CInta Remaja . Part 20

Tengok Disidebar untuk Part Sebelumnya

"Delaila? awak buat apa kat sini?" tegur Syahrul dari belakang
Delaila terkejut mendengar sapaan dari Syahrul itu . Lantas
dia segera mengesat air matanya dan menoleh kebelakang.
"Ah , tak ada apa2 saya saja je duduk sini" kata Delaila
sambil mencuba untuk senyum . Syahrul nampak kesan air
mata di pipi Delaila , lantas dia segera duduk disebelah
Delaila .

"Kenapa awak menangis?" tanya Syahrul . Delaila terdiam
sebentar , Syahrul cuba untuk mengorek rahsia Delaila
itu . Dia tidak kisah jika Delaila fikir dia busybody , asalkan
dia dapat tahu kenapa rakannya itu menangis . "Delaila?"
tegur Syahrul .

"Kawan saya ...dia baru je meninggal dunia " kata Delaila
sambil tunduk . Disitu kelihatan airmatanya mula mengalir.
"Innalillahiwainnailaihirojiun" itu ssahaja yang terkeluar di
mulut syahrul . Dia simpati melihat keadaan rakannya itu.
"Kenapa awak duduk sini sorang2? mana kawan2 yang lain"
tanya Syahrul cuba untuk mengubah topik , dia tidak mahu
Delaila bersedih lagi . Delaila hanya mendiamkan diri,
sebenarnya dia langsung tidak memberitahu 3 orang rakannya
itu . Hanya seorang sahaja yang berada di fikirannya apabila
dia kesedihan orang itu ialah Haziq.

********************************************
" Beberapa Minit Sebelum Sampai Di Taman"

Sedang Delaila berjalan keseorangan disitu , tangannya
ligat menekan punat . Lalu dia menelefon seseorang ,
"Hello Haziq?" kata Delaila . " Hello Delaila ya? ni
kita Amira " kata gadis itu . "Amira? ex girlfriend 
haziq tu? kenapa dia yang angkat" bisik hati Delaila .
"Amira , mana haziq ? " tanya Delaila . "Haziq busylah , sory
ya! Okay lah bye ! " laju sahaja Amira menekan punat End Call
membiarkan Delaila tepinga pinga sendirian . "Siapa yang call tu?"
tanya Haziq sambil memegang air , " Ah takde saya call kawan
tadi , sory ya guna kredit awak" jawab Amira sambil membuat muka
kasihan . "Padan muka kau Delaila" kutuk Amira di dalam hati .

**************************************************

Apabila Delaila teringatkan kembali insiden pagi itu , dia mula
menangis . Syahrul menjadi semakin keliru dengan tingkah laku
Delaila itu "Delaila sudahlah tu , kenapa awak tiba2 menangis ni?
saya ada salah cakap ke? " tanya Syahrul . Delaila menggelengkan
kepalanya sambil mengesat air matanya . "Tak ada, saya teringatkan
hal haziq tadi" "Haziq? kenapa dengan dia?" "Dia tiada disisi saya,seperti
selalu .. dia selalu berada disisi saya bila saya dalam kesedihan . Tapi
sekarang dia tak ada .."  Syahrul hanya mendiamkan diri . Dia teringat,
dia ada nampak haziq dengan seorang perempuan di kedai tadi .

"Delaila .. Awak suka haziq ke?" tanya Syahrul dekat sedikit teragak agak.
Delaila terdiam mendengar pertanyaan Syahrul itu, dia memandang Syahrul
dengan raut wajah yang sedih . Syahrul dapat menangkap reaksi wajah
Delaila itu, dia tahu apa yang Delaila maksudkan .Lantas Syahrul segera
bangun " Delaila saya kalau boleh nak teman awak tapi saya ada hal
perlu diselesaikan...." "Takpe awak pergi jelah" kata Delaila sebelum
Syahrul sempat menghabiskan ayatnya . Delaila langsung tidak memandang
Syahrul , matanya setia memandang pemandangan di depannya .
Syahrul kasihan melihat rakannya itu , kelihatan Syahrul mecuba untuk
mengusap kepala Delaila tetapi niatnya itu dihentikan kerana dia takut
Delaila tidak selesa .

"Saya pergi dulu ya" kata Syahrul dengan nada suara yang perlahan lantas
berlalu pergi ....


(To Be Continued)

*Maaf lambat Update ekoran masalah Komputer dan Internet . Juga kerana
Otak ini yang tidak mahu berfungsi sediakala . Pffttt

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Ruth Christy berkata...

waa.. pndailah awk bwt crita ni.. hee

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi