"Seriously Aina , kau kena explain kat aku apa yang terjadi sekarang
ni" tegas Zain bersuara di belakangnya ."Kau nampak tak Roda
Ferris tu ? Cantik kan ? Selama ni aku teringin nak pergi sini tapi
selalu tak ada masa..aku teringin nak naik kat roda ferris tu"
kata Aina sambil mengambil beberapa gambar roda ferris itu .
Zain hanya mendiamkan diri . Aina menoleh kebelakang sambil
tersenyum ."Jom naik nak?" pinta Aina .Baru saja Zain hendak
menjawab , Marina sudah pun memanggilnya ."Zain , kita kena
cepat , lepasni nak kena pergi Majlis. Takut lambat pulak" .
Zain mengangguk . "Nantilah kita pergi okay ? Dah jom masuk kereta"
pujuk Zain . Wajah Aina bertukar masam,"Okey" perlahan Aina menjawab .
Sepanjang perjalanan Aina hanya mendiamkan diri , begitu juga
Zain . Tiba-tiba handphone Aina berdering, Aina menekan punat
telefon untuk menjawab . Kenapa Amirul call aku ni
"Hello"
"Hello Aina! Busy tak?"
"Tak sangat. Kenapa?"
"Takda, saya nak ajak awak keluar. Boleh tak?"
Aina mendiamkan diri sebentar . Dia memandang ke arah Zain . Zain pura-pura
tidak mendengar bisikan Aina yang sedang memanggilnya . Aina geram dengan
tindakkan Zain itu terus memijak dengan kuat kaki Zain menyebabkan Zain terjerit
dengan kuat .
"Hello Aina? Kenapa tu ?"
"Ah tak ada apa2 lah . Bunyi beruk kena sembelit je ni"
" Beruk? Hahaha Awak ni macam2 lah "
"Err awak rasanya kita tak boleh keluar sekarang lah.."
"Oh okay.. saya faham . Okey lah . Bye. Elok2 kerja"
"Sorry . Okay bye ! Awak pun"
Aina mematikan telefon lalu terus memandang tajam kearah Zain yang
sedang mengurut kakinya itu . "Sakit kau tahu tak !" marah Zain .
"Siapa suruh ignore aku tadi" kata Aina sambil memasamkan muka memandang
kearah luar tingkap kereta . Zain memandang wajah Aina . "Aku bukan apa,
aku tak suka kau jalan dengan Amirul.." terang Zain . Aina memandang pelik
kearah Zain . " Kenapa pulak?" tanya Aina . "Dia tu playboy . Aku taknak kau
kena tipu dengan dia" kata Zain sambil memandang tepat kearah mata Aina.
Aina dengan pantas mengalihkan matanya kearah lain . "At least dia selalu temankan
aku bila aku sunyi . Lagipun aku anggap dia sebagai kawan jelah" kata Aina .
Zain hanya mendiamkan diri .
Zain merasakan handphone bergegar dari dalam poketnya . Zain sentiasa
membiarkan handphonenya dalam keadaan silent supaya tidak menanggangu
sewaktu pengembaraan dan sesi temu bual . Zain mengeluarkan phonenya dari
poket lalu memandangnya .
One missed call from Liyana .
Zain kemudian terus meletakkan kembali handphonenya kedalam poket.
Dia masih tidak bersedia untuk berbicara dengan kekasih lamanya. Hatinya
masih lagi sakit dengan tindakan kekasihnya itu .
***********************************************************
Selesai majlis pelancaran Album ketiga Zain..
Aina berjalan bersebelahan Zain menuju ke tempat letak kereta .
Tiba2 liyana berada dihadapan mereka dengan mata yang berkaca menahan
daripada menangis .
"Jadi.. ni lah sebabnya awak tak nak bersama dengan saya lagi? Sebab perempuan
ni? kata Liyana dengan nada perlahan . Air matanya telahpun jatuh ke pipi . Aina
tercengang. Dia tidak mengerti apa yang berlaku , tetapi yang pasti dia kenal
siapa perempuan yang berada dihadapannya itu . "Cakap Zain ! sebab dia ni kan
awak dah tak nak layan saya?" marah liyana . Air matanya makin laju berlinangan.
"Liyana .. awak salah faham . Dia ni pekerja saya" jawab Zain dengan tenang.
"Sudahlah awak.. saya tak percaya. Awak memang dah benci saya kan?..
saya tahu saya salah . Tapi jujur saya cakap , saya tak pernah lupakan awak..
awaklah satu satunya yang saya cinta..Saya minta maaf sebab buat awak
susah hati " kata Liyana sambil mengelap air matanya menggunakan tangan.
Lalu dia terus berlalu pergi . Zain hanya berdiri sahaja disitu tanpa berkata
apa-apa .
"Err.. kau tak nak pergi pujuk dia ke?" tanya Aina . Zain seperti tiada apa-apa yang
berlaku dengan wajah yang tenang pergi ke keretanya dimana Marina sudah lama
menunggu . Aina menggaru kepalanya . "Apa kena diorang ni" tanya Aina didalam
hati sambil berjalan mengekori Zain masuk ke kereta.
Beberapa minit di dalam kereta itu baru Aina bersuara..
"Liyana tu kekasih kau kan? Apa yang jadi tadi? Setahu aku, liyana tu famous
dekat luar negara dengan nyanyian dia tu" tanya Aina ingin tahu . Zain hanya
mendiamkan diri sambil memandang jalan dihadapan . Tiba2 telefon zain bergegar
tanda ada seseorang menelefonnya . Dahi Zain berkerut , Zain menekan punat "Answer"
untuk menjawab panggilan itu .
"Hello . Lenny ..kenapa call?"
"Zain. You must come here ! Liyana accident!!"
"What ?!! Bila?? "
"Baru tadi . I dapat panggilan dia accident sebab bawa kereta laju sampai
terlanggar kereta lain. Sekarang ni dia otw ke Hospital Kuala Lumpur"
"Ya Allah .. Okey kejap lagi saya sampai!"
Zain mematikan telefonnya.Dia mengarahkan Marina menuju ke Hospital
Kuala Lumpur . "Zain .. kenapa ni ??" tanya Aina yang masih tidak mengetahui
apa-apa . "Liyana accident" kata Zain sambil meraup wajahnya berkali kali.
Mukannya jelas kelihatan risau . "Ya Allah .. kau selamatkanlah liyana
Ya Allah. Janganlah condition liyana tu teruk sangat ..Ya Allah" tidak
putus2 Zain mendoakan Liyana di dalam hati .
To be continued
Kenapa Aina alihkan pandangan dia bila Zain pandang tepat pada matanya? *hint*
Kekekeke kalau Zizan or Jinki pandang aku mcm tu pun aku alihkan cepat2. Cough.
Jinki ? Oh. Scandal baru I kekekek Onew ftw ~
Oh i love his smile so beautiful :)
Oh Happy Birthday CHOI MINHO !
Oh Happy Birthday CHOI MINHO !
0 Itik gebo-gebo:
Catat Ulasan