Cinta Remaja . Part 26

Tengok Disidebar untuk part sebelumnya


Setelah Tamat Persekolahan

Di kelas 5 Musik

"Eh Elisha , tahu tak yang Haziq dah putus dengan Amira?"
tanya Huda ."Bila ? kan diorang baru je"  "Ingat tak
hari tu time kita lepak dekat taman , lepastu haziq tiba2
je minta diri dulu . hah time tu tulah dia minta putus"
"Mana kau tahu Huda?" tanya elisha . "Semalam
Nazmi cerita dekat aku" . Tanpa mereka sedari Delaila
yang berada dibelakang mencuri dengar perbualan mereka .
"Haziq putus dengan amira?" soal hati Delaila .

Memandangkan exam dilakukan sebelum cuti persekolahan
jadi guru2 selalunya akan memberikan markah2 ujian itu
sewaktu naik cuti persekolahan . Jadi ramailah pelajar yang kecut
perut apabila melihat kertas2 ujian mereka berada di tangan guru
mereka . Elisha yang paling takut kerana dia langsung tidak membuat
apa2 persediaan , satu persatu kertas ujian mereka terima . ada yang
gagal , ada yang lulus , ada yang cukup2 makan .

Elisha termenung sendirian melihat keputusan peperiksaannya itu ,
Mathematic Tambahan dan Biologinya gagal . Dia tidak tahu bagaimana
hendak menyerahkan keputusan peperiksaan itu kepada ibubapanya .
Delaila dan rakan2nya puas menenangkan dia , tapi tetap tidak berhasil.
Faizal juga tidak ketinggalan untuk memujuk kekasih hatinya itu ,
tapi gagal .

Setelah tamat hari persekolahan, di rumah Elisha

"Elisha , result dah dapat ? " tanya ibunya Puan Aini . Elisha langsung
tidak menjawab pertanyaan ibunya itu . " Elisha?! Dengar tak ibu cakap
apa ni?" kata Puan Aini dengan nada marah . "Dengar ibu .." jawab Elisha
dengan nada yang perlahan . "kalau dengar kenapa tak jawab bila ibu tanya?
kamu dah dapat result belum?" marah puan Aini . Elisha hanya menangguk sahaja.
"Bagi sini kat ibu , ibu nak tengok" perintah Puan Aini .

Elisha berjalan dengan perlahan lahan untuk mengambil result peperiksaannya
itu , setelah mengambil , dia pergi semula ke arah ibunya . Waktu itu tangan
Elisha mengigil ketakutan , risau ibunya mengamuk  melihat keputusannya itu .

"Ya Allah Elisha ! kenapa sampai 2 gagal ni ?!" tengking Puan Aini . Elisha
hanya tunduk , langsung tidak berkata apa2 . " Tu lah bercinta lagi ! Sudah!
lepas ni ibu tak mahu Elisha ada hubungan lagi dengan si Faizal tu !" .
Terbeliak mata Elisha apabila mendengar kata2 ibunya itu , " Tapi ibu.."
belum sempat Elisha menghabiskan kata katanya ibunya sudah mencelah
"Tak Ada tapi2 ! , mulai hari ni handphone Elisha , ibu yang pegang ! Nak 
keluar jumpa kawan pun sekali seminggu sahaja ! " perintah Puan Aini .

Elisha masuk ke biliknya dengan wajah yang muram . "Salah aku juga,
sebab tak belajar .." ngadu dia seorang diri .

( To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Pwincess berkata...

Garangnya ibu Elisha. Ehehe =D

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi