"Okay Guys semua benda dah settle belum ?" Tanya Delaila dengan paniknya.
Sebenarnya mereka sedang menghadapi kesusahan kerana alat pembesar
suaranya tidak berfungsi . Jadi mereka kenalah fikirkan jalan penyelesaian
sebelum terlambat . " Alhamdullilah ! Microphone ni dah okey lah ! " Jerit
Haziq kepada Delaila sambil tersenyum . Semua orang yang berada di situ
telah tersenyum lega termasuk juga Delaila .
Setelah upacara memberi hadiah kepada guru-guru yang mereka minat.
Pelajar2 semua telah pun berkumpul di dewan utama untuk menonton
segala persembahan yang telah dirancang . Guru-guru sudahpun duduk
dihadapan bersama sama Pengetua Sekolah Sri Muzika . Orang yang paling
sibuk sudah semestinya Delaila, dia perlu memastikan kesemua peserta yang
ingin membuat persembahan sudah bersedia sepenuhnya .
Persembahan pertama ialah persembahan Sajak yang dideklamasikan oleh
pelajar Tingkatan 3 . Seterusnya ada persembahan teater yang dilakonkan
oleh pelajar kelab teater , kemudian persembahan Ahli Silap Mata .
Semestinya Pelajar pelajar di Sekolah Sri Muzika ini mempunyai pelbagai jenis
bakat2 yang hebat . "Eh mana peserta yang akan buat persembahan lepas ni?!"
Jerit Delaila di belakang pentas , " Maaf Delaila kitaorang rasa kitaorang tak
boleh buat persembahan lah" ujar lelaki itu . Delaila terkejut mendengar ujaran
lelaki itu . "Kenapa pulak ?" tanya Delaila .
" Ni hah Gitar elektrik ni tak dapat nak berfungsi dengan elok , Gitar akustik
pula tiba2 sahaja rosak, kami sendiri tak tahu kenapa" kata lelaki itu dengan
wajah yang bingung . " Takkan tak ada gitar spare ? " tanya Delaila . Semua
orang yang berada disitu hanya menggelengkan kepala . "Kebanyakkan gitar2
yang lain , Cikgu Shah dah bawa pergi repair and ada yang dibawa ke tempat
lain untuk kumpulan gutarist yang akan bertanding esok, Hanya ni sahaja yang
tinggal" jawab Sofea . Delaila bingung, dia tidak tahu hendak buat apa . Selepas
ini mereka perlu naik keatas untuk membuat persembahan . Tetapi Malang
tidak berbau, Gitar tiba2 sahaja buat masalah . Sedang Delaila terduduk
kebuntuan,tiba2 Syahrul yang kebetulan berada di situ memberikan idea .
"Apa kata biarkan saya yang bermain piano selepas ni? kita nyanyi dengan
iringan piano sahaja . Boleh kan ? " tanya Syahrul .
Delaila tiba2 sahaja bangun dan menjerit " Bagus !! Thanks Syahrul !"
Sofea yang berada disebelahnya hampir sahaja hendak gugur jantungnya
terkejut dengan reaksi kawannya yang terlebih itu . " Okey Sofea cepat
siap sedia kat atas , Just sing okey ! Buat macam biasa " arah Delaila.
Sofea akur dengan arahan Delaila , mujur dia sudah arif menyanyi bersama
iringan piano jadi tiada masalah baginya . "Tunggu Syahrul kau tahu ke note
muzik untuk lagu ni ? " tanya Haziq . Risau dia sekiranya Syahrul tidak tahu .
Syahrul mengangguk sambil tersenyum lantas segera naik ke atas pentas .
(To Be Continued)
Cerita ini rekaan semata mata
1 Itik gebo-gebo:
hbes baca part nie :)
Catat Ulasan