Cinta Photographer Part 18

 Part 17

Aina kemudian kembali semula ke tempat dimana Zain mengarahnya untuk
tunggu disitu. Aina melihat sekeliling tempat, langsung tidak nampak kelibat
Zain disitu. Suasana disitu menjadi sunyi kerana makin kurang orang melalui
situ. Aina mula menjadi resah . Takut sekiranya terjadi apa2 terhadap dia.

"Eh si Zain ni. Tebiat apa biarkan aku sorang2 kat sini" bisik hati Aina.

Dengan tiba2 Aina dapat merasakan bahunya dipegang oleh seseorang.Terkejut
dengan kehadiran tangan itu di bahunya Aina terus menjerit sambil memijak kaki
orang yang berada di belakangnya itu tanpa memandang muka.

"Ahhh!!" kedengaran suara lelaki menjerit kesakitan.

Aina kemudian baru sedar , kaki yang dipijaknya itu milik Zain terus
berundur ke belakang menjauhinya. Zain yang sedang membongkok
sambil memegang kakinya menjeling tajam kearah Aina. Aina kemudian
terlihat Zain sedang memegang gula kapas disebelah tangannya.

"Kau dah kenapa nak menjerit dengan pijak kaki aku ni!" marah Zain.
Mukanya berkerut menahan sakit dan marah . "Perempuan ni kalau
tak susahkan aku tak sah" kutuk Zain di dalam hati sambil menjeling
ke arah Aina yang sedang berdiri di hadapannya .

"Ma.. Maaf. Aku ingat kau orang jahat tadi" kata Aina sambil menggaru
kepalanya. Zain mengeluh. Zain kemudian berjalan mendekati Aina,
lalu menghulurkan gula kapas kepadanya tanpa berkata apa2. Sejurus itu,
dia terus berjalan meninggalkan Aina di belakang. Aina terdiam sebentar
sebelum mengejar Zain dari belakang.
 
***********************************************************

Mereka berdua berjalan keluar dari lif menuju ke kediaman masing2. Zain
membuka pintu rumahnya lalu masuk kedalam sambil berkata "Selamat malam"
lalu terus menutup pintu.Aina yang sedang mengelamun tidak mendengar dengan
jelas apa yang dikatakan oleh Zain tadi dan membuatkannya terpinga pinga.
Malas hendak fikir lama,Aina terus masuk kerumahnya .

Dia kemudian menuju ke dalam biliknya dan melihat gambar2 yang ditampal
di dindingnya itu . Dalam beratus ratus gambar disitu , dia hanya memandang
ke arah satu gambar lama yang ditampal disitu.

"Ibu...Ayah.. Aina rindukan Ibu dengan Ayah..." kata Aina sambil memandang
sayu kearah gambar itu . Sedang Aina termenung , telefon bimbitnya berbunyi.


"One New Message"

Esok jangan bangun lambat. Nanti kita pergi kerja
sama-sama. Kalau lambat siap kau aku kerjakan.
-Zain-
Aina tersenyum . Matanya kemudian memandang kearah kotak bersampul
hadiah yang diberikan kepada Zain sebentar tadi di dalam kereta ..

*** 
"Nah hadiah untuk kau .. " kata Zain sambil menghulurkan kotak
yang bersampul hadiah itu kepada Aina. "Hadiah? Untuk apa?"
tanya Aina. Keliru dengan Zain yang tiba2 saja memberi hadiah kepadanya.
"Ni tanda minta maaf aku pada kau" kata Zain, dia langsung tidak pandang
ke wajah Aina.Aina memandang lama kotak hadiah itu ."Tak apa lah.
Kau simpan jelah hadiah ni" Aina menolak dengan lembut .

"Jangan degillah. Aku kata ambik,ambik jelah" suara Zain mula meninggi. Ceh
dia ni .. cepat sangat naik angin kutuk Aina didalam hati. Nak tak nak dia
kena juga ambil hadiah itu dari Zain .
***  
Aina membuka sampul hadiah itu . Oleh kerana terlalu malas hendak
membukanya.Aina hanya mengambil cara alternatif dengan mengoyakkannya.
Lagi cepat lagi bagus.Aina terdiam melihat hadiah yang diberi oleh Zain .
Snowglobe yang mempunyai sepasang kekasih di dalamnya sedang bersama
pada musim salji .


Aina hanya tersenyum melihat hadiah yang diberikan oleh Zain itu .
Namun senyuman itu hanya kekal beberapa saat saja. Aina sedar yang dia
tak patut kuatkan lagi perasaan sukanya pada Zain.

"Zain sukakan Liyana.." kata Aina sambil memandang
snowglobe itu . Snowglobe itu kemudian diletakkan di meja kecil
bersebelahan katilnya .


To be continued
Zain why are you being sweet to Aina ?

So ni nak bagitahu hangpa semua. Aku dah mencuba untuk
menghantar cerita ni kat penulisan2u kerana kawanku sorang tu
sibuk paksa aku hantar. Peh hang tak tau betapa berdebarnya aku bila
hantar cerita tu! Dahlah cerita aku merapu (Menangis)

And masa tekan send tu i was like 

  
 
 WHAT DID I JUST DO ?!


*TOTALLY MENTAL BREAKDOWN*

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

3 Itik gebo-gebo:

Miss Xyz berkata...

takpe hntr penulisan2u dulu, selalunya novelis zmn skrg start macam tu ahaha

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Memang best....lagi lagi lagi dan lagi...?


x0x0 ^___^
BW dr Girl blogger dan terus follow...best citer nie...
Keep up the best story...hihiii...

Nurina Izzati berkata...

wah.. blog e-novel

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi