Pada Waktu Balik
Faizal menemani Elisha pulang kerumah . Risau dia dengan keadaan
kekasihnya itu yang sedari tadi langsung tidak bercakap . Sofea,
Huda dan Delaila pun turut risau lihat keadaan rakan mereka itu .Tapi
apa boleh buat . Mereka hanya perlu tunggu guru memberi markah sahajalah.
Setibanya depan rumah Elisha " Elisha , jaga diri ya . InsyaAllah keputusan
awak elok nanti " pujuk Faizal . Elisha hanya mengangguk lalu berlalu
pergi ke dalam rumahnya meninggalkan faizal berseorangan ..
Di Kantin
" Sofea awak balik lambat ke hari ni ? " tanya Danish . Sofea hanya
mengangguk . Malas dia hendak menjawab pertanyaan itu . Lagi2
bila si Alisa itu berada disebelah danish . "Perempuan ni tak penat
ke berhimpit dengan lelaki 24 jam" kutuk Sofea di dalam hati .
Sedang sibuk Sofea melayan perasaan tiba2 , SPLASH! Sofea
terjerit tatkala air tiba2 sahaja terkena di kainnya . Sofea bingkas
bangun untuk memarahi orang itu kerana cuai ketika membawa air.
Belum sempat Sofea hendak memarahinya , tiba2 ada suara yang
meminta maaf berulang kali kepadanya . Dilihatnya seorang lelaki
yang berwajah cina , di pipinya mempunyai lesung pipit . Sememang
nya mana2 perempuan pun akan mudah cair dengannya . Rupa2 nya
lelaki itu ialah tengku Fuad yang merupakan pelajar kelas 5 Melodi.
" Maaf ! Saya betul2 tak sengaja ! " kata Tengku Fuad . Dia berasa
serba salah kerana tertumpahkan airnya di kain orang . Kalau dia yang
terkena pun sudah pasti dia akan berasa marah . Sofea yang dari tadi
terkedu melihat wajah Tengku Fuad itu mula sedar apabila Danish tiba2
sahaja mencelah " Kau ni tak ada mata ke ?! " terkejut dengan jerkahan
Danish kepada Tengku Fuad itu . Sofea dengan segera masuk campur untuk
mengelakkan pergaduhan . "Its okay ! Jangan risau nanti dia kering lah"
kata Sofea kepada mereka . "Betul ni okey ? " tanya Tengku Fuad untuk
meminta kepastian . Sofea mengangguk sambil tersenyum . "Haih kenapa
lah selama ni aku tak perasaan kewujudan dia" bisik hati Sofea. Tengku
Fuad berasa lega apabila Sofea tidak memarahinya , jadi sebelum dia
beredar sekali lagi dia meminta maaf kepada sofea .
Sementara itu
"Huda exam tadi okey?" tanya Nazmi . " Okey, awak okey tak ? " . Nazmi
hanya mengangguk . Setiap hari dia dan huda akan bersama sama pulang
kerumah kerana mereka berdua merupakan jiran . Jadi tiap2 hari mereka akan
berjumpa walaupun bukan hari persekolahan . Ibubapa mereka juga rapat
diantara satu sama lain . Bak kata Delaila " Jodoh Lettuw" . Huda dan Nazmi
berbual dengan gembira sepanjang perjalanan pulang mereka itu . "Delaila !"
Jerit Haziq. " Apa bendalah ? " tanya Delaila . Hari ini delaila balik jalan
kaki kerana ibunya tidak dapat jemputnya kerana ada urusan . Sebaik sahaja
haziq tahu mengenai itu , Haziq dengan serta merta melantik dirinya sebagai
pengawal Delaila pada hari itu .
" Kau ni kenapa? kan aku cakap hari ni aku jadi pengawal kau ! tak ingat
ke? " kata Haziq . Delaila mengerutkan dahinya sambil berkata "Eh aku tak
lantik pun kau jadi pengawal aku . Memandai je kau ni!" . Haziq ketawa melihat
telatah rakan baiknya itu . Rasanya sudah lama haziq dan Delaila tidak berjalan
sama2 . Jadi apabila ada peluang untuk berjalan sama2 , tentulah haziq akan
cuba sedaya upaya untuk menyakat rakannya itu sehabis mungkin . Delaila dan
Haziq , tetap berkawan walaupun selama ini mereka sering bertengkar .
(To Be Continued)
p/s : Aku tengah exam . Tolong doakan aku :'(
0 Itik gebo-gebo:
Catat Ulasan