Hari ini Delaila sekali lagi pergi ke taman itu , Dia tidak
mengetahui yang Sofea dan rakan rakannya yang lain
sudah pun menunggu di taman itu . Sampai sahaja disana
Delaila lihat Sofea , Huda , Elisha , Haziq , Danish , Faizal
dan Nazmi sedang duduk bawah pokok itu .
"Apa korang buat kat sini?" tanya Delaila dengan kelirunya.
"Tunggu kau lah apa lagi ?" jawab Danish sambil tersenyum.
Sofea menarik tangan Delaila lalu menyuruh Delaila duduk.
Disitu kelihatan banyak makanan2 ringan yang disediakan .
Delaila masih lagi dalam keadaan keliru . "Sudahlah tu Delaila,
tak payah nak buat muka keliru sangat ya " kata Elisha sambil
tersenyum kearahnya . Haziq kemudian dengan selambanya
masukkan keropok kearah mulut Delaila yang terbuka itu .
Terkejut dengan tindakkan Haziq itu , Delaila tanpa
sengaja tersembur keropok itu kearah Haziq . "Delaila!"
jerit Haziq sambil membersihkan muka dia . "Sorrylah .
Siapa suruh kau sesuka hati je masukkan keropok dalam mulut
aku" kata Delaila dengan muka yang tidak bersalah .
Mereka semua ketawa melihat telatah Haziq dan Delaila , "Delaila
ni untuk kau, kau janganlah sedih lagi pasal arwah erika tu ya?
kitaorang kan ada" kata Sofea sambil memberikan kad untuk Delaila.
"Betul tu Delaila, kita kan kawan , susah senang bersama" sambung Elisha.
Mendengar kata2 mereka , Delaila menangis terharu lalu memeluk Elisha,
Sofea dan Huda . "Eh aku pun nak peluk jugak" gurau Nazmi . "Ewah,
nazmi jangan mengada ya" kata Huda sambil menjelir lidah kearah nazmi.
Sedang mereka semua bergembira disitu , " Sofea, saya nak cakap dengan
awak sekejap" bisik Danish dengan wajah yang kemerah merahan .
Sofea tanpa banyak tanya mengekori Danish ke tempat yang jauh dari
rakan rakannya itu . Sesudah jauh dari mereka , Danish berhenti lalu
memandang Sofea . "Macam mana aku nak cakap ni " soal hati Danish.
"Danish awak nak cakap apa?" tanya Sofea .
"Saya .. Saya ... " kata Danish dengan gagapnya . Sofea sudah mengerutkan
dahinya, pelik melihat kelakuan Danish yang tiba2 sahaja menjadi gagap.
Baru sahaja Danish hendak bercakap tiba2 sahaja telefon bimbitnya
berbunyi .
"Hello Alisa? Awak nak apa?"
"Danish . Please Help Me !"
"Kenapa? awak ada dekat mana sekarang ni?"
" Saya tak tahu , tapi yang pasti tempat ni dekat dengan
kedai2 makan, tolong saya ! saya sorang2 ni ! "
" Awak tunggu situ , nanti saya datang okay !"
"Kenapa dengan Alisa ?" tanya Sofea . Danish tidak menjawab pertanyaan
Sofea , "Saya pergi dulu ya! Maaf" kata Danish lalu berlari pergi kearah
dimana kedai2 semua berada disitu . Sofea terdiam , dia hanya melihat
danish berlalu pergi meninggalkan dia seorang diri .
Sofea kemudian kembali ketempat dimana kawan2nya sedang bergembira,
tiba2 Faizal bertanya "Sofea , mana Danish?" "Dia ada hal, jadi terpaksa
pergi dulu" kata Sofea sambil cuba untuk senyum . Dari jauh Elisha
memandang Sofea dengan wajah yang risau .
(To Be Continued)
0 Itik gebo-gebo:
Catat Ulasan