Cinta Photographer Part 26

 Part 25
So dah dua hari tak update. Sorry.

Cut! 

Jerit director itu membuat Zain tersedar. Director itu kemudian
memandang kearah Zain dengan wajah yang keliru. "Zain, kamu
okay ke tak?" tanya director itu kepada Zain. "Ah saya okay.
Maaf saya lupa dialog tadi" bohong Zain sambil menundukkan
kepalanya. Director itu kemudian menganggukkan kepalanya sambil
mengarahkan scriptwriter untuk pergi kearah Zain dan memberitahu
dialognya.

Zain hanya memandang kosong kearah scriptwriter itu dan menganggukkan
kepala setelah dia selesai. Hatinya betul2 rasa tidak tenang setelah melihat
Aina bersama dengan Amirul tadi . Dia kemudian menggelengkan kepalanya
dan cuba untuk bertenang dan tumpukan perhatian.

****
Aina memandang kearah Zain yang sedang berlakon itu sebelum
berjalan kearah Marina. "Hai!" tegur Aina sambil tersenyum. Marina
hanya mengelengkan kepalanya. "Kenapa lambat sangat? Zain tunggu
lama tau" kata Marina. "Ceh. Dia yang prank saya tadi kan. Padan muka
dia" kata Aina sambil duduk. Amirul kemudian datang dan duduk disebelah
Aina.Marina hanya mampu mengeluh.

"Nah" kata Amirul sambil menghulurkan secawan air kepada Aina.
Aina tersenyum sambil mengcapai cawan itu. " Thanks" kata Aina.
Amirul hanya tersenyum sebelum menghirup air itu dan kembali
memerhati lakonan Zain di set itu .

Aina menghirup sedikit air sebelum bangun untuk mengambil beberapa
keping gambar Zain untuk dia masukkan kedalam blognya. Dia berjalan
merapati sedikit ke set penggambaran itu untuk mengambil gambar. Sedang
dia khusyuk mengambil gambar Zain, tiba2 dia merasakan ada seseorang
memegang kedua dua bahunya dari belakang membuatkan dia tersentak dan
menoleh ke belakang.

Kelihatan Amirul sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum. Aina
yang menoleh kebelakang tersedar yang wajahnya dan Amirul begitu
dekat sekali membuatkan wajahnya membahang. Aina dengan pantas
ketepi dan menjauhkan diri daripada Amirul. Amirul hanya ketawa melihat
reaksi Aina. "J-jangan kacau lah" marah Aina dengan sedikit tergagap menahan
malu. "Sorry" kata Amirul sambil tersenyum. Aina kemudian mengangkat kameranya
ke wajahnya cuba untuk menutup wajahnya yang sedang merah padam. Dia kemudian
mengambil gambar Zain cuba untuk menenangkan fikirannya, dan tidak sedar yang
dia terambil gambar Zain memandang kearahnya dengan jelingan yang tajam.

*****
Selesai shooting, Zain berjalan kearah Aina yang sedang bebual mesra
dengan Amirul di bawah khemah. "Kau kenapa lambat?" tanya Zain dengan suara
yang dingin. Aina memasamkan mukannya. "Salah kau jugak. Kenakan aku pagi tadi"
jawab Aina. "Itu aku tahu, tapi takkan lah kau ambik masa lama sangat nak sampai
sini. And kenapa kau datang dengan dia?!" marah Zain membuatkan Aina terdiam
sejenak. "Hey. Yang kau ni nak marah2 aku kenapa? Sukahati aku lah nak datang
dengan siapa" kata Aina. Zain mengenggam tangannya menahan marah.

Zain kemudian memandang kearah Amirul yang sedang tersenyum kearahnya.
Darahnya semakin membuak buak. Ikut hati Zain hendak saja tumbuk wajah
Amirul itu, tapi disebabkan cousin dan dia kena jaga imej dia hanya mampu
bertahan. "Amirul kau pergi balik" arah Zain . 

"Eh? Kenapa? biarlah Amirul duduk sini teman aku" rungut Aina sambil memandang
kearah Zain. Zain menjeling kearahnya. "Shooting dah habis. Tak payah teman dah,
Amirul kau boleh balik sekarang" kata Zain lagi dengan nada dingin langsung tidak
menghiraukan pujukan Aina. Amirul tersenyum kearah Zain lalu memandang kearah
Aina. Dia kemudian mengusap kepala Aina yang sedang bermasam muka itu.

"Nanti kita jumpa lagi okay? Saya pergi dulu" kata Amirul sambil tersenyum
kearah Aina. Tidak sedar ada sepasang mata yang memandang kearahnya
dengan pandangan tajam. Aina mengangguk sambil tersenyum. Amirul
kemudian bangun dan menepuk bahu Zain beberapa kali sebelum berjalan pergi.

Interesting.. bisik hati Amirul sambil tersenyum.

To Be Continue 
Yes~ interesting~ i like that kekekeke

Zain why are you mad? huh?
 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Yupp...INTERESTING !!...hehehe...

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi