Cinta Remaja . Part 17

Tengok Disidebar untuk Part sebelumnya

"Sofea lama tunggu?" tegur Tengku Fuad . Sofea sedikit terkejut
mendengar suara Tengku Fuad itu . Tengku Fuad itu kelihatan
sungguh segak , Al maklumlah dia itu orang berada , keluarga
dia semuanya pangkat tengku , tengku fuad juga ada darah
anak diraja . Jadi tidak mustahillah dia ni menjadi kegilaan ramai.


"Tak ada lah lama sangat baru je sampai" ujar Sofea. Fuad tersenyum
melihat Sofea , lega hatinya apabila sofea tidak marah padanya
kerana dia terlewat . Seterusnya mereka terus order makanan dan
berbual bual . " Fuad , saya nak tanya . Mana awak dapat nombor
saya?" tanya Sofea . " oh tu , dapat dari kawan" selamba sahaja fuad
menjawab . " Kawan ? Siapa? " tnya sofea lagi . " Rahsia" jawab
fuad sambil tersenyum . Sofea mencebikkan mulutnya sahaja ."Nak
berahsia pulak"  bisik hati sofea .

" Delaila ! " jerit Erika . Delaila yang dari tadi bermain dengan kucing
terkejut mendengar jeritan itu . Lalu dia lantas berpaling ke arah Erika.
" Pelik. Kenapa dia pakai lawa sangat?" bisik hati Delaila . Tak pernah
-pernah Erika tu nak pakai cantik2 kalau nak pergi rumah Delaila.
Selama ni dia hanya pakai seluar tracksuit dan tshirt sahaja . Delaila
terpaku disitu , fikirannya sibuk memikirkan hal itu sampai lupa
untuk kehadapan . "Delaila ! kau ni dengar ke tak !" sekali lagi
erika menjerit di hadapan,geram melihat rakannya yang dari tadi tidak
berganjak .

Delaila tersedar lalu segera pergi kehadapan untuk membuka pagar.
Baru sahaja Delaila membuka pagar , Erika tiba2 peluk Delaila.
Sewaktu peluk itu erika sempat berbisik "Maaf" di telinga Delaila.
Delaila terkejut melihat reaksi pelik rakannya itu . Kemudian erika
memberikan sepucuk sampul surat besar kepada Delaila beserta
kotak yang disampulkannya . Delaila semakin rungsing . Dia dengan
segera bertanya "Eh hari ni bukan hari jadi akulah . Kenapa bagi?
and kenapa kau minta maaf , and peluk aku ? " bertubi tubi soalan
yang ditanyanya .

" Delaila .. " perlahan sahaja suara Erika . Dia tunduk lalu sambung
semula bercakap "Hari ni aku kena balik Selangor , sebab ayah
aku ada emergency kena balik cepat . Aku minta maaf ya?".Delaila
terdiam . "Tapi baru semalam kau sampai ! " kata Delaila dengan
nada yang sedikit tinggi . Erika faham rakannya itu sedang terkilan,
yelah baru semalam mereka berbual mesra , tiba2 sahaja hari ni
mereka akan berpisah . Erika mengusap kepala Delaila itu ,
sememangnya itulah yang dia akan buat apabila delaila berada dalam
keadaan sedih . "aku faham, aku pun sedih juga . Lagipun bukannya
kita tak jumpa lagi kan ? " pujuk erika .Delaila cuba untuk halang
dirinya daripada menangis . Lantas dia segera memberikan senyuman
tawar kepada erika hanya itu sahaja yang dia mampu .

Sedang Erika dalam perjalanan pulang ke Selangor . "Erika dahlah tu
janganlah menangis , ayah bukan sengaja hendak balik awal" kata
pakcik Hasyim . Erika langsung tidak mempedulikan ayahnya itu .
Tiba2 ada sebuah lori datang dari arah yang bertentangan .

POOONNNNNN ! CRASSHH !


Delaila sedang termenung sendirian di biliknya , baru sahaja dia hendak
membuka sampul surat yang diberikan Erika . Tiba2 ibunya masuk
kebiliknya lantas memberitahu "Laila ! Erika kemalangan ! " kata
ibunya dengan riak wajah yang risau . Delaila terdiam . Fikirannya
bercelaru , dicuba untuk menenangkan fikirannya , "Ya Allah , Ya
Allah , Ya Allah " hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya.

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

4 Itik gebo-gebo:

Tanpa Nama berkata...

sambung-sambung :)

ikaa berkata...

waaaaHHH...menarik laa cerita nie...awk nie da bakat jd penulis laa...:)

eyka berkata...

best larh citer nie .. pandai gler awk buat cter nie (:..kte tabik gler kt awk ... cepat2 kay sambung cter nie ..BEST !!

CikMunBlogger berkata...

hehe , mun komen . nak kasi dalila tengok mun yang ta berapa nak comel nie :P

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi