Cinta Remaja . Part 21

Tengok Disidebar Untuk Part Sebelumnya

"Assalammualaikum!"Jerit Huda didepan rumah Delaila .
"Waailakumsalam ! oh huda , nak jumpa Delaila ye? Dia
tak ada dia keluar" kata Puan Salmah sambil menuju
ke arah huda ."Keluar? pergi mana?" tanya Huda . Dia
langsung tidak mendengar khabar Delaila . "Entahlah,
pagi2 lagi dia dah keluar , nak hilangkan rasa sedih dia lah tu.."
kata mak salmah ."Sedih kenapa?" " Eh huda tak tahu ke?
kawan dia Erika baru je meninggal dunia kemalangan"

**********************************************
Sementara itu


Sedang Haziq sibuk berbual dengan Amira dan rakan rakannya
yang lain tiba2 Syahrul datang kearahnya . Keadaan syahrul
berpeluh seperti baru lepas berlari , "Haziq aku nak cakap
dengan kau sekejap"  kata Syahrul dengan nada serius .
Haziq pergi kearah syahrul lalu bertanya " Ada apa?"
Syahrul memandang Haziq dengan rupa yang tidak puas hati
dia tak dapat terima haziq boleh bersuka ria disini sedangkan
rakan karibnya itu sedang bersedih .

"Apa kau buat dekat sini?" "Aku tengah lepak dengan kawan
kenapa?"tanya Haziq dengan wajah keliru
"Kawan kau tengah bersedih sekarang ni kau masih lagi boleh
bersuka ria dekat sini?!" tengking Syahrul sambil menolak bahu
Haziq . Rakan-rakan Haziq termasuk Amira terkejut dengan
tindakan Syahrul itu . Haziq pada mulanya keliru dengan apa
yang dikatakan oleh Syahrul . Dia masih lagi tidak faham dengan
apa yang terjadi , "Kau cakap apa ni? Siapa yang tengah sedih?"
"Huh . kau pergilah tengok sendiri dekat taman sana tu" kata Syahrul
sambil memandang taman yang dipenuhi dengan kehijauan.

Haziq bingung mendengar , dia memandang lama taman itu . Dengan
tiba2 dia teringat seseorang , seseorang yang gemar berada disitu ,
"Delaila!" Jerit Haziq lalu terus berlari meninggalkan Syahrul dan
rakan2 yang lain . "Haziq awak nak pergi mana?" jerit Amira . Tapi
jeritannya itu tidak diendahkan . Yang berada di fikirannya hanya lah
Delaila . Walaupun Haziq tidak mengetahui punca Delaila sedang bersedih
tetapi dia tetap mahu berada disisi rakannya itu . Dia tak mahu rakannya
itu bersendirian .Syahrul menundukkan kepala , disitu kelihatan air
matanya mula jatuh kepipi ..

****************************************************
"Sofea ! Elisha !" Jerit huda dari jauh . Sofea dan Elisha yang sedang
di bawah pokok itu terkejut mendengar jeritan huda . " Huda awak
kenapa menjerit jerit?" tanya Sofea . Huda tercungap cungap tidak
cukup nafas kerana berlari daripada rumah Delaila . Setelah dapat
bernafas seperti biasa dia mula berbicara " Erika , kawan delaila
tu ..dia meninggal dunia " . Terbeliak mata Elisha dan Sofea ,
"Ya Allah ! Bila?" tanya mereka berdua . " Semalam, dia
kemalangan . Delaila mesti tengah sedih sekarang ni!" ujar huda.
"Better kita pergi jumpa dia " cadang Elisha . "Tapi Delaila dekat
mana? tiada tak ada dekat rumah"  tanya Huda . " Aku tahu kat
mana . Dia pernah cerita kat aku tempat yang paling dia suka pergi
bila dia sedih, aku rasa dia ada dekat situ " kata Sofea dengan nada yang
serious . Setelah mereka bertiga mengetahui tempat itu , mereka bertiga
segera pergi kesana.

Haziq telah pun sampai di tempat itu , dia tercungap cungap kerana
berlari mencari Delaila . Dari situ dia nampak Delaila sedang duduk
bersandar di pokok sedang terlena tidur , perlahan lahan haziq pergi
kearah delaila , dia mengusap kepala delaila lantas duduk disebelahnya.
"Delaila , kenapalah kau tak panggil aku .. kalau aku tahu aku mesti
dah ada disisi kau awal2 lagi" kata haziq sambil memandang wajah Delaila

Dari jauh kelihatan Sofea, Elisha dan Huda sedang memerhatikan mereka
"Korang , nak pergi jugak ke?" tanya Sofea sambil curi2 memandang Haziq
dan Delaila . "Tak payahlah , besoklah kita jumpa . Lagipun aku sure haziq
tahu cara nak memujuk Delaila tu" kata Elisha sambil tersenyum lantas beredar
daripada situ . Sofea dan Huda berpandangan antara satu sama lain , pelik
dengan reaksi rakannya itu .

(To Be Continued)


p/s : Aku Sakit Perut . LOL







Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

fiqa comey berkata...

atoi! fiqa dah tertinggal byk episodlah,, sob3 :-(

Dalila Samsudin berkata...

@fiqa comey haha kat sidebar kan ada part sebelumnya :D

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi