Tiga bulan sudah berlalu, Aina pun masih tak percaya yang dia masih
bertahan kerja disitu walaupun setiap hari dia bertikam lidah dengan
Zain. Zain kini sedang menjalinkan hubungan dengan Liyana, sejak
Liyana terlibat dengan kemalangan itu dan kehadiran Zain datang
melawat mereka telah pun menjadi tumpuan dan menjadi tajuk
utama dalam Internet,Suratkhabar dan Majalah.Dapat tahu tentang itu,
Aina nekad untuk melupakan Zain.
Aina sedang duduk disofa sambil melihat gambar2 Zain yang baru
saja diambilnya tadi ditempat shooting. Zain pula sekarang ini sedang
merakamkan lagu terbarunya di dalam studio. Sedang Aina leka
melihat gambar2 itu, seseorang menegurnya disebelah.
"Hai Aina!" tegur Amirul sambil tersenyum disebelahnya. Aina sedikit
terkejut melihat kelibat Amirul disebelahnya. "Awak buat apa kat sini?"
tanya Aina sedikit terkejut melihat Amirul masuk ke studio Zain.
"Nak jumpa awaklah apa lagi" kata Amirul sambil tersenyum manja.
Aina mengeluh. "Awak ni tak ada kerja ke? Saya tengok sepanjang
tiga bulan kita kenal ni awak asyik datang jumpa saya je setiap hari"
kata Aina sambil memandang serious ke arah wajah Amirul. Pelik juga
dia melihat si Amirul yang nampak free sepanjang masa.
Nak kata tak ada duit, baju semua branded, kereta mahal and bila nak
beli apa2 semua pakai credit card. Amirul hanya tersenyum memandang
Aina lalu terus mengambil kamera di tangan Aina. Aina mengeluh apabila
pertanyaannya dibiarkan tidak berjawab. Zain kemudian keluar dari bilik
kedap suara dan menuju kearah mereka. Melihat kelibat Zain, Amirul
terus meletakkan kamera dan menuju kearahnya. Mereka sepertinya
sedang bercakap tentang sesuatu. Aina hanya memandang kearah mereka
sebelum mengambil semula kameranya dan dimasukkan kedalam beg
sandangnya.
"Aina . Jom keluar nak?" kata Amirul sambil tersenyum. Aina memandang
Zain untuk meminta kebenaran untuk keluar, dan kelihatan Zain hanya
memandang kosong kearahnya lalu berjalan masuk semula ke dalam bilik
kedap suara itu.Geram melihat tingkah laku Zain itu Aina terus bangun dan
keluar dari bilik itu . Amirul hanya mengekori dari belakang .
*******************************************************
"Awak nak bawa saya ke mana?" tanya Aina sambil memeluk tubuh di
dalam kereta. Geram dia pada Zain sebentar tadi masih tidak habis.
Belum sempat Aina mahu tanya dia, dia sudah pergi dengan muka 'kerek'
dia. "Rahsia" jawab Amirul sambil tersenyum . Aina hanya diam. Malas
nak fikir lebih2.
"Yeayy !! Dah sampai!" jerit Amirul sambil tersenyum lebar kearah Aina.
Pintu kereta dibuka dan mereka berdua bersama sama keluar menuju
ke dalam bangunan Berjaya Times Square Theme Park. "Are you serious.."
kata Aina sambil memandang pelik kearah Amirul. Amirul yang seperti
kanak-kanak itu terus berjalan untuk membeli tiket masuk. Aina
hanya mengekorinya dari belakang. Entah kenapa, dia merasakan seperti
ada seseorang yang sedang mengekori mereka dari belakang.
Sepanjang mereka berada disitu berbagai permainan yang mereka
main,Space Attack, DNA Mixer, Supersonic Odyssey dan lain2.
"Sudahlah Amirul.. Saya penatlah" kata Aina sambil duduk di bangku.
Amirul hanya ketawa, pening dia dari naik Supersonic Odyssey tadi
pun masih lagi tidak habis. Sedang mereka berdua berehat sambil minum
air,dua orang lelaki memakai suit hitam mendekati mereka.
"Tuan, kami diarahkan oleh cik puan untuk bawa Tuan balik" kata salah
seorang lelaki itu yang sedang memakai cermin mata hitam. Amirul dan
Aina sama2 terdiam . Aina bingung. "Tuan?" bisik hati Aina. Amirul mengeluh.
"Cakap dengan dia, aku taknak balik" kata Amirul dengan nada yang tegas.
Muka dia tegang dan langsung tidak pandang kearah Aina yang sedang bingung
itu. Dengan tiba2 dua orang lelaki itu memegang kedua dua belah lengan Amirul
membuatkan Aina tersentak. Amirul sedikit terkejut dengan tindakan dua orang
lelaki itu mula menengking. "Lepaslah!" tengking Amirul. Pandangan orang sekeliling
langsung tidak diendahkan. "Maaf tuan, kami terpaksa. Ini arahan Cik Puan" kata
lelaki itu lagi sambil memegang kuat lengan Amirul memaksanya untuk berjalan
bersama mereka.
"Okey ! Aku ikut korang. Tapi tolong lepaskan aku, aku boleh jalan sendiri" arah
Amirul dengan suara yang tegas. Dua orang lelaki itu akur dengan arahan Amirul
dan melepaskannya. Amirul mengeluh sekali lagi. Lalu dia memandang kearah
Aina yang sedari tadi masih dalam keadaan bingung. "Aina, maaf ya. saya tak
boleh hantar awak balik. saya kena pergi sekarang" kata Amirul sambil
memandang kearah Aina dengan riak wajah bersalah. "Ah.. tak apa. Saya
boleh balik naik teksi" kata Aina sambil cuba untuk senyum. Sebenarnya dia tak
fikir pun pasal tu, yang dia fikir sekarang ni siapa dua orang lelaki bersuit hitam
dan siapa Cik Puan yang mereka dari tadi sebut tu. "Saya pergi dulu ya. Jaga
diri" kata Amirul lalu berlalu pergi bersama dua orang lelaki itu .
To Be Continue
Tuan?! Cik Puan?! Siapa tu ?? Apa pekerjaan Amirul? Siapa dia sebenarnya?
So.. hey im thinking.. nak update 1 part satu hari..instead of double
update.. but not sure yet okay!
Cuba kalau aku cakap.. yang Zain tu handsome mcm ni
Lets get marry..NOW.
1 Itik gebo-gebo:
Cik Puan tu mesti mak tiri kan...
ermm...bodyguard tu hensem dak?hhahaaa...pastikan hero no 2 ni hensem tau...
Like...like like.....
x0x0 ^___^
Catat Ulasan