Cinta Remaja . Part 18

Tengok Disidebar Untuk Part Sebelumnya

Sepanjang perjalanan ke Hospital di mana Erika dan Ayahnya
sedang menjalani rawatan kecemasan , Delaila tak henti2
berdoa untuk mereka berdua .

Sampai sahaja disana , kelihatan makcik erika sedang
menunggu mereka dibawah . Erika merupakan anak yatim
ibunya sudah lama meninggal dunia , jadi dia hanya tinggal
dengan ayahnya sahaja dan kadang kala akan tinggal dengan
makciknya di Johor Bahru . "Makcik mereka macam mana?"
tanya Delaila kepada makcik Erika itu .

Makcik Erika kelihatan muram , dia seperti sedang memikirkan
cara untuk memberitahu Delaila ."Mereka berdua dah tinggalkan
kita Delaila" kata makcik erika itu dengan nada sedih . Delaila
terkedu , mukanya menjadi pucat . tanpa dia sedari ,air mata
dia sudah pun mengalir jatuh kepipi . Semakin lama semakin
kuat bunyi tangisannya , ibunya Puan Salmah sedaya upaya cuba
untuk menenangkan anaknya itu .

***********************************************
Setelah pulang daripada berjumpa Tengku Fuad , Sofea terus
kerumah Elisha untuk mengisi masa lapang dia . Sepanjang
perjalanan ke rumah Elisha , bibir Sofea tidak putus2 dengan
senyuman."Sofea macam mana dating dengan Tengku Fuad?"
usik Elisha . Sofea tersenyum malu mendengar usikan, lantas
menceritakan segala yang berlaku. Sedang mereka berbual
bual tiba2 " Assalammualaikum ! Elishaaa !" jerit gadis
itu . Elisha dan Sofea terkejut lalu melihat diluar . Rupa2nya
Huda yang datang . "Amboi macam tahu2 je kitaorang ada perjumpaan
gossip hari ni" kata sofea kepada huda . Huda ketawa mendengar
kata2 Sofea itu . Sebenarnya dia hendak menceritakan sesuatu kepada
Elisha , tetapi tidak sangka pula Sofea pun ada . Lantas dia dengan
wajah yang tidak malu mengambil biskut yang disediakan di meja
itu dan makan . "Amboi huda buat macam rumah sendiri nampak?"
perli Elisha . Huda ketawa lalu berkata "Aku ada cerita terbaru ni!
nak dengar tak?" . Mendengar sahaja perkataan " Cerita Baru"
itu Sofea dan Elisha dengan segera duduk berhampiran huda.

"Korang tahu tak yang haziq dah couple balik dengan Ex Girlfriend dia?"
Ternganga Elisha dan Sofea  , Sofea tak sedar pun biskut yang terjatuh
ke kaki dek kerana terlalu terkejut . "Seriously!?" jerit Elisha dan Sofea.
" But mana kau tahu ?" sambung Sofea . "Nazmi yang cerita kat aku,
haziq minta couple balik" kata huda dengan nada serious . "Wait,
aku rasa kita jangan cerita benda ni dekat Delaila , nanti jadi lagi
teruk weyh" ujar Elisha . "But nanti lambat laun Delaila akan tahu
jugak kan ? " tanya Sofea . "Yes memang lambat laun dia akan tahu,
tapi not know , lagi2 time Delaila tengah happy sekarang ni. maklumlah
kawan sejak kecil dia tu kan datang sini . Taknak lah spoilkan mood dia"
kata Elisha . Sebenarnya mereka bertiga masih lagi tidak tahu tentang
kemalangan itu , sebaliknya mereka ingat Delaila kini sedang bersiar siar
dengan Erika .


Pada Waktu Malam , Di bilik Delaila.
Dari petang tadi Delaila tidak henti2 menangis , nasi yang ibunya bawakan
untuknya juga tidak disentuh . Jenazah Erika dan Ayahnya selamat dikebumikan
berhampiran dengan kubur ibunya . Sedang Delaila termenung , dia teringat
sampul surat yang diberikan . Perlahan lahan Delaila membuka sampul
surat itu . Dibacanya segala perkataan yang ditulis Erika sendiri . Delaila
dengan serta merta menangis teresak esak .


Kepada Delaila yang kusayangi.
Delaila , Aku minta maaf sebab aku terpaksa tinggalkan kau
aku harap kau jaga diri kau , jangan terlalu ikutkan perasaan sedih
kau tu . Jangan risau , aku pergi bukan untuk selama lamanya .
Aku pasti akan kembali berada di sisi kau semula, mana boleh
aku tinggalkan kawan yang manja macam kau ni kan ? Kau lah
satu satunya rakan yang sentiasa berada disisi aku ketika ibu
aku pergi tinggalkan aku untuk selama lamanya . Ingat lagi tak
masa tu aku langsung taknak berganjak dari kubur arwah
ibu aku tu?
Masa tu kau setia berada disisi aku , walaupun hujan turun dengan
lebat kau sanggup payungkan aku . Aku betul2 terharu waktu itu,
kau motivate aku balik , kau cuba untuk menaikkan semangat aku
balik . Tiap2 hari kau akan buat sesuatu yang menggembirakan
hati aku .
Tapi semuanya berlaku dengan pantas , aku terpaksa pindah ke
tempat lain . Waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa
sedihnya aku . Tiap2 hari aku tengok gambar-gambar kita
bersama , tiap2 hari juga aku menangis ingatkan kau .
Bagi aku , kaulah rakan aku yang paling aku sayang .
Ingat Delaila , walau apapun terjadi  Jangan pernah lupakan
aku . Disini aku sertakan gambar2 kenangan kita , dan
juga ada hadiah untuk kau :) Tengoklah di kotak tu !

"Friendship Never Die , Remember That"

Delaila membuka sampul kotak itu dengan perlahan , setelah
dibuka dia lihat ada banyak gambar2 kenangan dia dan Erika.
Gambar dia sedang mencubit pipi erika , gambar dia sedang
berjalan dengan erika dan banyak lagi . Kemudian dia
lihat lagi isi kandungan kotak itu , kelihatan satu Frame besar
yang tertulis "Always Remember Me" . Di situ mempunyai
gambar Erika sedang menunjukkan nama Delaila di kertasnya.
Delaila tidak mampu lagi menahan perasaannya itu .Dia
menangis dengan teresak esak sepanjang malam itu .

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

CikTeddyCorner berkata...

dh part 18?oh mai.. >,<

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi