Cinta Remaja . Part 25

Tengok Disidebar untuk Part sebelumnya

Sementara itu Di Taman


Sedang haziq sibuk makan makanan ringan bersama rakan
rakannya itu itu , tiba2 telefon bimbitnya itu berbunyi .
Dilihatnya telefon bimbitnya itu  , rupa2 nya itu panggilan
telefon daripada Amira . Haziq menjawab panggilan
telefon itu , riak wajahnya serius sahaja . Langsung tiada
reaksi gembira apabila kekasih hatinya itu menelefon .
Selesai bercakap , Haziq bangun untuk pergi berjumpa dengan
Amira .

"Haziq kau nak pergi mana?" tanya Nazmi. " Aku ada hal , sorry
semua " terang Haziq lalu berlalu pergi . Langsung tiada senyuman
di bibirnya . Sampai sahaja di kedai makan itu , Haziq segera
mencari kelibat Amira . "Haziq ! " jerit amira dari jauh . Haziq
segera pergi kearahnya . " Haziq , duduklah . kenapa berdiri je ni?"
tanya Amira dengan wajah keliru . Dia langsung tidak mengetahui yang
rahsianya sudah terbongkar .

Haziq langsung tidak mengendahkan pertanyaan Amira , lantas dia
terus bertanya " Kenapa awak tipu saya ? " " Tipu ? tipu apa?"
kata Amira dengan nada ketakutan . "Sudahlah mira , saya tahu
semalam Delaila ada call saya , and awak yang jawab . Kenapa
awak bagitahu Delaila yang saya busy ? kenapa  awak menipu
saya dengan cakap awak call kawan awak? " tanya Haziq .

Muka Amira menjadi pucat , dia terdiam tidak mampu bercakap
apa2 . "Saya ingat awak dah berubah mira , sebab tu saya kembali
pada awak . Tapi saya salah" Sambung haziq dengan wajah yang kecewa.
"Saya minta maaf haziq .. saya tak mahu Delaila ganggu hubungan kita lagi"
akhirnya Amira bersuara .

"Lagi ? maksud awak , awak salahkan Delaila hubungan kita pernah terputus
dulu ? " tanya Haziq . Amira hanya mengangguk . Haziq mengeluh , dia tidak
sangka Amira berfikir sebegitu rupa . " Amira .. Delaila langsung tak ada kena
mengena dengan punca kita putus dulu " terang Haziq . Amira dengan tiba2
menjadi marah apabila Haziq membela Delaila . " Tak ada kena mengena ?
Apa awak ingat saya suka ke tengok awak rapat2 dengan Delaila? Awak
selalu sangat bela dia kan!?" tengking Amira. " Delaila tu kawan saya awak,
mestilah saya bela dia"  "Ah sudahlah , saya tak percaya!"

"Dah tu takkan lah awak nak saya putuskan hubungan dengan Delaila?!" marah
Haziq . "Ya ! saya lebih suka kalau Delaila tu tak pernah wujud !" "Amira!!"
jerit Haziq sambil menghentak meja itu . Amira terdiam melihat wajah Haziq
yang betul2 marah itu , "Saya tak kisah kalau awak nak kutuk saya, tapi
jangan babitkan Delaila ! " kata Haziq dengan amarahnya . "Saya minta maaf 
Amira , saya tahu kita baru je couple semula. Tapi saya rasa hubungan kita
ni tak akan berkekalan . Jadi selepas ni saya tak mahu jumpa awak lagi"
sambung Haziq lalu berlalu pergi . "Haziq !" jerit Amira . Tetapi jeritannya itu
tidak diendahkan .

*********************************************************

"Haih tadi Danish pergi , sekarang Haziq pula" ngeluh Faizal . Sofea,Elisha
Delaila, Huda dan Nazmi hanya mengangguk sahaja . Masing2 pening
memikirkan dua orang rakan mereka yang tiba2 sahaja berkelakuan pelik .

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Tanpa Nama berkata...

Ah! Pertama kalinya saya baca story dari Malaysia. Seru! Eh, tapi ceritanya sedih, deh. :'D

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi