baca. Bye. Part 19
Perkara yang berlaku sebentar tadi betul2 mengelirukan Aina.
Sebenarnya,sampai sekarang Aina tidak tahu langsung tentang
latar belakang Amirul . Mereka memang rapat tapi Amirul langsung
tidak pernah beritahu Aina tentang pekerjaan dia. Bila ditanya, hanya
senyuman manja yang Aina dapat. Aina mengeluh. Dia sekarang ini
terpaksa naik teksi untuk balik semula ke rumah. "Haih.. habis duit
aku. Baru ingat nak berjimat" rungut hati Aina sambil jalan lemah
longlai menuju ke tepi jalan untuk menahan teksi.
Sedang Aina berdiri menunggu teksi. Tiba2 sebuah kereta berhenti
dihadapannya. Mata Aina terbeliak. Dia kenal benar dengan pemilik
kereta itu. Zain...?
"Korang berdua ni, kalau nak berdating pun janganlah menyusahkan
aku" kata Zain dengan wajah tegangnya itu . Telinga Aina berasa
panas mendengar kata2 Zain itu. "Eh, aku tak suruh pun kau ambik
aku kan? Bila masa aku menyusahkan kau" kata Aina sambil memeluk
tubuh. Geram dengan Zain yang dari tadi asyik bermasam muka dengan
dia. Time shooting pagi tadi tak ada pula dia buat perangai . Rasa menyesal
timbul di dalam hati Aina apabila dia masuk kedalam kereta Zain ini. Buat
panas telinga je dengar Zain membebel tak berhenti. Apa masalah dia
pun tak tau.
"Kalau bukan sebab Amirul yang call suruh bawa kau balik rumah tak ada
nya aku nak datang ambik kau sekarang tau" kata Zain . Aina terdiam.
"Amirul?" tanya Aina sekali lagi. "Yelah Amirul! Ada laki lain lagi ke yang kau
dating selain dia" balas Zain dengan suara yang sedikit meninggi. Sekali lagi,
Aina merasakan darahnya sedang mendidih menahan geram. "Eh! Sejak
bila aku dating dengan dia! And kau kenapa nak tinggikan suara tiba2
dekat aku?" kata Aina dengan suara yang tegas. Aina sedar, sejak akhir2
ni memang banyak keluar dengan Amirul dan jarang2 keluar bersama
dengan Zain seperti selalu . Tapi itu pun sebab dia tak mahu menganggu hubungan
Zain dan Liyana , dan dia pun mahu melupakan Zain . Tapi takkanlah sebab tu
Zain tak habis2 nak bertegang urat dengan dia bila ada perkara yang melibatkan
Amirul.
Suasana didalam kereta sepanjang mereka menuju kerumah sangat tegang.
Aina dan Zain langsung tidak mahu bercakap dengan satu sama lain. Inilah
yang selalu berlaku setiap kali Aina keluar dengan Amirul. Mesti bertengkar
dengan Zain. Aina masuk kedalam rumah dengan perasaan marah . Pintu
rumah dihempas dengan kuat. Geram dengan jiran sebelahnya itu .
Aina mengeluh.
Tiba2 telefon bimbit Aina berdering. Tentera nama Amirul disitu.
"Hello" kata Aina sejurus menekan punat Answer."Hello, Aina awak macam
mana? Dah sampai rumah belum?"tanya Amirul dengan nada risau dan serba
salah. "Sudah"sepatah saja jawapan yang Aina beri . "Awak marahkan saya ke?"
tanya Amirul. Pelik dengan Aina yang seperti tak mahu bercakap dengannya.
"Tak adalah, saya penat. Okeylah awak saya nak mandi nanti esok lah kita
jumpa lagi ye. Bye" kata Aina . "Okeylah kalau macam tu. Bye" jawab Amirul.
Lalu Aina terus membatalkan talian. Bukan dia sengaja untuk bercakap sebegitu
dengan Amirul, cuma sekarang ni dia masih lagi dalam keadaan marahkan Zain.
**********************************************************
Zain baring keatas katilnya sambil menghembuskan nafas panjang. Perasaan dia
betul2 keliru sekarang ni . Entah kenapa, setiap kali Amirul dan Aina keluar
bersama mesti Zain berasa seperti mahu marah. Zain lebih suka Aina berada dekat
dengan dia dan tidak bersama dengan Amirul . "Aku ni cemburu ke..." bisik hati
Zain."Eh takkan lah. Sudahlah Zain kau jangan fikir banyak. Kau kan dah
bersama dengan Liyana" kata Zain didalam hati cuba untuk menenangkan dirinya.
Telefon di poket seluarnya dikeluarkan,lalu dia mencari nombor seseorang
untuk menelefon.
"Hello Liyana" tegur Zain . "Hai sayang! Ada apa call ni ?" balas liyana
dengan suara yang riang. "Tak ada apa2, saja nak call. Awak balik Malaysia
bila?" tanya Zain lagi. "Saya tak tahu lah bila boleh balik, kerja saya kat sini
masih lagi belum habis. Kenapa sayang rindu ke?" tanya Liyana. Zain diam
seketika. " Okeylah saya ada kerja nak buat . Nanti saya call lagi okey. Bye"
kata Zain dengan suara yang mendatar. "Ah.. okey bye sayang.." jawab Liyana.
Panggilan telefon diputuskan.
Liyana mengeluh . Sejak mereka menjalinkan hubungan semula ni, Zain langsung
tidak seperti dahulu. Selalunya, Liyana lah yang paling berusaha untuk merapatkan
hubungan mereka semula, Zain pula seperti buat endah tak endah. Liyana sedar
tentang kesilapan dia yang dulu dan dia sudahpun menyesal. Liyana pun dapat
rasa yang kasih sayang Zain bukan pada dia lagi.
********************************************************
Aina duduk dibangku sambil mengelap peluh di dahi. Sudahlah panas,
kena tunggu Zain habis shooting pulak tu. Terasa macam Aina ni pembantu
peribadi Zain pula, padahal kerja dia jadi photographer Zain saja gara2
kamera Zain yang hancur berkecai dulu. Hutang Zain tu pun , masih lagi tak
habis dibayar. Aina mengeluh . Apalah nasib aku ni ...
Selesai shooting, Aina berjalan disisi Marina sambil mengekori Zain
dari belakang menuju ke parking lot . Sedang Aina berjalan, tiba2
dia ternampak kelibat seseorang sedang bersandar di kereta. Tengok
dari jauh, Aina sudah tahu siapa orang itu . "Apalah yang dia buat dekat
sini" bisik hati Aina.
"Aina!" jerit Amirul sambil melambaikan tangannya. Aina hanya senyum kearah
Amirul. "Kau buat apa dekat sini?" tanya Zain sambil meletakkan barangnya
kedalam kereta. "Aku ingat nak cakap dengan Aina kejap. Boleh tak?"
pinta Amirul sambil memandang kearah Zain. Pada waktu itu, wajah Zain kembali
semula menjadi tegang. Langsung tiada senyuman dibibir. "Dia tengah kerja,lain
kalilah jumpa" kata Zain. Aina terdiam seketika."Bukan kerja aku dah habis ke
sekarang ni?" bisik hati Aina. Amirul mengeluh. "Alah..tak apa lah kalau macam tu"
kata Amirul dengan nada yang kecewa. "Oh ya, Aina nah ini untuk awak" kata Amirul
sambil menghulurkan teddy bear kepada Aina. Aina sedikit terkejut melihat teddy
bear itu dan tersenyum lebar . "Wah! terima kasih awak!" kata Aina dengan wajah
yang riang sambil memeluk teddy bear itu. Amirul hanya tersenyum melihat Aina.
"Sudahlah, kita dah lambat . Cepat masuk kedalam kereta" kata Zain tiba2 sambil
menarik tangan Aina menuju ke keretanya. "Eh?" Aina sedikit terkejut dengan
tindakan Zain itu. Aina sempat melambai kearah Amirul sebelum masuk kedalam
kereta. Sebelum Zain masuk kedalam kereta, dia sempat memandang tajam kearah
Amirul yang sedang tersenyum memandang kearahnya. Entah kenapa, hatinya berasa
sakit tengok perkara yang terjadi tadi .
Amirul hanya senyum melihat kereta milik Zain itu meluncur laju meninggalkan
dia disitu. "Nampaknya aku dah ada pencabar.." bisik hati Amirul sambil
masuk kedalam keretanya
To be continue
Zain cemburu ?? Apa amirul akan buat?
Oh hari ni sempena birthday Jinki aku
nak double update !
Note: Terpulang kepada pembaca nak
bayangkan muka siapa dalam setiap
pelakon. Nak bayang boyfriend hangpa pun boleh
Still Happy Birthday Jinki ssi. Remember
ALWAYS BE HUMBLE
Still Happy Birthday Jinki ssi. Remember
ALWAYS BE HUMBLE
1 Itik gebo-gebo:
Bab Jinki tu..akak no komen....ehehehe... K Pop @ pelakon Korea ni satupun tak tau nama..klau adapun..dah lupa...hahaha..ingat muka & 1 - 2 lagu dorang jer..kalau citer / filem pulak..yg baru ni akak tak tau..yg lama tu..ada jugak yg mmg sangkut..tgk banyak kali pun tak apa...hahaha...hampehhh jaa...
Tak sabaq nak sambung episod seterusnya... Makin mnearik nehh...
Apa la Zain ni...hahahaa...
Catat Ulasan