Cinta Photographer Part 4

Part 3 (Tekan untuk baca)

"Aku tak kira kau kena juga bayar ganti rugi untuk kamera ni"
kata lelaki itu . Aina tercengang. "Ehh? Tapi aku tengah tak
ada duit ni" kata Aina dengan nada yang lemah . Terasa
seperti ada batu yang menghempap kepalanya.

"I dont care.Pay it. Kalau tak aku panggil peguam aku" kata lelaki
itu dengan sinis . Aina mengeluh . "Berapa..."perlahan saja suara Aina.
"RM5000" kata lelaki itu .Kini terasa seperti ada dua batu yang
menghempap kepala Aina . "What?! Hoi kenapa mahal sangat?!" jerit Aina .

Lelaki itu memandang kearah lain dengan wajah selambanya
seperti tidak mahu mendengar apa yang Aina cuba untuk beritahu .
"Suee..." Aina memanggil dengan wajah yang sunggul."Ahh! Ada
orang call. Kejap ye" kata Sue sambil berlalu pergi dengan pantas. 

"Nak bayar ke tak?!" tanya lelaki itu dengan tegas.Aina memuncungkan
mulutnya sambil menggelengkan kepalanya.Lelaki itu kemudian memandang
kamera yang tergantung dilehernya itu . "Heh. Kalau macam tu . Bagi kamera
kau kat aku" kata lelaki itu sambil menghulurkan tangannya.

"Eh??"

"No Way !" jerit Aina sambil memeluk kameranya dengan erat.Tak mungkin
Aina akan berlepas dengan kamera kesayangannya itu .Lelaki itu terkejut
melihat Aina yang sedang memeluk erat kameranya itu.Lelaki itu mengeluh
sambil memicit kepalanya. 

"Baiklah . Kalau macam tu , kau jadi Photographer peribadi aku"arah lelaki
itu ."Eh? Kau siapa nak suruh aku kerja dengan kau"tanya Aina dengan nada
serious. "Gaya pun macam penyangak"sambungnya lagi . Lelaki itu menggengam
tangan menahan geram.Loya buruk betul perempuan ni ! jerit hati lelaki itu.

Lelaki itu kemudian membuka cermin mata hitam dan topinya.

Aina tercengang . Sue yang baru habis bercakap ditelefon pun
turut sama terkejut .

"Zain ?!!!"

************************************************

Aina membuka matanya dengan perlahan. Ada sinaran cahaya
sewaktu dia hendak membuka matanya membuatkan dia menjadi
silau. "Ah..apa yang jadi.." kata Aina sambil cuba membuka
matanya. 

"Waaaaah !!" jerit Aina.

Aina hampir sahaja rasa seperti hendak hilang nyawa bila wajah
Zain betul2 dekat dengan wajahnya tadi . "Auchh" Aina memegang
dahinya. Terasa sakit yang amat . "Eh mana zain?" tanya Aina sambil
mengusap usap dahinya.Sue kemudian menundingkan jarinya kearah
Zain yang sedang mengerang kesakitan sambil memegang dahinya.

"Kau kenapa tiba2 angkat kepala?!" marah Zain . Dahinya kelihatan
merah."Siapa suruh kau dekat2 dengan aku .." kata Aina dengan wajah
yang tidak bersalah . "Huh !" itu saja yang keluar dimulut Zain . Dia
kemudiannya memandang kearah wanita disebelahnya seperti mengarah
sesuatu . Wanita itu kemudian menganggukkan kepalanya lalu mengeluarkan
sesuatu dari handbagnya . 

"Nah.Dekat kad ni ada alamat studio kami. awak datang esok untuk mula
kerja" kata Wanita itu sambil tersenyum manis. Aina terdiam . "Siapa awak?"
tanya Aina. "Nama saya Marina,manager zain" kata Marina sambil
menghulurkan tangan untuk bersalam. Aina menyambut salam itu sambil
membalas senyumannya .

"Ingat , kau jangan tak datang. Kalau tak.. aku call polis suruh tangkap kau"
ugut Zain sambil merapatkan mukanya ke wajah Aina dengan wajah yang
sombong .Aina menelan air liurnya. Tak sangka artis yang selama ni dia
minat rupanya berperangai sebegini rupa.

"Heh . Sudahlah pengsan tadi . Lepastu nak buat muka tak bersalah"
perli Zain sambil berlalu pergi bersama dengan Marina . Aina menjeling
Zain sambil menjelirkan lidah . Geram melihat perangai artis kerek tu.
********************************************************
Kelihatan dua orang perempuan sedang duduk berhadapan satu sama
lain dengan seorang tersenyum dan seorang lagi masam mencuka.

"Kenapa aku yang jadi mangsa kat sini..." kata Aina sambil menghentak
kepalanya dengan buku yang dipegangnya . Sue ketawa kecil, tetapi
ketawanya tidak lama kerana melihat wajah Aina yang sedang menahan
geram sambil memandangnya..

"Relaks lah. Ni lah peluang kau untuk rapat dengan idol kau tu" kata
Sue sambil tersenyum ."Ahh tak ada masa aku nak rapat dengan dia"
kata Aina sambil mencebik . "Ehehe. Kerja jelah dengan dia tak salah
pun kan" kata Sue . Aina hanya berdiam, wajahnya yang pada mulanya
berkerut tiba2 sahaja tersengih lagak Joker dalam cerita Batman. Seperti
ada sinar dimatanya. Ahh sudah kenapa dengan Aina ni Sue memandang pelik.

"Macam mana aku nak kerja dengan dia , kalau sekarang ni aku kerja 
dengan kau.Hah!" Aina berkata dengan wajah yang berlagak seperti
baru lepas selesaikan masalah dunia. Sue tersenyum . "Aku boleh pecat kau"
kata Sue sambil tersenyum. 

"Ehh??" sinar yang ada dimata Aina hilang serta merta.
Mulutnya terbuka luas terkejut dengan tindakan Sue itu .

"Tapi..Tapi kenapaaa??! Mana boleh macam ni" kata Aina sambil
menarik narik tangan Sue untuk meraih simpati . Sue memalingkan
mukanya kearah lain tanpa menghiraukan Aina. "Fine ! Nanti kedai
kau muflis jangan cari aku " kata Aina sambil memuncungkan mulutnya.
"Alah macam lah tak ada photographer lain . Aku pun pandai lah ambik2
gambar ni" kata Sue sambil tersenyum .

Aina meletakkan kepalanya dimeja dengan kuat . "Auch" jerit kecilnya
tetapi dia masih tidak mahu mengangkat kepalanya . Terasa hidup ini
tidak adil baginya. Kenapa dia mesti bekerja dengan lelaki itu..

To Be Continued

Rm5000 ? Idk harga sebenar. Terima jelah yop. 

Omg ~ Aina kena kerja dengan Zain! Apa agaknya akan jadi nanti ya?


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

0 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi