Cinta Remaja . Part 16

Tengok Disidebar untuk Part Sebelumnya

Kelihatan Delaila duduk berseorangan di pondok itu . Mukanya
resah menunggu seseorang . Banyak kali dia memandang jam tangan
nya itu ."Kenapa lama sangat ni. Kata dah nak sampai " keluh Delaila
seorang diri .Orang yang dia tunggu2 masih lagi tidak memunculkan diri.
Sedang Delaila bermasam muka menunggu orang itu . Tiba2 ada suatu
suara yang menyapanya . Mendengar sahaja suara itu , Delaila sudah pun
tersenyum hingga menampakkan giginya . Lantas dia segera memeluk
orang itu . "Erika !!" jerit Delaila dengan gembiranya .

Erika tersenyum melihat telatah rakannya itu . Sememangnya mereka
berdua ini berkawan baik sejak kecil lagi . Namun disebabkan pekerjaan
ayahnya itu , erika terpaksa berpindah ke Selangor . Waktu itu hanya
tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya Delaila apabila terpaksa berpisah
dengan rakan baiknya itu . Disebabkan ada 2 minggu cuti , Erika dapat
pulang semula ke Kuala Lumpur untuk melawat Delaila yang saban
hari merinduinya . Mujur juga ayah erika juga sebenarnya ada hal di
Kuala Lumpur . Kalau tidak terlepas lah peluang Erika untuk berjumpa
Delaila .


"Kau balik Selangor bila?" tanya Delaila . " Hari Sabtu minggu depan aku
baliklah" . Delaila hanya mengangguk . Teringat dia sewaktu Erika hendak
pulang semula ke Selangor hari itu , waktu itu ialah waktu yang paling
menyedihkan bagi mereka berdua . Mereka berdua berbual rancak sehingga
tidak sedar yang jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 . Dengan segera
mereka meminta diri untuk pulang . Sebelum pulang mereka sudah pun
merancang untuk keluar bersiar bersama sama. Semestinya Delaila lah
orang yang paling gembira pada hari itu .

Pada Waktu Malam
Elisha duduk membatu memandang laptop dihadapannya , dia cuba untuk
menghiburkan dirinya . " Buka Facebook bosan , Buka Twitter Bosan ,
Bukan Blog Bosan , Buka Youtube pun Bosan . Habis tu aku nak buat
apa nih ! " bentak hati Elisha . Sebenarnya fikirannya sedang runsing sebab
itulah segala perkara yang dia buat semuanya tak kena. Tiba2 lagu
"Rihanna" berkumandang , memecahkan suasan sunyi sepi dibiliknya itu .
Elisha lantas mengambil telefon bimbitnya itu lalu menekan button"Answer"

" Hello" ucap Elisha . "Hello Elisha ! Awak buat apa tu ! kenapa saya messages
tak balas ! hish dia ni !" jerit Faizal . Jeritan Faizal itu terlalu kuat sehingga
memaksa Elisha menjauhkan sedikit telefon bimbitnya itu daripada telinganya
."Maaflah saya tak perasan lah tadi " Selamba sahaja Elisha menjawab .
"Lain kali awak buat macam tu , saya tak nak tegur awak 1 hari " rajuk faizal.
Elisha ketawa melihat telatah buah hatinya itu . Sekurang kurangnya
kerungsingan yang dialami Elisha akan berkurangan . "Baguslah dia dah
ketawa . Lega hati aku" Bisik hati faizal apabila mendengar kekasihnya itu
ketawa . Memandangkan ini minggu cuti , faizal dan Elisha boleh berbual
sehingga larut malam .

Sementara Sofea dan Huda
Sofea sedang khusyuk membaca novel "Kisah Kita" itu dibiliknya. Tiba2
telefonnya bergegar . " Messages agaknya" teka sofea. ternyata tekaannya
itu betul . Dilihatnya isi messages itu , kemudian dilihatnya penghantar messages
itu.


*No yang tidak dikenali*
Salam sofea , ini saya Fuad . Saya minta maaf kalau menggangu
awakpada waktu begini . Tapi saya sebenarnya masih lagi
berasa bersalah akibat kemalangan petang tadi. Sebagai tanda
minta maaf , sudi tak awak keluar dengan saya esok ? Saya
belanja awak sebagai balas balik perbuatan saya tu :) .
Boleeeh ? :)

"Fuad? Tengku Fuad?! mana dia dapat no aku ni?!" jerit Sofea. Terkejut benar
dia apabila Tengku Fuad itu tahu nombornya , siap nak belanja makan lagi.
Lantas tanpa membuang masa Sofea membalas messages itu . Dia menerima
pelawaan fuad, takkanlah dia nak melepaskan peluang untuk keluar dengan
jejaka idaman Sekolah Sri Muzika itu . Dek kerana terlalu terkejut dia
lupa hendak menanyakan siapa yang berikan nombor telefon bimbitnya itu .

Huda pula sedang sibuk melayari Internet . Dibukanya Facebook lalu
terus melihat ke Chat . Dilihatnya satu persatu wajah2 warga Facebook
yang Online itu . " Hurm mana dia ni ! " Rengus hati huda . Ditunggunya
kelibat orang itu untuk online , tetapi masih lagi tidak muncul2 . Kemudian
baru sahaja dia hendak online , terdapat seorang yang menegurnya .
Rupa-rupanya orang itu ialah Nazmi , Walaupun duduk berdekatan
mereka masih lagi suka berchatting di laman sosial . Lebih privasi katanya.
teruk Nazmi kena marah dengan huda kerana kelewatan nazmi itu ,
walaupun itu perkara yang kecil , tetapi huda sengaja sahaja memarahi
Nazmi , Gaduh manja lah katakan .

"Nak Messages ke taknak , nak ke tak nak " ujar Haziq seorang diri .
Risau sekiranya dia hantar messsage itu , tetapi tidak dibalas ataupun
orang itu telah tidur . Dihentak perlahan kepalanya di bantal peluknya
itu . "Ya Allah kenapa gementar sangat ni ! " Jerit Haziq .

Danish pula sedang mengulangkaji pelajaran . Dia sedang cuba sedaya
upaya untuk fokus . Tetapi fokusnya terganggu apabila fikirannya
tak habis memikirkan seseorang . Seseorang yang berjaya menawan
hatinya . Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan wajah
orang yang disukakan itu .


( To Be Continued )
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

0 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi