Cinta Photographer Part 28

 Part 27

Amirul tersenyum sambil memasukkan semula handphonenya kedalam
poket. Raket yang berada disebelahnya dipandang lama. "Aku takkan
kalah hari ni" kata Amirul seorang diri sebelum bangun dan mengangkat
raket itu untuk memanaskan badan.

Zain termenung sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah.
Aina memandang pelik kearah Zain yang tiba2 sahaja jadi pendiam.
Aina kemudian melambai tangannya di depan muka Zain untuk menyedarkannya.
"Zain~ kau okay ke tak?" kata Aina sambil melambai lambai tangannya di depan
muka Zain. Zain tersedar daripada lamunannya dan memandang kearah Aina
yang sedang berwajah keliru itu ."Uh..aku okay" jawab Zain sambil tersenyum
kearah Aina. Aina hanya mengangkat bahunya lalu kembali bersandar di kerusi
dan memandang kearah luar tingkap.

Sampai sahaja kondominium mereka Zain berjalan kearah Marina."Marina,
jadual saya lepas ni start pukul berapa?" tanya  Zain. Marina melihat jadual
Zain di tabnya sebelum memandang kearah Zain. "Pukul 1 kenapa?" tanya
Marina. Zain diam sejenak ."Um..nanti saya nak keluar pergi jumpa kawan.
Awak dengan Aina rehat dulu lah okay" kata Zain. Marina mengangguk.
"Jangan lambat tau. Balik sebelum pukul 1" pesan Marina sebelum berjalan
kearah rumah Aina untuk berehat sebentar disana. Zain mengeluh dan berjalan
untuk masuk kerumahnya namun terhenti apabila terlihat sesuatu di kasut hitamnya.

Matanya membulat.

Aina yang baru sahaja hendak masuk kerumahnya terkejut apabila terdengar
jeritan yang keluar daripada mulut Zain disebelah. "Aina !! kau buat apa dekat
kasut aku !!" marah Zain. Aina berfikir sejenak tentang apa yang dikatakan
oleh Zain sebelum teringat tentang hal pagi tadi. Dia dengan pantas masuk
kerumahnya dan mengunci pintu sebelum Zain sempat menangkapnya.

Marina yang berada di dalam rumah terkejut melihat Aina sedang bersandar di
pintunya dan kedengaran hentakan bertubi tubi di pintu rumahnya. Aina hanya
tersenyum memandang Marina " Hehe..dia kena rasuk tu. Biarlah dia" kata
Aina sambil berdiri tegak dan berjalan dengan selamba ke biliknya tanpa
menghiraukan Zain yang sedang mengamuk di luar.

"Aina ! Kasut ni mahal tau ! Kenapa kau pergi lukis gambar monyet kat sini!!"
marah Zain sambil mengetuk ngetuk pintu rumah Aina dengan kuat. Namun
setelah beberapa minit tidak mendapat respon. Zain mendengus menahan
marah. "Tunggu kau" kata Zain seorang diri sebelum masuk semula kerumahnya
sambil membawa kasut hitamnya yang mempunyai gambar monyet di situ. 

****
Amirul duduk di bangku sambil mengelap peluhnya dengan kain.
Dilihatnya jam di tangannya.  Lambatnya dia ni bisik hatinya sambil
menghirup air di botol. Sedang dia meregang regangkan sedikit badannya,
tiba2 ada suara yang memangilnya dari belakang. Amirul tersenyum mendengar
suara itu yang sangat dikenalinya. Dia menoleh kebelakang.

Kelihatan Zain sedang berdiri sambil menyandang beg raketnya dan sedang
memandangnya dengan wajah yang serious. Amirul bangun dan menuju kearahnya
sambil tersenyum. "Sampai pun kau! Aku ingat kau tak nak datang tadi" kata
Amirul dengan teruja sambil menepuk bahu Zain. Zain hanya mengeluh dan
berjalan di bangku untuk meletakkan raketnya. "Sudahlah, jom mulakan
game ni" kata Zain sambil mengeluarkan raketnya. Amirul tersenyum.

"Aik. Teruja sangat nak main game. Sebab kita tengah bet tentang Aina ke ni?"
tanya Amirul sambil menguis nguis bahu Zain membuatkan Zain menjeling kearahnya.
"Mana ada. Aku ada jadual lain lepasni. Bukan macam kau party je tau" perli Zain.
Amirul mencebik . "Ceh. Sebelum tu kau tak nak tau ke apa bet dia?" tanya Amirul
sambil mengambil raketnya. "Apa?" jawab Zain dengan nada malas sambil jalan
menuju ke gelanggang. "Um..takpalah kita main dulu game ni. Siapa menang yang
kalah kena tunaikan permintaan yang menang. Deal?" kata Amirul sambil berlari anak
ke gelanggang tempat berlawanan dengan Zain. Zain terdiam seketika. "Deal" kata
Zain sambil melantunkan bola tenis beberapa sebelum melakukan serve .

Permainan pun bermula.


Aina melompat keatas sofanya sambil melepaskan nafas lega. Badannya terasa sakit

berada di tempat shooting tadi.Dia meniarap di atas sofa sambil meregang regangkan
badannya. Marina yang melihat gelagat Aina itu hanya mengelengkan kepalanya sebelum
duduk di sofa lain yang berada di ruang tamu itu . "Marina.. tadi Zain cakap apa?" tanya
Aina. Posisinya masih lagi meniarap dan menutup mata seperti mahu tidur. "Dia nak keluar
jumpa kawan katanya" jawab Marina sambil menonton televisyen. "Hmm.." jawab Aina.
Mereka berdiam diri untuk beberapa minit sebelum tv menyiarkan berita tentang Liyana
yang kini sedang mengadakan konsert di luar negara. Aina membuka matanya dan
memandang sayu kearah tv itu. "Untung kan?" kata Aina dengan nada perlahan. Marina
yang terdengar memandang kearah Aina. "Apa untung?" tanya Marina.

"Liyana..dia dapat bersama dengan Zain. Sepadan je tengok diorang tu. Peminat pun
ramai suka tengok diorang bersama" kata Aina dengan masih lagi memandang kearah
imej Liyana di tv. Marina mengangguk. "Yelah..orang pun panggil diorang ni Pasangan
Artis paling popular. Lagi2 sejak insiden di hospital dulu" kata Marina sambil kembali
memandang kearah tv. Aina merasakan hatinya begitu sakit mengingatkan kejadian
di hospital itu. Dia mengigit bibirnya sebelum menutup mata dan mukanya dengan
bantal sofa untuk mengelakkannya dari menangis. Kan bagus kalau aku yang jadi
liyana bisik hati Aina.

 
To be continue
Apa sebenarnya yang dirancangkan oleh Amirul ? Adakah
Zain akan menang kali ni ?

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Kesian Aina yerr..hehehe..takpe..klau ada jodoh tak kemana...

Yang siZain dgn Amirul ni pulak dah kenapa...apsal tak lawan main golf kerr...haaa...hehehe


x0x0 ^___^

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi