Cinta Remaja . Part 19

Tengok Disidebar untuk part sebelumnya

Pagi-pagi lagi Delaila sudah pun keluar dari rumahnya.
Ibunya puan salmah bersimpati melihat anak perempuan
nya itu yang langsung tidak makan dari semalam .

Delaila pergi ke suatu tempat , tempat yang penuh dengan
memori dia dan arwah erika . Dia duduk di rumput2 yang
menghijau itu , dibawah  pokok rendang . itulah satu2 nya
pokok rendang yang masih lagi hidup disitu . di pokok
itu kelihatan 1 buaian kayu usang sedang tergantung . Delaila
melihat buaian itu dengan penuh perasaan pilu . Disitulah
bermulanya persahabatan dia dan Erika .
*************************************************
Delaila dan Erika berumur 8 tahun
" awak tak apa2 ke?" tanya Delaila . Erika yang sedang menangis itu
terbangun kerana terkejut ditegur oleh orang yang tidak dikenalinya.
"Awak ni siapa?" tanya Erika selepas mengesat air matanya itu.
"Saya Delaila , awak ?" tanya Delaila sambil tersenyum . Dia tidak
mahu budak itu takut dengan dia . "Erika" perlahan sahaja dia menjawab.

"Oh hai Erika" sapa Delaila dengan mesranya . Erika hanya menundukkan
kepalanya sahaja , dia masih lagi kelihatan takut dengan Delaila.Delaila
cuba untuk bermesra dengan dia " Awak buat apa dekat sini? selalu saya
tak nampak pun awak." tanya Delaila . "tak ada apa2 , ini first time saya
disini. Tempat ni cantik jadi saya duduk disini sekejap" jawab Erika.
Delaila tersenyum , dia lega kerana Erika mula selesa dengan dia .
"Oh tempat ni memang cantik , saya suka sangat duduk disini setiap
hari , buaian dekat pokok tu pun ayah saya yang buat" kata Delaila
dengan mesranya . "Awak tak marah ke saya duduk sini?" tanya Erika.
Delaila hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Kalau awak nak datang ke sini tiap2 hari pun saya tak kisah !" kata
Delaila dengan terujanya . Erika tersenyum mendengar kata2 itu ,
"Jom saya hayun awak dekat buaian tu nak?" sambung Delaila lagi .
Erika kelihatan gembira dengan pelawaan itu , lantas dia duduk
di buaian papan kayu itu . Sambil Delaila menghayun , dia sempat
bertanya " Kenapa awak menangis tadi?" . "saya baru pindah 
disini, saya tak suka . Lagipun saya tak ada kawan kat sini" jawab
Erika dengan nada sedih . "Oh kalau macam tu apa kata saya jadi
kawan awak? nanti kita sama2 boleh jaga tempat ni kan?!" kata
Delaila.Pada waktu itu bermulalah persahabatan mereka berdua
sehingga lah sekarang .

*************************************************

Sedang Delaila mengenang kembali kisah dia dan erika.
Syahrul yang kebetulan berada disitu untuk bermain
bola ternampak dia dari jauh . " Delaila?"

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

CikTeddyCorner berkata...

ye sy delaila..ekeke

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi