Cinta Photographer Part 2

Part 1  (Tekan untuk baca)

Aina baring di katilnya . Dia cuba melelapkan matanya
dan menenangkan fikirannya. Perkara yang sudah berlaku
antara dia dan Zain benar2 terasa seperti mimpi .Aina
bangun dan memandang ke arah dinding yang dilekatkan
beratus ratus gambar yang diambilnya . Kebanyakkannya
gambar close up dan landscape .

Aina bekerja part time sebagai pembantu Sue dalam
mengambil gambar pengantin , itu pun kalau dia dipanggil
untuk membantu . Dan sebahagian gambar yang diambil
Aina akan diletakkan di galeri kecil di kedai Sue untuk dijual
kepada yang berminat . Dengan itu Aina dapat menampung
kehidupannya .


***************************************************

Pada waktu malam

"Assalammualaikum !" ucap Sue sambil membuka pintu.
"Waalaikumsalam.. lambatnya balik" jawab Aina. "Banyak
kerjalah, nak harap kau tolong memang tak lah." perli Sue
sambil melabuhkan punggungnya disofa bersebelahan dengan Aina.
"Ewah. kerja aku kan ambil gambar je" kata Aina . "Huh..sukahati
kaulah" kata Sue sambil mengeluh melihat perangai rakannya itu.

"Esok jangan lupa hantar gambar2 pengantin tu sebelum pukul 11,
nanti diorang nak datang ambik" arah Sue. "Yelah" jawab Aina
dengan wajah selambanya .

*************************************************
Pukul 10.30 pagi.

Kriiiiiiiiingggggggggg

"Ahh dah  pukul berapa ni?" tanya Aina didalam hati sambil
tangannya cuba mencapai jam loceng disebelahnya.

Whaaaatttt !!!?

"Oh come on , Si sue ni tak kejut aku lepastu nak call aku

marah2" rungut hati Aina sambil tergesa gesa untuk bersiap.
Aina kemudian mencapai barang2 nya dan kunci keretanya.

Comee onn...comee on... ! kata Aina sewaktu didalam lif.
Dia betul2 sudah terlambat sekarang ni , dan bila2 masa saja
tuan punya gambar tu akan sampai untuk mengambil gambarnya.
Aina kemudian berlari ke tempat letak keretanya. Sampai disana,
di terus masuk ke keretanya dan cuba untuk menghidupkan enjin
keretanya.

Apahal dengan kereta aku ni ! Tolonglah jangan rosak
sekarang ! jerit Aina didalam hati sambil tangannya mencuba
banyak kali untuk menghidupkan enjin keretanya. Fedup dengan
keretanya, Aina keluar dari kereta dan mengambil semua barangnya
lalu terus berlari keluar dari situ .

Aina kemudian berdiri di tepi jalan untuk menahan teksi . Sudah
5 minit Aina menunggu teksi , tetapi tidak ada sebijik kereta pun
yang muncul . Aina melihat jam tangan G-shock nya, Alamak!
dah pukul 11.00 ! .Aina kemudian membuat keputusan untuk
berlari ke kedai rakannya itu , walaupun jauh.

11.15 pagi.

"Ya Allah .. mana lah budak ni .." kata Sue di dalam kedainya.
Geram dari tadi menunggu tidak sampai2 . Sedang Sue kehulur
kehilir dikedainya kerisauan , tiba2 ada pasangan wanita dan
lelaki masuk kekedainya . Muka sue menjadi pucat . Ahh sudah

Tumpang lalu ! Tumpang lalu ! Tumpang !! 

Aina terpaksa berselit selit ketika berlari itu kerana ramai pejalan

kaki sehingga membuatkan jalan sesak . Sedang Aina berlari itu,
dia sedar bahunya ada terlanggar seseorang, Aina mahu berhenti
sebentar tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan Aina
hanya mampu menjerit maaf sahaja sambil berlari .

Dah dekat dah ni !!

"Eh awalnya sampai " kata Sue sambil bersalam dengan wanita itu.

"Ehe, dah kerja siap awal, Tu yang terus datang sini" kata wanita
itu sambil tersenyum manis. "Macam mana? Gambar kami dah siap?"
tanya suami wanita itu . Sue terdiam . Apa aku nak buat ni .

Sedang sue cuba berfikir cara untuk melengah lengahkan masa,

tiba2 dia terdengar seseorang membuka pintu kedainya dengan kuat.
Kelihatan Aina sedang tercungap cungap di depan pintu itu sambil
kedua dua tangannya memegang lutut . "M-maaf... lambat.." kata Aina
dengan tercungap cungap .


To Be Continued

A/n:
Siapakah orang malang yang dilanggar oleh Aina itu ~~~~ 


Tadi aku ingat nak post ni. Satgi baru nak tekan publish
mak aku dah panggil buat rawatan resdung, ni baru habis.
And serious ianya menyeksakan ....

 
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

0 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi