Cinta Remaja . Part 14

Tengok Disidebar untuk Part sebelumnya .


 Di dalam kelas
"Delaila ni kertas awak , hari tu saya lupa nak bagi" kata syahrul
sambil menghulurkan kertas itu . Delaila yang sedang membaca buku
itu kelihatan terpinga pinga . Dia sebenarnya terlupa tentang kewujudan
kertas itu ." Kertas apa tu ? " tanya Delaila sambil mengerutkan dahinya.
Syahrul ketawa melihat telatah rakannya itu "ni kertas Hari Guru minggu
lepas tulah" kata syahrul. " Oh okey dah ingat thanks ! " Kata delaila
sambil mengambil kertas itu . "Kenapa tak buang je . Bukannya ada
guna lagi " Bisik hati Delaila.

Sementara itu 
"Eh minggu depan dah exam , kau tak cuak ke?" tanya Elisha kepada Sofea
dan Huda . "Cuak lah jugak , ujian yang lepas dahlah result teruk" kata Huda
dengan nada risaunya . " Eh teruk apanya , kau dapat 4A kan okay lah tu"
kata Sofea . "Entah kau ni Huda , bersyukurlah dapat 4A, dari kitaorang ni
2A je" Sambung Elisha . Huda hanya mendiamkan diri sahaja, malas dia
hendak menyambung pertengkaran itu , nanti jadi lain pula . Delaila yang
sebentar tadi sedang berbual dengan syahrul tiba2 mencelah " Korang 
tengah gosip pasal apa ni? " tanya Delaila . "Hish kau ni, mana ada kitaorang
bergosip , kitaorang cerita pasal examlah . kan minggu depan dah exam"
marah Elisha .

Perbualan mereka itu terhenti apabila guru matapelajaran Matematik
sudah pun masuk ke kelas .

Selesai Persekolahan
Di Rumah Elisha
"Elisha minggu depan exam kan ? ibu nak elisha buat betul2 jangan ada
yang gagal . Faham ? " Kata Puan Aini kepada anak daranya itu . "Ya
ibu" pendek sahaja jawapan Elisha . Maklumlah Elisha sedang sibuk
berchatting dengan kekasih hatinya Faizal . Puan Aini hanya mampu
mengeluh melihat perangai anak perempuannya itu .Sejak anaknya
itu bercinta , Puan Aini sedar yang anaknya sudah mula leka , dan
kurang belajar . Dia risau anaknya tidak dapat keputusan yang baik untuk
SPM nanti .


Pada Minggu Peperiksaan
Kesemua pelajar kelas 5 muzik sudah pun duduk ditempat masing2
untuk menjalani peperiksaan.Walaupun ini hanya peperiksaan biasa
tetapi perasaan yang mereka rasai seperti hendak menjalani peperiksaan
SPM sahaja . Delaila belum lagi mula peperiksaan , dia sudah mengantuk
dek kerana tidak cukup tidur angkara " Belajar Last Minute".Huda
kelihatan tenang seperti biasa .Sofea ada sedikit riak wajah gelisah .
Elisha pula dari tadi ulang alik pergi ke tandas sebelum masuk ke kelas.
Mungkin dia takut hendak menjalani peperiksaan kerana dia langsung
tidak mengulangkaji pelajaran walaupun telah ditegur oleh ibunya.
Haziq , Danish , Faizal dan Nazmi berkelakuan seperti tiada apa yang
akan berlaku . Pada Hari pertama peperiksaan kelapan lapan sahabat
itu dapat menjawab dengan baik walaupun ada yang mereka " Hentam"
Kelas 5 Muzik merupakan kelas Sains . Jadi subjek Biologi merupakan
subjek yang ditakuti mereka semua . Selama 5 hari mereka menjalani
peperiksaan . Selepas itu akan ada cuti penggal . Selepas cuti guru2
sudah pasti akan berikan keputusan peperiksaan itu kepada semua pelajar .
Sememangnya perkara itu yang tidak disukai oleh semua Pelajar2 di sekolah .

Selesai Peperiksaan 
"Argh leganya periksa dah habis ! " Jerit Delaila di depan pintu kelasnya .
Maklumlah tempat duduknya betul2 di tepi pintu hadapan . Jadi senanglah
dia nak ambil angin disitu jika guru belum masuk ke kelas. "Eh cuti ni kau nak
pergi mana? " tanya Sofea kepada Delaila . Delaila hanya mengangkat bahu
tanda tidak tahu . Sememangnya dia malas hendak fikir perkara2 itu .
Elisha kelihatan monyok sahaja dari tadi . Huda pula sibuk memeriksa
jawapan2 yang ditandanya di kertas soalannya itu .

"Nazmi macam mana exam tadi okey tak?" tanya Faizal . Nazmi langsung
tidak mengeluarkan suara ,dia hanya menunjukkan " Thumbs Up"sahaja.
Haziq dan Danish selesai sahaja exam , mereka terus bermain baling2
kertas dibelakang . Sememangnya diorang itu masih lagi tidak matang
sepenuhnya . Sedang Elisha bersendirian di tempat duduknya tiba2
Faizal datang menegurnya"Elisha awak okey tak?".Elisha hanya
mengangguk tidak bermaya.Faizal yang risau mula bertanya lagi
"Elisha cerita lah awak ni kenapa?"desak Faizal.Elisha kemudiannya
mula bersuara,di matanya sudah kelihatan air mata yang sedikit sahaja
lagi hendak berjurai jatuh ke pipinya yang putih itu "Exam tadi , saya 
langsung tak tahu jawapan dia . Banyak soalan yang saya tinggalkan
kosong . Saya takut saya gagallah" ngadu Elisha kepada Faizal .Faizal
terdiam seketika sebelum mula memujuk kekasihnya itu "InsyaAllah
awak tak gagal , tak apa awak dah cuba buat yang terbaik kan"
pujuk Faizal .

( To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

0 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi