Cinta Photographer Part 14

Part 13

Keesokkan harinya

Aina keluar dari rumahnya dan menuju ke sebelah di mana terletaknya
rumah Zain . Aina mengetuk ngetuk pintu rumah Zain sambil menekan
loceng rumahnya beberapa kali .

"Zain !! Ni nak pergi kerja ke tak?! " jerit Aina dari luar. Pintu itu
diketuknya beberapa kali dengan kuat . Hish menyusahkan lah dia
ni ! marah Aina didalam hati . Tiba2 telefon bimbitnya berbunyi .
Panggilan dari Zain

"Hello!! Kau pekak ke aku ketuk2 pintu rumah kau?!" jerit Aina.
"Aina. Aku dah ada dekat tempat shooting lah . Aku lupa nak cakap
 kat kau "
"What?! Dah tu sekarang ni aku nak kena pergi sana sendiri lah?"
"Tak . Tak payah . Kau pergi studio aku , then kau tolong kemaskan
studio aku tu . Semalam berselerak sangat dengan kertas2 "
"Hey, sejak bila kerja aku jadi orang gaji kau ni"
"Buat jelah . Nanti aku belanja kau makan"
"Hish . Yelah !"

Aina mematikan telefonnya. Sebelum dia berlalu pergi sempat
lagi dia menyepak pintu rumah Zain itu .

*****************************************************

Zain ketawa kecil selepas bercakap dengan Aina di telefon sebentar
tadi . Selepas itu Zain terus duduk dikerusi untuk di touch up dengan
make up artis sambil membaca skrip . Sedang Zain fokus membaca
skrip tiba-tiba ada seseorang menegurnya .

"Hai Zain !" tegur Amirul dihadapannya. Zain memandang pelik.
"Amirul? Apa kau buat kat sini ? Tak pernah2 kau datang tempat
aku shooting ni" tanya Zain sambil berdiri dan bersalam dengan Amirul.
Amirul tersenyum . "Lepas shooting ni aku nak jumpa kau . Ada hal"
kata Amirul . "Lah, macam kau tak boleh call aku bagitahu" kata Zain.
"Takda lah , aku saja datang nak jumpa Aina. Mana dia ?" tanya Amirul
sambil memandang kiri kanan mencari kelibat Aina. Zain terdiam .

"Nak buat apa kau cari dia ?" tanya Zain . Amirul tersenyum kearah Zain.
"Salah ke ? Kenapa kau cemburu?" tanya Amirul . Zain ketawa kecil.
"Takkanlah aku nak cemburu . Dia pekerja aku je" kata Zain . Amirul
memandang wajah Zain . "Bro.. ingat . Lepas shooting ni . Aku tunggu
kau dekat gelanggang tennis kita yang biasa tu. Jangan lupa bawa raket"
kata Amirul sambil menepuk perlahan bahu Zain lalu terus berlalu pergi .
Zain tersenyum hambar . Aku ? Cemburu? Takkan lah bisik hati Zain
sambil meneruskan aktivitinya .

****************************************************
Setelah selesai mengemas studio Zain ,Aina berjalan menuju ke kedai gambar
Sue , rasanya sudah lama dia tak menjenguk rakan baiknya itu .

"Assalammualaikum Sue !" jerit Aina dengan sengaja di kedai Sue itu.
Sue yang sedang menyusun gambar terus menjerit keriangan dan
berlari ke arah Aina . "Waalaikumsalam ! Aina!" jawab Sue sambil
memeluk erat badan Aina .

"Aku ingat kau dah lupa aku" kata Sue sambil memuncungkan mulutnya.
Aina ketawa . " Takkan lah aku nak lupa kawan baik aku ni" kata Aina.
"So macam mana kerja kau ? Best ?" tanya Sue sambil menghulurkan
secawan kopi kepada Aina . "Boleh lah . Selalu kena buli jelah" kata Aina.
Sue ketawa . Kemudian Sue melihat wajah Aina kelihatan sedikit muram
tidak seceria seperti selalu . "Kau okey ke tak ? Kenapa muram je?"
tanya Sue . Aina tersenyum hambar. "Aku okey"

Setelah habis shooting Zain bergegas balik kerumahnya untuk mandi
dan bersiap pergi ke gelanggang tennis dimana Amirul sedang menunggunya
dari tadi .

Kelihatan Amirul sedang duduk dibangku.Sambil memegang raket tennisnya.
"Hari ni .. aku akan dapatkan kau Aina" kata Amirul sambil memandang sayu
kearah raket tennisnya. .

*********************************************************

"Maaf lambat" kata Zain sambil meletakkan beg tennisnya di bangku .
Amirul sudah pun bersedia di gelanggang tennis . Zain kemudian berjalan
menuju ke arah gelanggang tennis . "Kenapa kau ajak aku main tennis
tiba2?" tanya Zain . Amirul tersenyum . "Aku nak lawan dengan kau,
siapa yang pertama sekali dapat 1 match point akan menang. Dan yang kalah
perlu bagitahu rahsia dia kepada pemenang" kata Amirul .

Zain terdiam seketika . Lalu dia tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Perlawanan pun bermula.....


 Di hospital Kuala Lumpur.

Lenny sedang duduk di kerusi berhampiran katil dimana Liyana sedang
terbaring kaku . Dengan tiba2 lenny mendengar suara liyana bersuara..

"Zain....." Liyana memanggil dengan suara perlahan. Lenny bergegas
kearah Liyana . "Liyana? Awak dah sedar ?" tanya Lenny sambil
memegang tangan Liyana . "Zain .. mana zain ??" tanya Liyana dengan
nada perlahan . Lenny terdiam . "Zain mana lenny?" tanya Liyana.
Matanya sudah berair. "Wait. Saya call dia suruh dia datang sini okay?"
kata Lenny sambil mencapai telefonnya lalu mendail nombor zain .

10 minit sudah berlalu dan keputusan masih 0-0. Sedang Zain berusaha
berlawan tennis . Dia tidak sedar telefon dia berbunyi banyak
kali kerana panggilan daripada Lenny . Amirul dan Zain masing2 tidak
mahu kalah .

"Mana zain ni ! My god. kenapa susah sangat nak angkat" getus hati
Lenny yang tampak risau di wajahnya . Lenny kemudian memandang
ke dalam bilik liyana dan kelihatan liyana sedang mencuba untuk bangun
dari katilnya . Lenny terus masuk kedalam wad itu untuk menghalang
Liyana daripada bangun .

Kelihatan Zain dan Amirul sudah pun terbaring di gelanggang tennis itu.
Bola tennis itu kelihatan berada di bahagian Amirul . Menunjukkan
Amirul sudah pun tewas. Zain bangun dan menuju kearah Amirul.
Zain menghulurkan tangannya untuk membantu Amirul bangun .

"Tak pernah aku tengok kau semangat sampai macam ni sekali main"
kata Zain sambil mengelap peluhnya .Amirul ketawa. " Kau pun apa
kurangnya" kata Amirul . "So kau nak tahu ke rahsia aku ?" tanya
Amirul . Zain menggelengkan kepalanya. "Tak payahlah " kata Zain.
Amirul tersenyum , "Aku suka Aina" kata Amirul dengan tiba-tiba .
Zain terdiam lalu memandang kearah Amirul dengan riak wajah terkejut .

To be continued
Amirul si playboy jatuh cinta pada Aina. Wow. Apa agaknya reaksi
Zain? And Liyana.. um .. Just wait and see


Oh . Again takda kena mengena.
Like i care *flip hair* lmao
 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Miss Xyz berkata...

Aina tu mesti cantik kan?

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi