Cinta Photographer Part 21

 Part 20

Aina memandang lama kearah wajah Zain yang sedari tadi hanya
mendiamkan diri. Teddy yang diberikan oleh Amirul itu, dipeluk
kuat. "Kau kenapa nak pandang aku lama2" tegur Zain dengan wajah
yang tegang. "Ah. Tak ada apa2" kata Aina lalu memandang kearah lain
sambil mengusap usap kepala teddy itu . Dengan tiba2, Zain menarik
teddy itu dari pelukan Aina. Aina tersentak. Teddy bear itu dibaling ke
tempat duduk hadapan bersebelahan Marina. Marina yang sedang drive
itu sedikit terkejut dengan kemunculan teddy di tempat duduk hadapan.

"Wei! kau kenapa ?" marah Aina sambil cuba mengambil semula teddy
itu dihadapan. Lengan Aina kemudian ditarik membuatkan Aina tersandar
semula ketempat duduknya. " Duduk. Jangan berani nak ambik teddy tu
balik" arah Zain dengan pandangan yang tajam kearah Aina. Aina
mendengus marah sambil memeluk tubuhnya. "Apahal mamat ni tiba2 nak
baling teddy tu!" kutuk hati Aina sambil memandang kearah luar . Dia
langsung tidak mahu memandang kearah Zain.

Sampai sahaja di bangunan studio Zain, Aina baru sahaja mahu keluar dari
kereta tiba2 lengannya ditarik sekali lagi. "Eh ! Dah kenapa main tarik2 ni!"
marah Aina sambil memandang kearah Zain. "Kau duduk sini. Jangan keluar
dari kereta" kata Zain lalu dia pun keluar dari kereta dan menuju ketempat
duduk hadapan di tempat pemandu. Marina yang tidak tahu apa yang berlaku
hanya diam memerhati di luar kereta. "Marina, awak balik dulu. Saya nak keluar"
kata Zain lalu terus masuk kedalam kereta. Marina hanya mengangguk sambil
memerhatikan kereta Zain meluncur laju hilang dari pandangannya.

"Kau nak bawa aku kemana ni?" tanya Aina dengan wajah yang masam.
Zain hanya mendiamkan diri dan memandang kearah hadapan. Keretanya
dipandu laju, membuatkan Aina menjadi kecut perut.

Aina keluar dari kereta dengan wajah yang keliru. Dipandangnya wajah Zain
yang baru sahaja keluar dari kereta, wajahnya sedikit tenang daripada tadi.
Zain kemudian terus masuk kedalam kedai yang dipenuhi dengan teddy
bear yang comel2. Aina hanya mengekorinya dari belakang.

Sepanjang didalam kedai itu, Zain hanya bermundar mandir sambil memandang
satu persatu teddy bear yang berada disitu. Kadang kala dia tersenyum sendiri
sambil memerhatikan teddy bear yang dipegangnya itu . Aina hanya berdiri kaku
di sudut kedai itu tidak tahu hendak buat apa. Tiba2 Zain datang mendekatinya
sambil memegang dua teddy bear di tangannya. "Yang mana comel, yang pink
ni ke yang coklat ni?" tanya Zain sambil menunjukkan kedua dua teddy itu.
"Lah.. dia ni nak belikan untuk Liyana ke? Itu pun nak minta nasihat aku"
bisik hati Aina. "Yang pink ni lah, comel" kata Aina sambil tunjuk kearah teddy
itu. Zain hanya mengangguk lalu terus menuju ke kaunter pembayaran.

Kedua dua mereka masuk kedalam kereta. Aina mengambil teddy bear yang
diberi Amirul itu lalu menepuk nepuk untuk membersihkannya. Zain yang nampak
perlakuan Aina itu sekali lagi merampas teddy bear itu dari tangan Aina lalu
menbalingkannya kebelakang. "Hey!!" marah Aina sambil memandang kearah
Zain. Belum sempat Aina hendak mengambil semula teddy itu, Zain menghulurkan
teddy bear yang baru dibelinya tadi kearah Aina. Aina terdiam. "Nah, kau ambik
yang ni. Yang kat belakang tu, biar aku yang ambik" kata Zain . Dia langsung tidak
pandang kearah Aina. "Eh? kau biar betul?" tanya Aina. Aina sangka teddy bear
itu milik Liyana. "Betul lah,kau ambik jelah.Jangan banyak tanya" kata Zain dengan
nada yang tegas . "Tapi.." belum sempat Aina hendak menghabiskan ayat Zain
sudah memotong. "Takda tapi2, kau ambik juga aku punya tu. Yang mamat tu
punya biar aku pegang" kata Zain dengan nada tegas.

Aina memandang lama kearah wajah Zain yang sedang memandu itu. Pelik
dengan perangai Zain yang tiba2 saja mahu baginya teddy bear. Zain yang
sedar Aina sedang memandangnya sudah mula rasa tak selesa. "Jangan pandang
aku lah" kata Zain sambil menolak perlahan pipi Aina menyuruhnya memandang
ke hadapan. Aina tersenyum. Teddy bear yang diberi Zain itu dipeluk kuat.
Dalam diam Zain pun turut tersenyum melihat perlakuan Aina.

To Be Continue
Adakah Zain sukakan Aina ?
My Amirul~ eh 
Dah kata playboy muka kenalah
playboy

 Adioss~
dorky dance by Jongyu. happy birthday Lee Jinki!

cr: everything 


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Hahahaa..lawakla Zain nehh...

Nasib la Amirul..tak dapat kuar dgn Aina...

Hai Zain...tak ingat kat Liyana ker...kehkehkeh.....

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi