Aku Bukan Stalker ! Part 6

Part 5


Di kelas Aiman sekali sekala memandang pelik kearah Hilman yang dari tadi hanya termenung dengan wajah serious. Aiman mendekatkan sedikit kerusinya dengan kerusi Hilman.

"Psst! Hilman ! Psst !" bisik Aiman kearah Hilman yang masih termenung itu.

Hilman masih lagi tidak menunjuk sebarang reaksi. Aiman kemudian mengerutkan dahinya.

"Psst ! Woi ! Hilman !" bisik Aiman dengan nada yang sedikit kuat sambil menendang kerusi Hilman.Hilman yang tersedar dari lamunannya itu memandang kearah Aiman sambil mengangkat kening.

"Apa dia?" jawab Hilman dengan nada perlahan dan riak wajah bosan. Aiman menjulingkan matanya keatas."Kau kenapa termenung? Kau fikir apa je?"  tanya Aiman masih lagi dengan nada yang perlahan. Tidak mahu cikgu dihadapan mendengar mereka berdua bercakap. Hilman mengeluh. "Aku fikir pasal Mika dengan Irfan lah.." jawab Hilman. Aiman mengangguk . "Oh..kenapa dengan diorang?" tanya Aiman. Hilman kemudian memandang wajah Aiman. "Kau tak rasa ke yang diorang tu rapat semacam? And aku tengok Irfan tu macam suka je dekat Mika. Mika pun layan je dia" rungut Hilman. Mereka berdua tidak sedar yang guru di hadapan mereka sedang memandang kearah mereka.

"What?! Kau jangan fikir bukan2 lah. Tak ada apa2 punya, and-"

"Hilman,Aiman kalau kamu rasa nak kena denda cuci tandas boleh je teruskan bercakap"

"And mana ada Perang Dunia Pertama mula dari 1939 ! Itu Perang Dunia Kedua! Kan cikgu?" sambung Aiman dengan lancar sambil tersenyum manis kearah cikgu dihadapannya. Cikgu di hadapannya itu mengeluh.

"Baguslah awak dah pandai sejarah. Tapi sekarang ni waktu Matematik. So berhenti mengarut dan tumpukan perhatian!" arah Cikgu itu dengan nada tegas sebelum mula memandang semula kearah papan hitam. Hilman dan Aiman masing2 melepaskan nafas lega.

Hilman kemudian kembali memandang kehadapan untuk mula fokus. Namun itu hanya untuk sementara apabila ada sehelai kertas dihulurkan kepadanya. Hilman menunduk dan membaca ayat yang tertulis disitu.

"Aku tak rasa Irfan tu suka dia. Kan dia baru kenal satu hari. Takkan lah dah suka"
                                                                                                            -Doktor Cinta-

Hilman mengambil pensel dan mula menulis sesuatu di kertas itu.

" Habis kau fikir aku ni dah lama kenal Mika baru aku suka ke? Aku baru nampak dia sekali dah jatuh cinta inikan pula selalu jumpa kat kelas"
                                                                                                            -Pesakit Angau Cinta-

Hilman kemudian menghulur kertas itu kepada Aiman. Aiman kemudian terangguk angguk membaca apa yang ditulis oleh Hilman itu.

"Kerja cuci tandas masih lagi kosong. So kalau rasa masih lagi nak berbalas surat macam orang bercinta buatlah. Lepas balik nanti boleh je singgah tandas"

Aiman dengan pantas mengangkat kepala dan melihat kearah cikgu itu. Dan terkejut apabila melihat cikgu itu masih memandang kearah papan hitam. Hilman dan Aiman memandang satu sama lain dengan wajah keliru. "Dia ada mata ke kat belakang kepala dia?" bisik Hilman. 

"Awak check lah sendiri kalau nak tahu" kata cikgu tu lagi sambil menulis sesuatu di papan hitam. Pelajar2 lain dikelas semuanya ketawa kecil melihat situasi yang berlaku itu.

***
Pada waktu balik,Hilman tunggu di sebalik koridor berdekatan dengan kelas Mika seperti biasa untuk menunggu Mika keluar dari kelas. Hilman kemudian tersenyum apabila melihat Mika keluar dari kelas namun senyumannya mati apabila melihat Irfan berjalan disebelah Mika. Hilman mengerutkan dahinya.

"Dah waktu balik pun dia ni nak kacau line aku" rungut Hilman dengan wajah yang masam. Dia kemudian berjalan perlahan mengikuti pasangan dihadapannya. Hilman memandang wajah Mika yang tersenyum gembira sedang bercakap dengan Irfan itu. Hilman mengeluh. Kan bagus kalau aku ni berani and peramah macam Irfan tu.. bisik hati Hilman. Sampai dipagar sekolah, Hilman mengharapkan supaya Irfan dan Mika berpisah namun sangkaannya salah apabila Irfan dan Mika masih berjalan berduaan. Hilman menggengam tangannya menahan marah.

"Patutnya aku yang jalan kat sebelah Mika and teman dia balik !" marah Hilman seorang diri sambil mengikuti mereka berdua dari belakang. Irfan dan Mika masih lagi berbual dengan gembira tidak menyedari yang Hilman secara tak sengaja berjalan sedikit dekat dengan mereka berdua. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Mika, Hilman hanya memasamkan muka dan melihat pasangan bahagia dihadapannya itu. Tak pernah Mika nampak gembira macam tu. Selama ni dia selalu berlagak seperti orang yang tiada emosi. Setelah sampai dirumah Mika, Hilman menyorok di kereta yang berdekatan dengan rumah Mika untuk melihat mereka berdua. Mata Hilman membulat apabila dia melihat Irfan dan Mika bersama sama masuk ke dalam rumah. 

Hilman memegang dadanya dimana hatinya berada. Sakit. Terasa seperti dihunus dengan pedang. Itu yang dia rasa. Kenapa Irfan masuk ke dalam rumah Mika? Apa hubungan mereka berdua sampai Irfan boleh melawat ke rumah Mika?

***
Hilman mengetuk pintu rumah Aiman beberapa kali sambil memberi salam. Pintu rumah itu kemudian terbuka dan kelihatan Aiman sedang memandang kearahnya dengan memakai baju lambang Superman dan seluar pendek. Ceh kutuk aku macam budak2 tapi diri sendiri layan Superman kutuk Hilman dalam hati lalu dengan selamba masuk kedalam rumah Aiman. Ibubapa Aiman selalunya tiada di rumah kerana kerja dan Aiman selalu ditinggalkan dengan orang gaji untuk menjaga makan minumnya. Sebab itu Hilman selalu lepak di rumah Aiman. 

"Kau tunggu kat dalam bilik aku, aku bawa air jap" kata Aiman lalu pergi ke dapur. Hilman mengangguk lalu mendaki tangga untuk menuju ke bilik Aiman. Sampai disitu dia terus terjun keatas katil Aiman sambil menekup mukanya dengan bantal. Beberapa minit kemudian dia terasa seperti ada kaki menendang pehanya. "Woi woi ! Siapa suruh selerakkan katil aku? Bangun!" arah Aiman sambil menendang peha Hilman berkali kali dengan memegang dulang yang berisi dengan dua gelas jus oren. Hilman mendengus lalu bangun dan duduk disisi katil Aiman. Aiman mengeluh melihat kelakuan kawannya, waktu balik sekolah tadi dia tiba2 dapat panggilan dari Hilman yang dia akan datang kerumah pada waktu petang. Aiman yang sudah lama kenal Hilman tahu yang kawannya itu menghadapi masalah.

Aiman meletakkan dulang itu dimeja studynya dan duduk disebelah Hilman. "Apahal ni? Moody semacam je?? tanya Aiman. Hilman mengeluh sebelum menjatuhkan separuh badannya dikatil dan kakinya di lantai. "Aku ikut Mika balik hari ni.." kata Hilman dengan perlahan sambil memandang siling bilik Aiman. Aiman menyengetkan kepalanya. "Ok..then?" tanya Aiman. "Aku nampak Irfan and Mika balik sama2..and Irfan siap masuk lagi rumah Mika.." kata Hilman dengan nada perlahan. Mata Aiman membulat mendengar apa yang dikatakan oleh Hilman. "W-what? Serious?! Diorang berdua je ke?!" tanya Aiman dengan nada terkejut. Hilman menjulingkan matanya keatas mendengar soalan bodoh dari kawannya itu. "No. Mestilah ada mak dia, aku nampak kereta mak dia ada. Kau gila diorang nak masuk berdua je kat rumah. Ingat ni drama mat saleh ke" perli Hilman. Aiman mengangguk kepalanya sambil melepaskan nafas lega. "Oh..manalah tahu kan..um..kalau dah sampai bawa jumpa parent ni. Maknanya hubungan diorang dah rapat lah kan?" tanya Aiman sambil baring disebelah Hilman. Hilman mengeluh. "Entahlah..tapi aku pelik lah. Kenapa Irfan dengan Mika tu nampak macam dah lama kenal? Betul ke diorang tu baru kenal time Irfan baru pindah" tanya Hilman. Aiman mengangkat bahunya. "Entah. Itu kita kena siasat lah. Its okay bro. Aku sedia membantu" kata Aiman sambil memandang kearah Hilman.Hilman tersenyum.

"Thanks Aiman..kau selalu tolong aku. And aku nak tahu juga, selama ni kau tak pernah cerita kat aku pasal perempuan. Kau tak ada suka sesiapa ke? Or..w-wait jangan cakap yang kau ni gay?! Berdosa besar wei !" kata Hilman dengan wajah panik dan mula bangun dari katil itu dan menjauhkan diri dari Aiman. Aiman tersedak mendengar kenyataan Hilman itu lalu memandang wajah Hilman. "Kepala otak kau! Ikut suka mulut kau je kata aku gay. Aku ada lah suka dekat seseorang" kata Aiman lalu bangun dan menuju ke meja belajarnya untuk minum sedikit air. "Ok then siapa yang kau suka tu? Bagitahu lah aku! Aku boleh tolong" kata Hilman dengan semangat. Aiman ketawa kecil sambil memandang gelas yang berisi jus oren itu. "Kau selesaikan hal kau tu dulu Hilman..lagipun dalam kes aku dah tak ada harapan lagi" kata Aiman dengan perlahan. Hilman mengerutkan dahinya. "Apa maksud kau?" tanya Hilman. Aiman tersenyum kecil lalu duduk di kerusi menghala kearah Hilman. "Sebab dia dah habis sekolah,and aku pernah tegur dia sekali je" kata Aiman . Mata Hilman membulat.

"Woah! So kau suka dekat perempuan yang lagi tua dari kau?!" kata Hilman dengan nada sedikit tinggi. Aiman menjulingkan matanya keatas. "Tua setahun jelah. Lagipun dia dulu senior kita" kata Aiman dengan selamba. "Siapa?! Aku kenal tak??" tanya Hilman dengan teruja. Aiman ketawa kecil melihat kelakuan Hilman. "Balqis. Kau kenal kan?" tanya Aiman sambil tersenyum. Sekali lagi mata Hilman membulat, dan Aiman fikir kalau dia bulat kan lagi mata dia ada kemungkinan mata Hilman yang sepet tu boleh berubah jadi bulat macam mata Aiman. "Balqis?! Maksud kau perempuan ganas tu?! Yang selalu join dalam sukan kat sekolah and ada khabar angin yang dia pernah belasah lelaki tu?!" tanya Hilman .Aiman mengerutkan dahinya mendengar apa yang dikatakan oleh Hilman.

"Dia tak ganas lah. Cuma tak berapa...lembut.Anyway! Ya. Dia perempuan yang aku suka.Oh pasal rumours dia belasah lelaki tu sebenarnya betul. Itu tak penting! And stop bulatkan mata kau yang sepet tu! Ngeri aku tengok! Yang penting aku memang takda harapan nak jumpa dia lagi. So tutup cerita!" kata Aiman lalu berjalan keluar dari bilik meninggalkan Hilman yang masih dalam keadaan terkejut. " Aku nak main FIFA keluar kalau nak join!" jerit Aiman dari luar. Hilman masih lagi ternganga sambil menangkap semua maklumat yang dia terima.

"Kawan aku...suka kat perempuan kasar macam tu...kehidupan ni memang penuh dengan kejutan"


To Be Continue
Rasanya cerita ni terpanjang sedikit kot. 
Maaf lambat.

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

4 Itik gebo-gebo:

Miss Rin berkata...

haha pandai eh selitkan fakta sejarah sbb taknak kantoi .

Liza Licha berkata...

hm.. dulu pernah kena dgn cikgu sebab bisik2 dengan kawan.. adoi.. memang cuak kejap bila cikgu tegur

Am_Mir berkata...

Ahah .. bagusnya cikgu tu! Alert. haha xD

Rose Azadir berkata...

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi