Cinta Photographer Part 27

 Important Note di bawah
Part 26

Aina memeluk tubuhnya sambil memasamkan muka. Geram
apabila Zain tiba2 sahaja hendak berkelakuan dingin terhadapnya
tadi. Zain mengeluh melihat reaksi Aina yang sedang marah itu.
Dia kemudian duduk disebelah Aina sambil menggaru kepalanya.
"Sorry.." kata Zain perlahan. Terlalu perlahan sehingga membuatkan
Aina memandang kearahnya dengan wajah keliru. " Huh?" itu saja
yang keluar dari mulut Aina.

Zain mengeluh. "Sorry okay! Pasal hal pagi tadi!" kata Zain dengan kuat
sambil memandang kearah lain. Rasa malu apabila dia meminta maaf
kepada Aina pada waktu begini . Aina tersenyum melihat wajah Zain
yang sudah nampak ketara malunya. "Maaf untuk tu je ke? habis tadi
tu taknak?" tanya Aina. Zain kemudian memandang kearahnya dengan
pandangan tajam membuatkan Aina terkedu. "No. Yang tadi tu saya
tak nak minta maaf. Dah jom masuk kereta cepat" arah Zain dengan
tiba2 sebelum berjalan pergi. Aina hanya mampu tercengang.

"Apahal dia ni kejap okay kejap tak,mengalahkan perempuan yang
datang bulan" kata Aina seorang diri sebelum berjalan mengikuti Zain
dari belakang. Namun didalam hatinya tetap gembira apabila Zain meminta
maaf kepadanya tadi . 

******

Liyana memandang ke luar tingkap menikmati pemandangan salji yang
turun ke bumi itu. Fikirannya melayang memikirkan Zain.Sejak akhir2 ni
Zain kurang melayan dia dan dia takut. Takut dia akan kehilangan Zain
lagi sekali. Tapi disebabkan kerja, dia terpaksa pergi jauh tinggalkan
Zain sekali lagi.

Liyana mengeluh. Wajahnya diraup. Dia dapat rasakan kasih sayang Zain
kepadanya semakin berkurangan. Dan dia betul2 tak tahu hendak buat
apa lagi untuk dapatkan kasih sayang Zain itu . "Liyana! Please get ready!"
jerit seorang staff kepada Liyana dari belakang. "I'm Coming !" jerit Liyana
lalu bangun dan bersedia untuk naik atas pentas .

******

Zain tercengang memandang kearah Aina yang berada di hadapannya itu.
Mereka sekarang berada di kedai makan untuk makan setelah dipujuk
oleh Aina selama beberapa jam sepanjang perjalanan mereka balik sebab
katanya dia perlukan makanan untuk teruskan kehidupan sebagai seorang
jurugambar yang berkaliber. Aina sekarang ni sudah tiga pinggan mee kari
dilahapnya . Dengan mulut yang penuh Aina memandang kearah Zain yang
memandang kearahnya.

"Hhappe?" tanya Aina dengan mulut yang penuh. Zain tersedar dan memandang
kearah Aina dengan wajah keliru. "Huh?" tanya Zain tidak faham apa yang Aina
katakan. Aina menelan makanan yang berada dimulutnya. "Apa? Kenapa kau
pandang aku?" tanya Aina sambil menghirup kuah mee kari itu. "Oh..um..kau ni
ada bela ke?" tanya Zain tiba2 membuatkan Aina tersedak. Aina memandang kearah
Zain. "What? Apa kau merapu ni?" tanya Aina dengan keliru. Zain menggaru kepalanya.
"Um.. takdalah. Aku tengok kau ni makan banyak tapi badan kecik je" kata Zain.
Aina menjulingkan matanya keatas. Annoying dengan pemikiran Zain itu.

"Ceh. Taulah kau cemburu tak dapat makan banyak macam aku. Sebab nak jaga imej"
perli Aina. Zain menjeling kearah Aina. "Hey. Siapa kata aku tak boleh makan banyak!
Aku boleh lah" kata Zain lalu merampas mee kari milik Aina itu. Aina tersentak sebelum
menjeling kearah Zain. "Hey! Tu aku punya lah! Pergi lah beli sendiri!" marah Aina
sambil cuba untuk mengambil mee karinya semula namun dihalang oleh Zain. "Ah,
aku juga yang bayar mee kari ni. Kau tau makan je" perli Zain sambil menjelirkan
lidahnya kearah Aina sebelum menghirup mee kari itu dengan wajah yang bahagia.
Aina mengecilkan matanya menahan geram, Berkira betul mamat ni kutuk Aina
sebelum bersandar di kerusi sambil memeluk tubuhnya memandang Zain yang
sedang menikmati mee karinya itu.

 Sedang Zain seronok makan mee kari milik Aina itu Walaupun dia yang bayar
dia dapat rasakan handphonenya bergetar di dalam poket. Zain mengeluarkan
handphonenya dan melihat siapa yang menelefonnya. Dahinya berkerut melihat
nama yang tentera di skrin telefonnya. Dia kemudian menekan punat Answer.

"Apa kau nak?" tanya Zain dengan wajah yang meluat. Dia kemudian diam
sebentar seperti memikirkan sesuatu. "Okay. Aku datang." kata Zain sebelum
mematikan panggilan. Dia kemudian memandang kearah Aina yang sedang
sibuk bermain dengan anak kucing di bawah bersama dengan Marina. Dia
mengeluh

To be continue
Siapa yang call Zain? And kenapa dengan Aina?
Muka Zain bila dapat makan 

 NOTE

Um.. so ni nak bagitahu . Aku tak boleh update novel ni setiap
 hari lagi sebab :
  1: Cerita ni aku tak habis lagi type dekat blog ni .
  2: Aku nak elakkan diri daripada sakit pasal tenung laptop 2 jam .
  3: Leher aku sakit . Atas sebab di atas.

 Lastly.. Terima kasih banyak2 kepada yang sudi baca and komen
Especially Kak Ina ahahaha sesuka hati aku je panggil nama tu. Maaf. Hee~
 


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Unknown berkata...

Hahahha...
3 mangkuk mee karii?...Biar betikk...mau meloya 3 bulan stop makan mee...hhahahaa ^___^


x0x0 ^___^
Baru ada masa nak BW...sibuk betul bila anak2 dah start skolah...

Keep up the good story and honest to your self...tak larat rest dulu.....

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi