Cinta Photographer Part 16

 Part 15

Amirul keluar dari keretanya dan menuju ke arah Aina.
"Hai Aina! Awak buat apa kat sini?" tanya Amirul. "Hai. Takda,
ingat tadi nak makan kat kedai ni tapi takda kawanlah. Tu yang rasa
nak balik je" tipu Aina sambil tersenyum . Amirul diam seketika .
"Zain mana?" tanya Amirul . Aina terdiam .

"Dia.. dia busy agaknya.." jawab Aina sambil cuba untuk senyum .
Amirul tersenyum . "Sudah. Jom , saya belanja awak makan"
pelawa Amirul sambil menarik tangan Aina menuju ke kedai Seafood
itu .

Di situ Aina dan Amirul berbual mesra tentang pelbagai topik sehinggalah
Amirul mula membuka topik tentang perasaan Aina kepada Zain .
"Aina .. macam mana awak sembunyikan rasa sakit awak tu didepan Zain?"
Aina tersenyum . Lalu dia mengambil dua biji cili padi lalu terus makan
cili padi itu sehingga habis . Amirul terkejut. "Wei ! Tak pedas ke?!"
tanya Amirul dengan wajah yang cuak .

Aina tersenyum lalu menggelengkan kepala , tapi sebaliknya dia
tengah menahan rasa pedas itu dengan mengenggam kuat bajunya.
"Awak try lah makan . Betul tak pedas. Try lah!" suruh Aina sambil
mengentuk ngentuk lututnya .  Amirul mengambil cili padi itu , lalu
merenung lama. Dia berasa tidak sedap hati untuk memakan cili itu .
"Betul ke tak pedas?" tanya Amirul. Aina mengangguk dengan pantas.
"Betul! Dah cepatlah makan." pinta Aina dengan suara yang sedikit menekan.

Amirul kemudian terus menggigit kesuluruhan cili padi itu.

Kedua dua mereka menjerit kecil sambil tangan pantas mencapai
air di hadapan mereka. "Awak ni lambat sangat lah nak makan! Sakit
lidah saya tau tak!" marah Aina sambil mengibas ngibas tangan dengan
mulut yang sedikit terbuka . "Awak kata tak pedas! macam mana awak
tahan sakit tu" kata Amirul dengan wajah yang berkerut .

"Itulah caranya saya sembunyikan rasa sakit saya pada Zain , walaupun
ianya menyakitkan . Saya tetap akan sembunyikannya . Walaupun saya
tau ia akan menyakitkan saya" kata Aina sambil menghirup laju air
suam itu . Amirul terdiam . Dia faham dengan kesakitan
yang Aina alami kerana dia juga mengalami situasi yang sama .
Tapi dia tetap nekad untuk mencuri hati Aina, walau berapa lama sekalipun.
**************************************************
"Liyana .. saya balik dulu ya?" kata Zain sambil tersenyum . Liyana
mula bermasam muka . "Alah .. awak janganlah balik. Temankan
saya kat sini" pujuk Liyana . "Tak bolehlah , saya kena pergi kerja
esok" jawab Zain . Liyana mengeluh . "Okaylah , tapi esok jangan
lupa datang tau!" pinta Liyana . Zain mengangguk sambil tersenyum.

Zain memandu laju keretanya.Kepalanya ligat memikirkan tentang Aina.

"Terima kasih ya Amirul sebab belanja makan" kata Aina dengan riang.
Amirul mengangguk sambil tersenyum . "Nanti kita keluar lagi tau" kata
Amirul . Aina mengangguk " InsyaAllah" . Amirul kemudian melambai
kearah Aina lalu terus memandu keretanya  .

Aina kemudian berjalan perlahan untuk pergi ke tempat kondominiumnya.
Dia sengaja menyuruh Amirul memberhentikan keretanya di tempat yang
sedikit jauh , kerana dia malas hendak balik awal. Takut terserempak
dengan Zain .

Zain yang sedang memandu melihat kelibat wanita yang sedang berjalan
di hadapan . Lihat saja , Zain sudah kenal siapa wanita itu .Zain kemudian
memandu perlahan keretanya dan mengikuti Aina dari belakang .

Zain tersenyum melihat gelagat Aina yang sedang berjalan di hadapan
keretanya .Aina masih lagi tidak sedar yang kereta Zain sedang mengikutinya
dari belakang .

Hon kereta dibunyikan .

Aina tersentak. Ditolehnya kebelakang . Kelihatan Zain sedang tersenyum
memandang Aina dihadapannya. Aina hanya memandang kosong kearah
Zain . Lalu terus berjalan kehadapan tanpa menghiraukan Zain yang sedang
menunggu didalam kereta .

"Eh perempuan ni tak nampak muka aku ke ? " bisik hati Zain
lalu Zain terus membuka pintu keretanya dan menuju kearah Aina
yang sedang berjalan .

Zain menarik lengan Aina . Membuatkan Aina tersentak .
"Aina " panggil Zain . Aina mengerutkan dahinya .Ikut hati hendak saja
dia larikan diri sekarang ni sebab malas hendak melihat wajah Zain itu .

"Oh Zain rupanya . Ingatkan siapa tadi" bohong Aina sambil tersenyum.
Zain diam memandang wajah Aina . "Okay lah saya pergi dulu bye!"
kata Aina sambil melambai tangan . Langkahnya laju untuk pergi jauh
dari Zain .

"Tunggu dulu Aina " kata Zain sambil menarik perlahan rambut panjang Aina.
"Auch" jerit Aina sambil mengerutkan dahinya . "Hey , janganlah
tarik rambut aku !" marah Aina . Zain hanya senyum . "Kau dari mana
ni ?" tanya Zain . Aina mengigit bibirnya . "Aku baru lepas joging kenapa?"
bohong Aina . Dalam hatinya sendiri terfikir kenapa dia jawab soalan Zain
sebegitu rupa . "Lepas joging? Apa benda aku ni"

Zain tersenyum .

"Oh , baru aku tahu orang perempuan kalau joging dia pakai kasut tinggi and joging
pada waktu malam"perli Zain sambil tersenyum kearah Aina.Dahi Aina berkerut.
Terasa dirinya bodoh seketika .

"Sudahlah , cepat masuk dalam kereta " arah Zain sambil menuju ke keretanya.
Aina mengeluh . Kerana kebodohan dirinya sendiri , dia terpaksa ikut Zain
naik ke kereta . Langkahnya dibuka dengan hati yang berat .

To be continue
kemana agaknya Zain nak bawa Aina ye~ 

Yeay dah selesai double update like usual for today! See you tomorrow !

 
Lets paaaarty ~

 


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Pwincess berkata...

you are so talented. mmg nak jadi writer ya?

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi