"Eh awal balik ? " tanya Sue sambil menutup pintu .
Aina hanya tersenyum memandang Sue .Sue
memandang pelik melihat kelakuan pelik rakannya itu.
"So macam mana? okey kerja?" tanya Sue sambil membuka topi yang
dipakainya ."Okeylah .. cuma yang tak okey dapat boss menyakitkan hati"
kata Aina . Sue tersenyum.
"Sue .." panggil Aina. Sue memandang kearah Aina . "Nanti
aku kena pindah tau" kata Aina . Sue terdiam . "Pindah?
pindah kemana ? " tanya Sue . "Pindah dekat sebelah rumah
Zain di Kondominium" kata Aina . "Aik ? Kenapa kau kena
duduk situ pula ? Duduk sini pun boleh kan ?" tanya Sue .
Aina mengangkat bahu . "Entah dia tu . Katanya dia takut aku larikan
diri . Ceh . Sakit hati aku" kata Aina . "Okeylah macam tu , nampaknya
sunyi lah rumah ni nanti" kata Sue sambil tersenyum . "Alah nanti kalau
aku bosan aku datang lah sini" kata Aina . Sue mengangguk . "Bila2 kau nak
datang pun boleh" kata Sue .
*************************************************
Aina memandang lama kondominium yang kini menjadi tempat
tinggalnya dengan pandangan yang kagum . Mulutnya sedikit
ternganga kerana tidak pernah melihat susunan tempat yang
begitu elegan dan mewah . Untungnya aku! jerit hati Aina keriangan.
"Tutup sikit mulut kau tu " kata Zain disebelahnya menghentikan
lamunan Aina. Aina dengan segera mengigit bibirnya .
"So ni jadi tempat tinggal kau . Makan sendiri2 lah ye" kata Zain.
Aina tiba2 sahaja ketawa riang sambil memandang Zain dengan
wajah yang ceria . " Aha terima kasih ya Zain ! Semoga dapat balasan
yang baik " kata Aina sambil mengelipkan matanya beberapa kali .
Zain hanya mengangguk . "Ah, kenapa kau ada dua rumah yang sebelah2
je?" tanya Aina. Zain diam sebentar sebelum memulakan bicaranya.
"Ni untuk keluarga dan saudara mara aku bila mereka datang duduk sini"
katanya. Aina hanya menggangukkan kepalanya.
"Sini aku tolong kemas barang kau" kata zain sambil mengangkat kotak
besar kepunyaan Aina . "Banyak betul barang kau " kata Zain . "Eh tak
payahlah , biar aku buat sendiri" kata Aina.
Zain tidak menghiraukan Aina .Dia terus membuka kotak itu, didalam
kotak itu kelihatan banyak Album dan gambar2 yang diambil Aina.
Zain meneliti satu persatu gambar itu . "Banyaknya kau ambil gambar"
kata Zain . Aina terkejut melihat Zain menyentuh barang2nya . Lantas
dia terus merampas gambar yang berada di tangan Zain . "Jangan sentuh"
marah Aina dengan nada tegas . Zain terdiam . "Okeylah . Kalau macam tu
aku balik kat bilik aku dulu lah. Kalau apa2 panggil " kata Zain lalu berlalu
pergi .
************************************************
Aina selesai mengemas semua barangnya itu . Gambar2 nya juga
sudah ditampal di dinding biliknya . Baru sahaja Aina hendak melabuhkan
punggungnya di birai katil . Loceng rumahnya berbunyi . Aishh siapa yang
sibuk sangat nak datang ni dengus hati Aina . Aina membuka pintu ,
kelihatan Zain sedang menghulurkan bungkusan nasi kepada Aina .
"Ambiklah . Mesti kau lapar kan " kata Zain . "Oh .. terima kasih" jawab
Aina sambil mencapai bungkusan nasi itu . Zain menggaru kepalanya
sambil berkata " Okeylah . Aku nak kena pergi studio rakaman . Kau
tak payah kerja hari ni , kau rehat je." . Aina mengangguk . Zain terus
berlalu pergi . Aina menutup pintu lalu bersandar pada pintu itu sambil
memandang lama bungkusan nasi itu .
"Baik pulak dia ni hari ni .." kata Aina seorang diri . Lalu dia
terus kedapur kerana sudah kelaparan . Makan free yess ~
Selesai makan , Aina duduk di ruang tamu sambil menonton
televisyen. Kebetulan drama di tv itu pelakonnya Zain,dan wataknya
pula sebagai seorang lelaki yang gentleman dan romantik.
Serta merta Aina mengerutkan dahinya. Euw..gentleman konon.
Panas baran ada lah kutuk hati Aina sambil memuncungkan mulutnya.
Dia kemudian teringat kejadian langgar yang terjadi hari tu. "Eh..dia tu
tak ingat aku ke?" tanya Aina seorang diri. Pelik kerana Zain langsung tidak
bertanya tentang kejadian hal hari itu . Maybe perangai orang kerek
memang pelupa kot bisik hati Aina.
Aina kemudian menghabiskan masanya dengan menonton drama
lakonan Zain dan sekali sekala dia akan mengutuk Zain sambil
memakan biskut yang entah dari mana muncul.
To Be Continue
Maybe hari ni buat thriple update. Yeay! Im tired. Pagi tadi
baru sampai JB . Sigh Part 9 akan dipost sebentar lagi~
0 Itik gebo-gebo:
Catat Ulasan