menjadi kusut. "Tapi...imagine ada kakak ipar yang gangster dan menakutkan macam tu! Aku tak sanggup!" rungut Hilman sambil mengoncang badan Aiman beberapa kali. Aiman mengetuk kepala Hilman dengan kuat membuatkan Hilman secara tak sengaja mengeluarkan rengetan seperti perempuan saat diketuk itu. "Sakitlah!" ngadu Hilman sambil mengusap kepalanya. "Siapa suruh kau sentuh aku? Nasib aku tau kau ni suka Mika tau. Kalau tak sia2 aku panggil kau gay" ujar Aiman dengan selamba. Hilman hanya memuncungkan mulutnya. Aiman mengeluh melihat kawannya itu sedang merajuk. "Sorry" ucap Aiman . Dengan saja perkara tu Hilman kembali tersenyum.

"Anyway! Sekarang ni senang cerita. Kita kena berdepan dengan Irfan dan Mika. Untuk mendapatkan cerita yang sebenar hal tentang Irfan bakal suami Mika tu, hal tentang kenapa Balqis pun duduk dekat rumah Mika dan hal yang kau ni sebenarnya stalker tegar si Mika tu!" jelas Aiman. Wajah Hilman menjadi pucat. "S-serious ??!" tanya dia. Aiman mengangguk kepalanya. "Yup! Aku dah bosan tengok kau asyik stalk dia lepastu merungut bila ada lelaki lain rapat dengan dia ! Jadi laki dan terus terang dengan dia okay? Lagipun kita dah nak habis sekolah. Bila lagi kau nak berterus terang?" marah Aiman. "Bila dah sampai seru.." gumam Hilman dengan perlahan. Aiman menjeling kearah Hilman. "Come on Hilman..at least kalau kau dah confess mungkin tak adalah fikiran kau selalu terganggu dengan dia. And kalau kena reject pun. Kau sempat nak pulih semula" terang Aiman. Hilman menepuk kepala Aiman dengan bantal. "Hey! Janganlah cakap macam tu! Kau belum apa2 dah jatuhkan semangat aku!" marah Hilman.Aiman ketawa terkekek kekek melihat wajah Hilman yang hampir sahaja hendak menangis itu. Dasar cengeng punya kawan. Apalah nasib Mika kalau dapat bakal suami macam ni.


"Aku guraulah! Heheheh jangan marah" pujuk Aiman. Hilman mengetap giginya sambil menjeling kearah Aiman. "Minggu depan, naik sekolah aku nak kau jumpa confess dekat Mika. Kalau boleh buat kat depan Irfan tu. Mana tau kalau Mika terima boleh lah aku tengok si Irfan tu meroyan macam kau" kata Aiman sambil tersengih seperti kera apabila kepalanya ligat terbayang kemungkinan yang akan terjadi saat Hilman confess. Manakala Hilman  pula memikirkan apa lah  yang  akan  terjadi  pada nasibnya saat dia confess pada Mika. Matilah aku rungut Hilman didalam hati sambil menjatuhkan badan diatas katil.


Aiman memandang rakannya yang sedang risau itu lalu mengeluh. "Hilman..dengar sini" panggil Aiman sambil tersenyum kecil kearah Hilman. Hilman mengalihkan pandangan kearah Aiman sambil menaikkan keningnya. 

"Kau ada hak nak confess dengan Mika..dan Mika pun ada hak nak reject kau.Kau confess lebih bagus. At least kau boleh rasa lega. Kalau dia tak terima, takpa. Kau terima je walaupun sakit. Kita ni kalau suka kat seseorang kena tahu yang mereka pun ada perasaan dan citarasa mereka sendiri. Kalau kita dah confess dan tak diterima kita kena lah relakan dan hormat keputusan dia.Tapi kalau kau betul2 sukakan orang tu dan kau rasa dialah orangnya kau kenalah usaha. Lagipun kita kan muda lagi, tak payah fikirkan sangat benda-benda macam ni. Okay?" nasihat Aiman . Hilman hanya mendiamkan diri .  "Its okay Hilman, bunga bukan sekuntum~ kau kena reject nanti aku belanja cool blog okay " kata Aiman sambil tersengih apabila menerima jelingan daripada Hilman .

**
Beberapa hari kemudian,

Aiman mengeluh sambil melihat jam tangannya. Dia sedang menunggu Hilman untuk siap ke sekolah memandangkan hari ni ialah hari untuk Hilman confess pada Mika. Sudah 5 minit dia tunggu dan Hilman masih lagi tidak keluar dari rumah. Mujur dia datang awal dan suruh Hilman siap awal jika tidak sudah pasti mereka akan lewat ke sekolah.

"Sorry lambat!" kedengaran suara Hilman datang dari arah pintu rumah. Aiman menoleh dan melihat Hilman. Waktu itu dia rasakan dunia ini berhenti seketika. Angin pagi sepoi sepoi bahasa meniup kearah mereka . Lalu suasana pagi yang aman itu dipecahkan dengan suara Aiman ketawa berdekah dekah sambil melutut di hadapan rumah Hilman.

Hilman memandang rakannya dengan wajah keliru. "What? Why ? Wei kau apahal?!" marah Hilman sambil memuncungkan mulutnya.  Aiman memegang perutnya yang senak akibat ketawa itu sambil menggelengkan kepalanya. Masih terkeluar bisa bisa ketawa dari mulutnya membuatkan Hilman memasamkan muka. 

"Kau buang tebiat apa pergi sekolah buat rambut belah tengah!!!"

Dan 10 minit dihabiskan dengan Aiman menarik Hilman ke dalam rumah lalu mencuci semula rambut Hilman yang entah berapa botol gel diletakkan . Dia kemudian mengeringkan rambut Hilman sepantas kilat dengan pengering rambut sebelum menarik semula Hilman keluar dari rumah kerana mereka sudah lambat.

"Wait! Rambut aku kenapa kau tak sikat!" 

"Rambut kau tu lembut semacam. Kalah perempuan! Takyah sikat pun takpa"

"T-tapi serabutlah!"

"Biarlah messy sikit. Baru nampak handsome, bukan skema"


__

Bersambung Part 10 ( KLIK)

 
 
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

4 Itik gebo-gebo:

Am_Mir berkata...

" dia sedang mengekori Hilman yang sedang mengekori Mika yang sedang diekori oleh Irfan " Thats so funnyyy bhahahaha XD

All the best sweety pie :D <3 <3
Goodluck in everything taw! <3 <3 <3

fzwney berkata...

Bestt ! Hhi . *grin*

Tanpa Nama berkata...

Dalila bila nak sambung. tunggu dari last year :'((((

Tanpa Nama berkata...

sambung plis :'((

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi