Di Hospital Kuala Lumpur ..
Zain terus keluar dari kereta dan berlari masuk ke hospital.
Sampai didalam dia terus menuju ke wad Liyana . Lenny manager
Liyana sedang berdiri di luar bilik itu .
"Zain ! I tak tau apa yang jadi .. sumpah i sendiri terkejut
dapat panggilan yang dia accident " kata Lenny sambil menangis
teresak esak . Zain memegang bahu Lenny sambil berkata "Its okay
lenny . Cedera dia parah tak ?" tanya Zain sambil menjengukkan
kepala untuk melihat Liyana . Lenny masih lagi menangis . "Doktor kata
dia stabil .Cuma kepala dia kena hentakkan yang kuat waktu accident tu"
Zain meraup wajahnya . Terasa kesal di atas perbuatannya pada liyana
sebelum ini .
Zain berjalan menuju ke dalam wad itu . Dilihatnya liyana sedang terbaring
kaku di atas katil dengan kepala yang dibalut . Zain duduk di kerusi sebelah
katilnya itu . Air mata zain mula menitik ..
"Aina , awak nak ikut tak pergi wad tengok liyana ?" tanya Marina . "Ah,
awak pergi dulu lah . Kejap lagi saya pergi" kata Aina . Marina mengangguk
lalu bergegas berlalu pergi ."Ya Allah, semoga liyana dalam keadaan stabil"
doa Aina didalam hati .
Aina menuju ke kedai serbaneka yang kebetulan ada berdekatan disitu untuk
membeli sedikit makanan untuk Zain dan Marina . Setelah seselai membeli,
Aina menaiki lift untuk menuju ke wad Liyana. Sampai disana Aina lihat
ramai wartawan sudah tunggu diluar untuk mengetahui keadaan penyanyi
popular itu . Aina terpaksa menyelit sedikit untuk melihat keadaan didalam
wad itu .
"Liyana ... bangun sayang.. awak kena kuatkan diri awak. I'm sorry for what i've
done to you" kata Zain sambil mencium tangan Liyana yang tidak bermaya itu .
Air mata zain menitik satu demi satu . Terasa sayu melihat orang yang dia cinta
terbaring kaku disitu .
Aina melihat lama perlakuan Zain itu . Entah kenapa hatinya rasa sesuatu . Rasa
sakit... Aina berjalan keluar dari kesesakkan disitu .. dipukul perlahan dadanya
yang tiba2 berasa sakit .. beberapa kali . Aina berjalan keluar dari Hospital itu sambil
mengeluarkan roti sardin yang berada didalam plastik itu .
"Aina ??"
Aina mengangkat kepalanya . Matanya membulat .
"Amirul ??"
Amirul tersenyum dihadapannya . "Awak buat apa kat sini ?" tanya Amirul .
"Saya .. saya pergi jenguk liyana yang accident. Tak kan awak tak tahu"
jawab Aina . Amirul menepuk dahinya . "Oh lupa yang awak kerja dengan Zain,
mestilah awak ikut sekali kan" kata Amirul . Aina hanya berdiam diri.
"Anyway mana zain ? Kenapa awak seorang je kat sini ?" tanya Amirul . Aina
terdiam sebentar . "Saya.. saya tak sedap badan . Jadi saya nak balik dulu lah"
kata Aina . "Oh kalau macam tu biar saya hantar awak!" kata Amirul . "Eh tak
payah lah . Awak pergi lah jenguk liyana tu . Saya boleh naik teksi" tolak Aina .
Amirul dengan tiba2 memegang pergelangan tangan Aina lalu menariknya .
Aina terkejut . " Eh awak nak bawak saya kemana ni ? " tanya Aina dengan
nada yang risau . "Awak tu degil sangat . Saya kata saya nak hantar ikut jelah"
kata Amirul sambil tersenyum kearah Aina yang berada dibelakangnya . Aina
terpaksa melangkah besar kerana Amirul menariknnya .
Sampai dikeretanya baru Amirul melepaskan pergelangan tangan Aina.
"Dah silakan masuk tuan puteri " kata Amirul sambil membuka kan pintu
untuk Aina. Aina terketawa kecil . "Kan saya cakap tak payah susah2"
kata Aina. Amirul mengecilkan matanya sambil bercekak pinggang .
"Masuk cepat. Kalau tak siap awak" kata Amirul . Aina ketawa.
Lucu melihat wajah Amirul yang sedang marah itu . "Yelah2" kata Aina sambil
melangkah masuk ke kereta .
*********************************************************
"Zain awak nampak tak Aina kat mana ? " tanya Marina sambil menoleh
kiri dan kanan mencari kelibat Aina . Zain hanya mendiamkan diri .
"Zain , im talking to you right now" kata Marina sambil mengcekak pinggang.
"Entah . Biarlah dia tu . Dia dah balik agaknya . Dah lah cepat bukak kereta
ni" arah Zain dengan nada dingin .
Marina akur lalu menekan punat di kunci keretanya .
"Amirul .. ni bukan jalan nak pergi rumah saya ni" tanya Aina sambil
memandang arah Amirul yang sedang fokus memandu . Amirul tersenyum.
"Saya nampak awak sedih je tadi .. jadi saya nak bawa awak ke suatu
tempat yang best" kata Amirul sambil tersenyum . Aina memandang pelik.
"Mana awak tau saya tengah sedih ?" tanya Aina . "Saya tau lah. Tengok
muka awak pun tau" kata Amirul sambil ketawa .
"Awak nak bawa saya ke mana je ?" tanya Aina . "Rahsia" jawab Amirul .
To Be Continued
Oh no ~ Amirul nak bawa Aina pi mana tu ? And Zain yang kejam.
Langsung tak nak kisah pasal Aina.Sigh.
Bawah ni takda kena mengena dengan cerita diatas lol
Ahahahhaha look at his hair. lmao . Sorry. He just too cute to resist.
2 Itik gebo-gebo:
Weh weh bahaya betul si Amirul ni.
@Miss Xyz hahaha nampak je bahaya xD tapi sebenarnya baik
Catat Ulasan