Cinta Remaja . Part 13

Tengok Disidebar untuk Part sebelumnya .

Sedang Syahrul dan lain2 sedang membuat persembahan
Delaila sedang sibuk menguruskan juadah makanan untuk
guru2 mereka . Dewan itu dipenuhi dengan bunga-bungaan
berwarna putih , dan lain lain . Sesuai sekali dengan tema
"Garden" yang ingin ditonjolkan mereka .

Guru2 pula ada yang ikut tema itu , dengan memakai baju
berunsur bunga-bungaan, Semuanya kelihatan berseri seri .
Selesai persembahan terakhir " Syahrul Thank you so much !
saya betul2 tak tahu nak buat apa tadi . Nasib awak ada "
kata Delaila . Syahrul tersenyum melihat rakannya yang kelihatan
sungguh gembira itu . Dia berasa senang kerana dapat membantu
rakannya itu . Tepat pukul 1 petang , Sambutan Hari Guru itu sudah
pun selesai , semua pulang dengan senyuman yang terukir dibibir .

"Elisha jom balik sama2 " ujar faizal . Elisha mengangguk lalu terus berjalan
beriringan dengan faizal . Sofea dan lain2 sudah pun pulang dahulu .
"Elisha 2 minggu lagi dah nak exam , agak2 kita boleh score tak?" tanya
Faizal , diwajahnya ada sedikit reaksi risau . "Tak tahulah , harap2 boleh.
risau lah saya" jawab elisha . Dia sedar yang sejak akhir2 ini dia leka.
Dia lebih banyak main2 daripada belajar ."kalau result aku teruk,habislah
aku" bisik hati Elisha.

Sementara itu ..
"Ah sudah , macam mana aku boleh bawa balik kertas Delaila ni"
kata Syahrul . Dia baru tersedar yang dia terbawa kertas kerja Delaila,
tadi Delaila meminta Syahrul memegang kertas itu sebentar kerana dia
ingin mengangkat barang . tidak sangka yang kedua dua mereka boleh
terlupa kewujudan kertas itu . Syahrul termenung sebentar melihat kertas
itu sambil tersenyum . Dia teringat lagi tingkah laku Delaila yang kelam
kabut pagi tadi . Syahrul membuka kertas itu , dan dia melihat banyak
kesan contengan disitu . Syahrul terketawa kecil melihat banyak contengan
kartun di kertas kerja itu " haha sempat lagi dia ni lukis kartun" kata syahrul
seorang diri .


(To Be Continued)

Nota Kaki :
Salam sejahtera , salam satu malaysia , salam cium tangan ibubapa =P
Maaf lambat update . Dalila busy menjalani latihan Kawad setiap
hari selepas sekolah . Lepastu ada exam minggu depan . Jadi untuk part selepas
ini mungkin akan lambat diupdate kan . Harap Maklum.
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Tanpa Nama berkata...

tgh menunggu episod seterusnya . :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi