Cinta Photographer Part 22

 Part 21
Di dalam bilik Aina tidak henti2 tersenyum memandang kearah teddy
bear yang diberikan oleh Zain itu. Hatinya betul2 berasa bahagia.
Namun senyumannya terbantut apabila terdengar nama Liyana
di rancangan Tv. Aina memandang kearah Tv yang sedang menyiarkan
wajah Liyana yang sedang di temubual itu . Aina mengeluh.

"Apa yang aku fikir ni..tak mungkin lah Zain tu nak sukakan aku.
Dia kan dah ada Liyana" bisik hati Aina . Lalu dia terus menutup
Tv itu, tidak sanggup hendak melihat wajah Liyana lama2. Tiba2 telefon
Aina berdering menandakan ada seseorang yang menelefonnya.

**************************************************

Zain memakai Apron di badannya lalu mengikat rambut hadapannya
yang sedikit panjang dengan gaya apple seperti yang selalu dilakukan
oleh artis2 korea. Niat hatinya hari ni untuk memasak sendiri dek
kerana malas hendak keluar.Baru saja dia hendak membuka api,
loceng rumahnya berbunyi. "Siapalah yang datang time2 macam ni"
kata Zain seorang diri sambil berlari anak ke pintu rumahnya.

Dia membuka pintu rumahnya dan kelihatan Aina sedang berdiri di hadapannya.
"Hah? kau nak apa datang rumah aku ni?" tanya Zain. Tapi pertanyaaan ni tidak
dijawab. Aina hanya diam membatu dihadapannya. "Dah kenapa dia ni?" bisik
hati Zain. Tiba2 Aina mengeluarkan handphonenya nak menghalakan kearah
Zain. Click bunyi handphone Aina apabila dia selesai mengambil gambar.
Aina terus berlari masuk kerumahnya. Zain keliru dengan tindakan Aina yang
tiba2 saja mahu mengambil gambarnya . Tidak mahu berfikir panjang Zain terus
masuk kerumah sambil menggaru kepalanya. Tatkala itu baru dia perasan tentang
sesuatu .

Aina bersandar di pintu rumah sambil ketawa . Tak sangka yang dia akan nampak
Zain sebegitu rupa. Tiba2 pintu rumahnya diketuk kuat dari luar. Aina sudah dapat
teka siapa yang mengetuknya itu. Aina membuka pintu rumahnya sedikit lalu
mengeluarkan kepala sambil tersenyum kearah Zain yang sedang gelisah itu.

"Wei! Buang sekarang gambar aku tu!" kata Zain dengan suara yang kuat.
Aina hanya ketawa sambil menjelirkan lidah. "Jangan harap, aku nak tunjuk
gambar ni kat semua orang nanti" kata Aina sambil ketawa. Zain mula gelisah.
Pintu rumah Aina itu ditolak kuat, terkejut dengan tindakan Zain , Aina pun
menolak pintu rumahnya dengan kuat untuk menghalang Zain dari dapat masuk
kerumahnya. "Bukaklah pintu ni!" jerit Zain dari luar. "Jangan harap!" jerit Aina
pula sambil menahan pintu rumahnya itu .

"Ehem"

Suara seseorang sedang berdehem itu membuatkan Zain dan Aina berhenti
dari bergaduh dihadapan pintu. Zain memusing belakang, Aina pula membuka
pintu untuk melihat siapa yang berada disitu. Kelihatan Amirul sedang memandang
pelik kearah mereka. "Eh. Amirul? Cepatnya awak sampai" kata Aina sambil
tersenyum. Zain hanya mendiamkan diri. Amirul tersenyum. " Mestilah, saya
tak sabar nak dating dengan awak" kata Amirul sambil tersenyum kearah Aina,
lalu pandangannya dialihkan kearah Zain yang dari tadi mendiamkan diri.
"Cantik rambut Zain" kata Amirul. Zain yang baru sedar tentang keadaan dirinya
itu dengan cepat menarik getah rambutnya itu .

Aina menutup pintu rumahnya dan memakai kasut dengan tergesa gesa.
Zain yang berada disebelahnya hanya memandang . "Zain, aku nak
keluar makan. Kau ada nak kirim apa2 tak?" tanya Aina. Zain hanya menggelengkan
kepala. "Okey . Aku pergi dulu tau" kata Aina sambil tersenyum lalu terus
pergi kearah Amirul. "Kitaorang pergi dulu ya" kata Amirul sambil melambai
kearah Zain dan berlalu pergi bersama Aina. Zain mengeluh. Dengan perlahan
dia menuju semula kerumahnya, pintunya ditutup dengan kuat .

To be Continue

So this is Apple hairstyle for someone who dont know


 
Bye





Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

ezyra daniel berkata...

comel je jang keun suk ikat rambut macam tu kan..hehe onew wat aeygeo laa..

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Hehehe..comel la ikat rambut mcm tu..dah rupa pahlawan pun ada...heheehe

Aina dah jadi rebutan 2 jejaka lah nih...hehehehe...

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi