Sorry tak update semalam.
Aina menepuk nepuk tangannya beberapa kali sambil tersenyum
puas memandang hadiah yang berikan kepada Zain. Baru puas
hati aku bisik hati Aina sambil berjalan menuju ke lif. Di dalam
baru Aina terfikir tentang transport untuk pergi ke tempat shooting.
"Alamak..kereta aku pi hantar servis. Aku nak naik apa ni" kata Aina
seorang diri sambil menggaru kepalanya. Nak naik teksi memang
bukan dalam kamus kehidupan Aina, lagi2 bila destinasi tempat
tu jauh dan memerlukan Aina keluar duit yang banyak. Dia lebih
rela berlari daripada naik teksi yang harganya cekik darah.
Keluar dari lif Aina hanya mampu berdiri kaku memikirkan transport
yang dia hendak naik . Humm... apa aku nak naik ni. Nak panggil
Sue dia kena jaga kedai bisik Aina sambil berjalan duduk bangku
yang disediakan di bawah . Sedang Aina memikir,telefonnya berbunyi
lagi menandakan ada orang yang menelefonnya. Apa lagi mamat kerek
ni nak kutuk hati Aina sambil mengeluarkan handphonenya. Namun
menelefonnya bukannya Artis Kerek, tetapi Amirul. Serta merta Aina
mendapat idea. Punat Answer ditekan
"Hello~ Aina awak kat mana?" tanya Amirul .
"Dekat rumah. Nak pergi tempat shooting Zain" kata Aina
"Oh! Kalau macam tu kita jumpa dekat studio jelah nanti" kata Amirul.
"Eh! Awak kejap! " kata Aina dengan nada sedikit menjerit.
"Apa?" tanya Amirul dengan keliru
"Um..saya sebenarnya kena tinggal dengan Zain. Nak pergi sana,kereta
saya tengah servis. Boleh tak hantar saya pergi sana?" pinta Aina.
"Oh! Kenapa tak bagitahu awal2 ! Okey sekarang juga saya datang!" kata Amirul
dengan teruja lalu terus mematikan panggilan tanpa sempat Aina membalas.
Yes! Save duit aku jerit hati Aina sambil menari tarian kemenangan tanpa
menyedari ada beberapa budak yang memandang kearahnya dengan pandangan
pelik
*****************************************************
Beberapa minit kemudian
Kereta sport Amirul berhenti dihadapan Aina yang sedang duduk di
tepi jalan ibarat pengemis itu . Amirul kemudian menurunkan cermin
tingkap keretanya dan tersenyum kearah Aina . "Masuklah" kata Amirul.
Aina tersenyum lalu masuk dan duduk disebelah Amirul. "Thanks Amirul,
sebab tolong hantarkan" kata Aina sambil memandang kearah Amirul.
"No problem . Untuk awak saya sanggup, lagipun bagus juga saya dapat
lari dari tempat kerja saya lagi" kata Amirul sambil mula menjalankan
keretanya. Aina terdiam . "Eh? Kenapa tak bagitahu saya yang awak
tengah kerja?!" marah Aina . Amirul hanya tersenyum manja.
Aina mengeluh.Sejak tahu pekerjaan Amirul dan tahu yang dia selalu
lari daripada tempat kerja sebab Aina. Aina tak dapat elak daripada
rasa serba salah. "Jangan risaulah Aina,lagipun saya memang tak suka
kerja dekat situ" kata Amirul dengan tiba2 seperti dapat rasakan tentang
perasaan Aina. Aina hanya mengangguk.Tapi dia masih lagi rasa serba salah,
dia pun tidak tahu kenapa Amirul selalu layan dia dengan baik macam
lebih dari seorang kawan. Lebih dari kawan..? bisik hati Aina seperti tersedar
sesuatu .
Aina kemudian memandang kearah Amirul yang sedang fokus memandu itu.
Takkan lah.. bisik hati Aina.
************************************************
Cut !
Zain berhenti daripada menangis sebaik saja director memberhentikan
rakaman. Zain kemudian bangun dari tempatnya sambil diikuti oleh
makeup artis untuk ditouch up. Zain melihat sekeliling untuk mencari
Aina namun tidak kelihatan . "Rina!" panggil Zain . Marina yang sedang
duduk dengan beberapa staff bangun dan berjalan kearah Zain.
"Kenapa?" tanya Marina. Zain memasamkan mukannya. "Mana Aina?"
tanya Zain. Marina mengangkat kedua dua bahunya tanda tidak tahu.
"Entah. Lambat sampai kot. Tadi dia dah mesej kata on the way" kata
Marina .
Sebenarnya waktu Aina mesej tu..
Aina sedang memandang ke luar tingkap sambil menikmati pemandangan
sepanjang perjalanan ke tempat shooting Zain. Dengan tiba2 mata Aina
dapat melihat gerai cendol di tepi jalan membuatkan Aina menjerit berhenti
secara tiba2. Amirul yang sedang fokus memandu terkejut dan dengan
pantas menekan break. Mujur pada waktu itu tiada kereta lain di jalan
raya.
"Aina! Awak kenapa tiba2 menjerit?!" marah Amirul sambil memandang
kearah Aina. Aina yang tersedar tentang kesilapan dia menundukkan
kepala. "Oh..so-sorry. Saya tak sengaja terjerit" kata Aina perlahan.
Ini pertama kali Amirul marah kepadannya sejak mereka berkawan.
Amirul menarik nafas panjang sebelum memandu keretanya ketepi
jalan. Dia kemudian memandang kearah Aina yang sedang menunduk itu.
"Aina.." panggil Amirul perlahan. Dia tahu dia telah terkejutkan Aina
dengan menenking kearahnya. Tapi siapa je tak terkejut kalau tiba2
Aina menjerit suruh berhenti kat tengah jalan. Nasib tak ada kereta,
kalau tak dah arwah dah mereka berdua. "Sorry.." kata Aina perlahan.
Masih tidak mahu pandang kearah Amirul . Dia betul2 rasa serba salah
dan takut sekarang. Takut sebab Amirul marahkan dia, dan serba salah
sebab dia secara tak sengaja menjerit suruh berhenti. Bodohnya aku ni
kenapa suka sangat menjerit tiba2 marah Aina didalam hati.
"Aina pandang saya" arah Amirul dengan nada serious. Aina menelan air
liurnya dan memandang kearah Amirul. Amirul tersenyum lepas melihat
Aina memandang kearahnya. Amirul kemudian mengusap kepala Aina.
"Sorry tengking tadi. Saya cuma terkejut je. Awak nak apa suruh berhenti?"
tanya Amirul sambil tersenyum. Wajah Aina mula membahang memikirkan
tujuannya menyuruh Amirul berhenti. "Um..saya..sebenarnya teringin nak
makan cendol kat kedai tu.. tapi takpalah. Kita teruskan jelah jalan"
kata Aina dengan nada perlahan sambil menundukkan kepalanya menahan
malu .
Dengan tiba2 Amirul mula ketawa terbahak bahak membuatkan wajah Aina
semakin membahang menahan malu. "Dah lah jangan ketawa! Sorry okay
pasal tadi! Dah cepat jalan" rungut Aina sambil memandang kearah lain tak
mahu Amirul nampak wajahnya yang sedang merah itu. Amirul kemudian
berhenti dari ketawa dan memandang kearah Aina sambil tersenyum.
"Comel betul awak ni.Dah lah jom kita pergi makan cendol tu dulu"
pelawa Amirul sambil mematikan enjin keretanya. "Eh? betul ke?"
tanya Aina dengan wajah keliru. Amirul kemudian mengusap kepala
Aina sehingga membuatkan rambutnya tidak terurus. Aina mengerutkan
mukannya sambil membetulkan rambutnya. "Betul. Dah jom" kata Amirul
sambil keluar dari keretanya, diikuti oleh Aina.
Sedang Aina menikmati cendol, dia mendapat mesej daripada Marina yang
bertanya bila dia akan sampai. Dengan pantas Aina membalas mesejnya
Tengah otw~
Berbalik kepada situasi di tempat shooting Zain
Zain berjalan kehulu hilir sambil memandang sekeliling untuk mencari
Aina. Mana dia ni..takkan dia tersesat kot bisik hati Zain . Sedang
dia sibuk menunggu Aina,director sudah pun memanggilnya untuk
masuk ke set semula. Zain mengeluh .
Sedang Zain melakonkan wataknya dengan pelakon wanita lain. Mata Zain
dapat melihat kelibat seseorang berjalan dari jauh. Aina..Zain tersenyum
didalam hati namun senyumannya terhenti apabila dia melihat Aina berjalan
dengan seseorang. Dahi zain berkerut. Perasaan marah mula menyelebungi
dirinya.
To Be Continue
Gulp.. Zain dah mula marah balik ..
Yes. Aina is in big trouble.
1 Itik gebo-gebo:
Haa..itulah Zain...awat yg duk pi tinggai Aina tuh...hehehee...
Itu baru nampak Aina dgn Amirul... Yg kat umah belum tau lagi...hik hik hik...
Meletoppsss...
Catat Ulasan