ADA MASALAH . BUNUH DIRI JELAH !!! .

Assalammualaikum !
Salam Satu Malaysia !

Hoyeaah ~ Hari ni aku rajinnya nak update . Maklumlah idea aku dah
puas bercuti dengan London tu . kihkihkih . Kay aku merepek makan kerepek.
Hari ni aku nak membincangkan mengenai BUNUH DIRI  . Tahu apa
itu bunuh diri ? Tahu ? Bagus .

Zaman sekarang ni macam boleh berlaku . Yelah akhir zaman kan .. sudah
jauh dari zaman Rasullulah kita dulu .. Zaman sekarang , putus cinta je
BUNUH DIRI , Gagal UPSR/PMR/SPM/STPM saja BUNUH DIRI .
Ada masalah sedikit  , BUNUH DIRI . Ya Allah . Apalah yang nak
jadi . Bukannya Bunuh diri tu boleh selesaikan masalah pun .Bukannya
lepas bunuh diri kita result peperiksaan kita akan berubah . Banyak
lagi cara lain untuk selesaikan masalah . Bukannya dengan bunuh diri .


” كان فيمن كان قبلكم رجل به جرح , فجزع , فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات . قال الله عز وجل : عبدي بادرني بنفسه , فحرمت عليه الجنة ” .

Ertinya: “Ada seorang lelaki  sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya,dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hambu Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.
Ringkasan Hadith Seorang alim lagi saleh, zahid dan ahli ibadat iaitu al-Hasan al-Basri meriwayatkan dari Jundub bin Abbdullah al-Bajli r.a., beliau menceritakan hadith ini dalam masjid Kufah dengan katanya; “Bahawa Nabi s.a.w. telah menceritakan kepada sahabatnya mengenai seorang lelaki dari umat yang lalu telah luka,  dia tidak sabar menanggung kesakitan dan putus asa terhadap rahmat Allah Ta`ala dan kesembuhan dariNya, disamping   tidak mengharap keredaan Allah kerana lemah imannya dan kurang keyakinan   hatinya terhadap Allah, lalu memotong tangannya,  keluarlah darah tidak henti- henti sehingga dia mati. Allah berfirman; “Hambaku ini merasai lambat untuk mendapat rahmat  dan kesembuhan dariKu dan tidak mampu menangggung ujianKu, lalu segera bertindak terhadap dirinya dengan melakukan satu jenayah, iaitu membunuh diri, dia menyangka dengan perbuatan demikian untuk memindekkan ajalnya,  oleh itu  Aku haramkan dirinya untuk memasuki syurga, siapa yang diharamkan masuk kedalam syurga maka tempatnya ialah nereka”.
"Maka Aku haramkan kepadanya untuk memasuki syurga"  Ya Allah betapa besarnya dosa membunuh diri ini . Jadi sebelum anda hendak bunuh diri tu fikir2 kan lah semula . Ya . Memang kadang2 kita rasa macam dah tak ada guna untuk kita hidup lagi kalau tak habis2 ditimpa masalah . Tapi ingatlah , anda bukan sendirian . Allah sentiasa ada , sentiasa setia untuk mendengar masalah kita . Bunuh diri ni ada macam2 cara , ada yang terjun bangunan tinggi Pavilion , ada yang tikam pisau di perut , ada yang minum racun . Eh tunggu dulu,ada tak nak bunuh diri dengan suruh lembu langgar kita ? .  
Hadis Abu Hurairah r.a Katanya :
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya
.
Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.

Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.

Haaa , dah baca ? Takut ? Kalau takut janganlah buat . Harap lepas ni tak ada lagi kes bunuh diri . Hargailah nyawa kita.
BUNUH DIRI TAK AKAN MENYELESAIKAN MASALAH . BERDOALAH KEPADA YANG MAHA ESA



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Unknown berkata...

nice entry .
tergamam saya membacanya :)
jauhkan nya dari saya .

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi