Lagu Bawaku Pergi - Zizan & Kaka Diharamkan ?

Assalammualaikum !
Salam Satu Malaysia !

Baiklah hari ni aku nak 'cerita' pasal kontroversi  Lagu
Bawaku Pergi tu . Bagi aku serious TAK LOGIK bila
lagu tu diharamkan . Eh kenapa lagu lagu barat yang berunsur lucah
semua tu tak nak haramkan ? Kenapa mesti lagu orang melayu kita
sendiri kita nak haramkan ? Sangat TAK ADIL .


Berikut adalah kenyataan Malique :

Kata Malique, pada tahun 1998, beliau menulis lagu Pergi Jauh untuk isterinya. Lagu itu berkisar kisah mereka yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali, Indonesia. Kemudian, pada tahun 2012 pula, beliau menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh. Lagu ini berkisar mengenai kehidupannya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ.
Pada asalnya, lagu Bawaku Pergi adalah lagu Ella berkolaborasi dengan saya, tetapi diberikan kepada Kaka dan Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang niat lagu tersebut.
Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan daripada pihak berkuasa yang telah menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang lain. 
Rasanya memang patut si Malique tu menuntut keadilan . Tak adil lah untuk dia kalau tiba2 je lagu dia diharamkan tanpa disoal or dibicarakan . Mana hak dia sebagai penerbit lagu tu ?
Dan ini pula komen Zizan 
ZIZAN RAJA LAWAK atau nama sebenarnya, Zizan Razak ketika dihubungi Kosmo! semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontrovesi lagu tersebut. Katanya: “Saya minya maaf kepada semua pihak. Saya menghormati pendirian Warner Music untuk tidak masuk campur dalam hal ini.” Sehubungan itu, Kosmo! menyiarkan sedutan temu bual bersama Zizan sewaktu majlis pratonton filem terbaharu lakonan Zizan, Jangan Pandang-Pandang di TVG Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpurpada Rabu lepas.
Kosmo!: Zizan, lagu Bawaku Pergi telah mengundang spekulasi di Internet dan di kalangan umum dengan dakwaan bahawa ia sebuah lagu yang mendorong remaja untuk lari rumah bersama kekasih. Boleh komen?
ZIZAN: Saya rasa orang Malaysia tidaklah sebodoh itu untuk lari dari rumah hanya kerana mendengar sebuah lagu. Kalau awak sendiri dengar lagu ini, adakah ia akan pengaruhi awak untuk lari dari rumah?
Pihak yang mendakwa lagu ini sebegitu (mendorong remaja lari dari rumah dengan kekasih) bermula dengan persoalan yang telah menjadi satu kenyataan. Akhirnya kenyataan itulah yang dikeluarkan.
Mungkin itu yang menjadi masalahnya. Mungkin ada orang yang cuba menjatuhkan atau mungkin ada orang yang sekadar bertanya tentang impak lagu ini. Namun, saya tidak salahkan mereka kerana perkara ini boleh tercetus dengan apa cara sekali pun.
Zizan rasa mungkin ada masalah pada lirik Bawaku Pergi?
Pada saya tidak timbul sebarang masalah kerana semasa kami mencipta lagu itu. Ia dicipta dengan ikhlas untuk pendengar rasa enjoy dan fun. Bukan kami ingin susahkan sesiapa dan lagu ini juga telah ditapis sebelum disiarkan di radio. Jadi ia tidak salah.
Jika mahu dikatakan, orang Malaysia memang begitu. Banyak produksi TV atau filem, sebagai contoh, filem KL Drift, tiada pula orang ramai membuat drift sesuka hati di atas jalan raya selepas menonton filem itu.
Kenapa kerana hanya lagu ini mahu digembar-gemburkan berkait dengan isu menggalakkan remaja lari dari rumah dengan kekasih. Lagu itu pun hanya kebetulan sahaja. Pada saya, janganlah doakan perkara buruk pada karya yang baik dan cuba untuk jatuhkan orang.
Jadi adakah Zizan rasa ada pihak yang cuba menjatuhkan Zizan? Ini kerana bukan semua orang suka dan minat pada seseorang artis itu. Ada juga yang tidak menyukai Zizan.
Sudah semestinya. Perkara itu tidak mustahil bagi saya. Mungkin perkara itu datang dari saya juga. Orang tidak suka atau suka, perkara yang memang tidak boleh hilang. Kita hidup di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya. Ada yang suka dan tidak. Ada kontranya. Bagi saya perkara itu memang akan wujud.
Mungkin awak ada nasihat atau apa-apa kata untuk orang yang suka membuat tuduhan sebegitu?
Saya tiada apa-apa yang mahu dikata kepada mereka. Masing-masing ada pendapat dan kita tidak boleh mengubah pemikiran orang. Pada saya, tidak mengapa dan saya akan menjawab apa yang mampu saya jawab sahaja.
Artikel daripada : Kosmo! Online
Betul cakap zizan tu . Takkan lah orang Malaysia ni bodoh sangat sampai dengar lagu je dah boleh fikir nak larikan diri ? Come on . Kalau betul lah , dah lama kot aku lari dari rumah sebab aku tiap2 hari dengar lagu tu . Aku rasa kalau ada yang lari pun maybe sebab tekanan di rumah tu . Bukan sebab lagu .
Aku peminat Zizan Razak . Jangan memain tau =P
Jom ramai2 dengar lagu Bawaku Pergi --> Bawaku Pergi 
Aku sokong Malique (Y) Anda bagaimana ?

credit : Ammboi.com 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

ADA MASALAH . BUNUH DIRI JELAH !!! .

Assalammualaikum !
Salam Satu Malaysia !

Hoyeaah ~ Hari ni aku rajinnya nak update . Maklumlah idea aku dah
puas bercuti dengan London tu . kihkihkih . Kay aku merepek makan kerepek.
Hari ni aku nak membincangkan mengenai BUNUH DIRI  . Tahu apa
itu bunuh diri ? Tahu ? Bagus .

Zaman sekarang ni macam boleh berlaku . Yelah akhir zaman kan .. sudah
jauh dari zaman Rasullulah kita dulu .. Zaman sekarang , putus cinta je
BUNUH DIRI , Gagal UPSR/PMR/SPM/STPM saja BUNUH DIRI .
Ada masalah sedikit  , BUNUH DIRI . Ya Allah . Apalah yang nak
jadi . Bukannya Bunuh diri tu boleh selesaikan masalah pun .Bukannya
lepas bunuh diri kita result peperiksaan kita akan berubah . Banyak
lagi cara lain untuk selesaikan masalah . Bukannya dengan bunuh diri .


” كان فيمن كان قبلكم رجل به جرح , فجزع , فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات . قال الله عز وجل : عبدي بادرني بنفسه , فحرمت عليه الجنة ” .

Ertinya: “Ada seorang lelaki  sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya,dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hambu Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.
Ringkasan Hadith Seorang alim lagi saleh, zahid dan ahli ibadat iaitu al-Hasan al-Basri meriwayatkan dari Jundub bin Abbdullah al-Bajli r.a., beliau menceritakan hadith ini dalam masjid Kufah dengan katanya; “Bahawa Nabi s.a.w. telah menceritakan kepada sahabatnya mengenai seorang lelaki dari umat yang lalu telah luka,  dia tidak sabar menanggung kesakitan dan putus asa terhadap rahmat Allah Ta`ala dan kesembuhan dariNya, disamping   tidak mengharap keredaan Allah kerana lemah imannya dan kurang keyakinan   hatinya terhadap Allah, lalu memotong tangannya,  keluarlah darah tidak henti- henti sehingga dia mati. Allah berfirman; “Hambaku ini merasai lambat untuk mendapat rahmat  dan kesembuhan dariKu dan tidak mampu menangggung ujianKu, lalu segera bertindak terhadap dirinya dengan melakukan satu jenayah, iaitu membunuh diri, dia menyangka dengan perbuatan demikian untuk memindekkan ajalnya,  oleh itu  Aku haramkan dirinya untuk memasuki syurga, siapa yang diharamkan masuk kedalam syurga maka tempatnya ialah nereka”.
"Maka Aku haramkan kepadanya untuk memasuki syurga"  Ya Allah betapa besarnya dosa membunuh diri ini . Jadi sebelum anda hendak bunuh diri tu fikir2 kan lah semula . Ya . Memang kadang2 kita rasa macam dah tak ada guna untuk kita hidup lagi kalau tak habis2 ditimpa masalah . Tapi ingatlah , anda bukan sendirian . Allah sentiasa ada , sentiasa setia untuk mendengar masalah kita . Bunuh diri ni ada macam2 cara , ada yang terjun bangunan tinggi Pavilion , ada yang tikam pisau di perut , ada yang minum racun . Eh tunggu dulu,ada tak nak bunuh diri dengan suruh lembu langgar kita ? .  
Hadis Abu Hurairah r.a Katanya :
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya
.
Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.

Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.

Haaa , dah baca ? Takut ? Kalau takut janganlah buat . Harap lepas ni tak ada lagi kes bunuh diri . Hargailah nyawa kita.
BUNUH DIRI TAK AKAN MENYELESAIKAN MASALAH . BERDOALAH KEPADA YANG MAHA ESA



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 29

Di Studio 


Sewaktu sedang menumpukan perhatian pada pelajaran Muzik ,
Elisha yang duduk disebelah Faizal mula rasa gelisah kerana
ingin memberitahu tentang kejadian yang berlaku dirinya hari itu .
"Faizal .. " bisik Elisha di sebelah Faizal untuk mengelakkan cikgu
tahu mereka tidak memberikan perhatian . Faizal memandang Elisha
lalu bertanya " Ya ? " " Lepas ni , saya nak jumpa awak sekejap,
ada sesuatu perkara yang perlu kita bincangkan" " Oh okey" jawab
Faizal sambil tersenyum .

Sofea masih lagi memikirkan tentang Danish . Dia tidak tahu betul
atau tidak tindakan dia itu , " Mungkin aku patut tanya dia dulu, ah !
bodohnya aku" kata Sofea sambil mengetuk kepalanya sendiri .
"Kau kenapa ketuk kepala sendiri ?" kata Delaila yang terkejut
melihat rakannya itu mengetuk kepala sendiri . " Eh . Tak ada apa2 lah"
jawab Sofea dengan keadaan yang cemas .

"Danish kau okey ke ?" tanya Nazmi yang sedar akan perubahan sikap
kawannya itu . "aku okeylah , apahal tanya?" jawab danish dengan wajah
yang muram . " Takdelah , tadi kemain happy kau . Ni tiba2 je muram"
"Tak ada apa2 lah , aku cuma pening je.." jawab Danish sambil membuat
muka seperti orang sakit . Nazmi hanya berdiam sahaja mendengar jawapan
Danish itu .

********************************************************
Setelah tamat kelas muzik , elisha dan faizal berjalan beriringan ke kelas mereka
Fikiran Elisha ligat memikirkan ayat yang sesuai untuk menjelaskan kepada
Faizal . "Hoi , tadi kata nak bincang sesuatu dengan saya" kata Faizal sambil
memetikkan jarinya di muka Elisha yang sedang termenung itu ."Yelah, sabarlah
dia ni pun" jawab elisha sambil mencebikkan mulutnya . "Cepat ,cepat ,cepat"
kata Faizal sambil menjentik jentik bahu elisha . Elisha memukul faizal kerana
rimas dikacau . "Main2 lah dia ni hish!" marah elisha .

"Awak , semalam saya tunjuk kat ibu saya result saya tu .." kata Elisha .
"Habis macam mana? Mak awak marah tak ?" "Eh mestilah marah..
kan banyak gagal , awak ni pun .." "Then? " " Huh...saya dah tak boleh
guna handphone lagi , kalau nak keluar pun seminggu sekali .. and.."
"And??" tanya Faizal .  "Ibu saya dah tak bagi saya bercinta dengan awak lagi"
kata Elisha dengan nada yang sedih .

(To Be Continued)


bukan mudah nak cari idea untuk cerita ni . Harap maaf kerana lambat .


Eh ada ke yang baca ??
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

SEGMEN DITUTUP . 3 KISAH MENARIK PEMENANG DISINI !!

 

Assalammualaikum !
Salam Satu Malaysia !

Baiklah dengan lafaz bismillah segmen Jom Kongsi Kisah Zaman Kanak2
ditutup . Walaupun yang join tak seberapa tapi at least ada juga yang
sudi join . Terima kasih sangat2 yang sudi kongsikan cerita anda disini.
Seronok okey baca kisah diorang semua ni hahaha =D . Ada 11 orang
yang join tapi seperti yang aku tuliskan di entry Segmen tu ,aku
akan postkan semula kisah menarik mereka disini :)  . Tapi bukan
secara keseluruhan lah nanti tak best lah orang tak datang kat blog pemenang
tu kan ? :)


Pemenang Pertama 

Bila dah azan maghrib, baru aku dengan adik aku terkedek-kedek nak balik rumah. Sepanjang jalan kaki nak balik tu, mesti dah fikir siap-siap dalam kepala otak " Mak mesti kunci pintu tak bagi masuk kan ?". And guess what ?? Selalunya yang kitorang fikir macam tu memang akan jadi kenyataan. Sedih tahuu kena kurung kat luar rumah ???? Sobs.
Actually sedih campur malu. Ye lah, masa tu kan dah maghrib, tengok kiri kanan rumah jiran anak-anak diorang semua dah mandi dah siap nak pergi mengaji. Aku dengan adik aku ?? Duduk kat luar tercongok tunggu mak bukak pintu. Tu lah, degil lagiii ! Hambek kau padan muka. Mbahaha.

Ingin Mengetahu kisah dia dengan lebih lanjut?
TEKAN SINI ! :) FOLLOW LAH SEKALI :)

Pemenang Kedua

 Dulu kalau keluar pagi pagi mesti sampai tengah hari , rumah aku tepi padang ja so bila nampak kereta mak aku balik tengah hari tu lari sekuat hati sampai rumah . Harhar , tapi tetap kantoi and aku akan buat every day . hoho . Kalau isnin hingga jumaat lepas balik sekolah jaa mesti salin salin baju then keluar merayau merata . 
Aku memang suka main panas dulu nie . Aku ingat lagi dulu ada pakcik jual sate ikan , aku dengan kawan kawan aku duduk atas pokok asam then kami baling baling buah asam tu kat pakcik jual sate . nakal gila , then kalau ada orang lalu jaa mesti buat suara hantu . haha , pokok asam tu dekat tepi jalan jaa tapi sekarang dah tak ada ;(


Ingin Mengetahui kisah dia dengan lebih lanjut 
TEKAN SINI ! :) FOLLOW LAH SEKALI !

Pemenang Ketiga

dulu aku dengan kawan-kawan aku selalu main batu bata dekat belakang rumah aku.batu bata tu tak digunakan dah. so aku dengan kawan-kawan aku mainlah.tiap-tiap hari kitaorang tukar susunan batu batu tu.kadang-kadang jadi restoran, kadang-kadang jadi pejabat, kadang-kadang jadi bas.banyak susun dari main sebenarnya. tapi seronok

Ingin Mengetahui kisah dia dengan lebih lanjut ?
TEKAN SINI! FOLLOW LAH SEKALI !

Terima kasih kerana sudi join segmen saya yang tidak seberapa ni
oh ya kalau dah baca entry diorang tu ,ringan2 lah tangan tekan
button FOLLOW ya :) . *Kalau artis laju je korang follow* kihkihkih

Actually peserta yang lain pun kisah dia menarik jadi janganlah
sedih2 takmao takmao takmao hihik . Once again Thank you
everyone . 

Oh ya aku ada terfikirkan satu segmen untuk Hari Kemerdekaan
nanti hikhik . Harap2 makin ramai lah yang join nanti  . 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Kau Pakai Baju Kurung , Kau Ketinggalan Zaman !

Assalammualaikum !
Salam Satu Malaysia !

Eh Eh  tidak tidak jangan nak caci maki aku dulu sebelum
kau baca Post aku ni . Siapa2 yang maki aku tu sah
Buta Huruf . Kihkihkih

Baiklah dalam Entry yang Berlabel Entry Sentap Menyentap
dimana aku akan memperli orang dengan cara yang cukup sopan
dan innocent face . Hari ini aku akan membincangkan tentang isu
Baju Kurung . Wuuuuh ~

Ada sesetengah orang terutama Perempuan yang menyangka dirinya
sungguhlah hebat dan pandai berfesyen dengan memakai pakaian
yang tidak cukup kain , menganggap Baju Kurung ini merupakan
pakaian yang ketinggalan zaman .

Oh Well , aku rasa kesian tengok orang yang anggap baju kurung ni
ketinggalan zaman . Kau tahu tak baju kurung ni lah baju yang paling
sopan sekali , itu tak termasuk jubah semua tu lah . And AT LEAST
bila kita pakai baju kurung tak ada lah orang semua nak mengutuk kita
pakai baju Tak cukup kain macam dah miskin sangat . Walhal ditangan
memegang Iphone , Ipad segala benda tu .Oh maybe korang dah tak ada
duit nak beli Baju sebab dah beli Ipad, BlackBerry semua tu kan ?
Meyh sini aku sedekahkan baju kurung aku untuk korang kihkihkih

Aku tak suruh pun korang pakai Baju kurung tu setiap hari , sampai
tak boleh langsung nak pakai baju lain . Boleh , sebab aku pun
kadang-kadang pernah keluar pakai seluar jeans semua tu . Tapi
aku tak pernah pun anggap baju kurung tu ketinggalan zaman .

And pada sesiapa yang teringin nak keluar pakai baju kurung ,
tak perlu lah rasa malu . Biarlah orang pandang2 kita ,
at least kita tak dapat dosa sebab kita tutup aurat kita . And
anda sepatutnya berbangga apabila memakainya sebab mesti
ada orang akan memuji anda dan anda akan kelihatan sungguh
ayu ! Silap2 orang boleh gelarkan Perempuan Melayu Terakhir
kihikihkih.

Eh Eh Terasa ? Sila Buat Gaya Matluthfi . Aduh Terasaa ~


Jangan buang tebiat pakai baju kurung time nak bersenam .
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 28

Tengok Disidebar untuk Part sebelumnya

Di Kelas


"Sofea tadi kau berbual pasal apa dengan Alisa?" tanya Delaila sambil
meletakkan begnya di kerusi . "Tak ada apa2 lah" jawab Sofea dengan
wajah yang muram . Waktu pertama ialah kelas Muzik jadi pelajar kelas
5 Musik seperti biasa akan pergi ke studio . Elisha , Huda dan Delaila
telah pun berada dihadapan untuk pergi ke studio . Manakala Sofea
pula berjalan dengan keadaan yang tidak bersemangat di belakang .

"Sofea tunggu sekejap ! " Jerit Danish dari belakang . Sofea tersentak
mendengar jeritan Danish itu lantas memandang kebelakang untuk
melihat danish . "Awak nak apa Danish?" tanya Sofea . "Saya..saya
nak .. bagitahu awak sesuatu ni .." kata danish dengan gagapnya .
"Apa? cakap jelah" "Saya sukakan awak"

******************************************************
Beberapa Jam Sebelumnya 
Di Dataran 


"Awak nak apa Alisa?" tanya Sofea . " Saya nak tanya Awak suka Danish
ke?"  . Sofea sedikit tersentak mendengar pertanyaan Alisa itu, " Err .. kenapa
awak tanya?" kata Sofea untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan
Alisa itu . " Tak adalah , saya cuma nak bagitahu awak sesuatu perkara tapi
awak janji tak akan bagitahu danish saya yang bagitahu okay?" pinta Alisa .
Sofea hanya mengangguk , berdebar hatinya memikirkan apa yang ingin
alisa sampaikan .

"Saya sebenarnya rasa serba salah nak bagitahu .. " kata Alisa dengan wajah
yang simpati . " Cerita jelah " pinta Sofea . " Hari tu Danish ada bagitahu saya
dia nak main2 kan awak dengan bagitahu dia sukakan awak .." kata Alisa .
Sofea terdiam mendengar kata Alisa itu , "Saya cuba nasihatkan dia supaya
tak buat begitu , tapi dia masih lagi berdegil , jadi kalau dia ada bagitahu
awak yang dia sukakan awak , awak jangan percaya taw? " . Sofea masih
lagi mendiamkan diri . Fikirannya ligat berfikir yang perkara ini betul atau pun
tidak .. " Tapi ... kenapa?" tanya Sofea sambil menahan daripada menangis.
" I dont know .. So better awak jangan percayakan dia . Saya tak mahu
awak terluka " kata Alisa dengan penuh prihatin .

***********************************************************
"Maaflah tapi saya tak sukakan awak" jawab Sofea .  Danish tersenyum
kecil , dia menerima keputusan Sofea itu . "Boleh saya tahu kenapa?"
tanya Danish . Sofea diam sebentar , fikirannya ligat berfikir perkara
yang dibagitahu alisa tadi . " Sebab .. saya tak nak kena tipu oleh
orang yang tiada hati dan perasaan" kata Sofea lantas pergi meninggalkan
Danish yang keliru dengan jawapan yang diberikan Sofea .

Dari jauh kelihatan Alisa memandang mencuri tengok kejadian
yang berlaku antara Sofea dan Danish . Hatinya rasa puas
dapat menghalang cinta Danish dan Sofea . "Danish baru kau kenal
siapa aku " kata Alisa di dalam hatinya .


Di Studio

"Weyh! Sofea mana ? " tanya Delaila . "Mana aku tahu bukan dia
jalan dengan kau ke tadi ?" jawab Elisha , " Eh yeke? Aku ingatkan
dia jalan sebelah kau tadi " kata Delaila sambil menggaru kepalanya
yang tidak gatal . Sedang mereka sibuk berbual , Sofea masuk kedalam
Studio . " Hah . Panjang umur  baru kitaorang cakap pasal kau tadi . Kau
pergi mana ?!" tanya Delaila . " Aku ... aku pergi tandas tadi " kata Sofea
cuba untuk menyembunyikan perkara yang berlaku tadi . Tidak lama
selepas itu , Danish pula yang masuk ke studio . Danish memandang Elisha,
Delaila , Huda dan Sofea dengan wajah yang masam , langsung tidak bertegur
mereka berempat . Sofea mula berasa tidak selesa dengan situasi ini .
Huda perasan kelakuan Sofea dan Danish agak dingin . "Apahal diorang
berdua ni ? " bisik hati huda .


( To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 27

Tengok Disidebar untuk Part Sebelumnya

Sementara Sofea pula ..


Sedang Sofea sibuk mengemaskan barang di mejanya yang berterabur
itu tiba2 sahaja dia menerima incoming call daripada Tengku Fuad.

"Assalammualaikum Sofea"
" Waalaikumsalam  Fuad "
" Ah saya ganggu awak ke ?"
"Tak lah . awak nak apa?"
" Saya .. saya nak jumpa awak lepas balik sekolah besok boleh?"
" Oh Boleh je .macam tak biasa pulak awak ni"
" Betul ni ??"
" Yaaaaa wahai encik Fuad"
" Hehe okaylah awak , saya tak mahu ganggu awak . Besok jumpa kay?
   Babai! "
" Hahaha Yelah ! Jumpa esok bye !"

"Kenapa mamat tu tiba2 nak jumpa aku?" tanya Sofea seorang diri keliru
dengan Tengku Fuad yang tiba2 sahaja hendak berjumpa dengannya
tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu Sofea lantas menyambung kerjanya
yang tergendala tadi .

************************************************************
Pada Keesokkan Harinya,

Sofea sedang duduk sendirian di dataran , Delaila masih lagi belum
sampai di sekolah . Sedang Sofea khusyuk membaca buku Sejarah itu ,
tiba2 sahaja Alisa daripada belakang menegurnya .

"Selamat Pagi Sofea! Awal datang hari ni?" . Sofea sedikit terkejut
mendengar sapaan mengejut daripada Alisa itu ."Ah , selamat pagi"
jawab Sofea dengan senyuman .


Maaf kalau buat terlalu pendek tidak seperti selalu . Otak aku blank gila -.-

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Apabila kita BERJAYA , Kita Diagungkan . Tetapi Kalau kita GAGAL ?

Masih mencari idea tentang kisah Cinta Remaja

Assalammualaikum !
Salam Satu Malaysia !

Baiklah hari ni aku nak bincangkan sesuatu perkara yang tidak asing
lagi pada anda semua. Faham tak maksud tajuk aku tu ? Kalau tak
faham meh sini aku terangkan apa yang aku hendak cerita hari ini .

Bila kita ni berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan pasti
ramai yang mengangung agung kan kita , memuji kita tak hengat dunia
mahupun akhirat .Tapi semua tu sementara sahaja jika selepas itu
kita gagal  . Okay tak faham lagi ?

Contoh terdekat ialah tentang Bolasepak . Sesetengah peminat ni dia
bila menang sahaja dia akan memuji muji pasukan itu . Tapi apabila
pasukan itu kalah ? Dia mengutuk , dia menghina seperti pasukan itu
tidak pernah menang sesuatu perlawanan . Itu bukanlah peminat
susah mati , tapi itu peminat yang PALSU . Aku kurang suka dengan
sesetengah peminat ni yang menghina pasukan yang DULUNYA dia minat
dan agungkan .

Eh tolonglah , kalau betul2 minat . tak kiralah orang itu berjaya atau gagal
kita kena sentiasa support bukannya bila menang je baru tahu nak puji . tapi
bila kalah hina dan caci mereka itu . Sangatlah tak bermoral okay .

Tak semestinya Gagal sekali akan Gagal Selamanya . Dan tak semestinya
Berjaya sekali akan Berjaya Selamanya . Ada turun naik dia jugak .
Tapi kalau dia selalu berjaya dan jarang gagal , dia kira hebatlah jugak -.-

Pada yang hanya tahu berpura pura meminati seseorang itu dikala dia berjaya
SAHAJA . Hentikanlah . Kalau nak berlakon sangat pi jumpa Ahmad Idham.

Eh Eh Terasa ke ? Sila Buat Gaya  Matluthfi . Aduh Terasa ~ 


Kalau terasa padan muka . Aku kisah apa. Siapa suruh tak jaga Bahasa . 




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

JIKA AKU PELAKON POPULAR

Bicara Mak Dara 
TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN

Baiklah nama Glamour aku bila dah jadi pelakon ni DALILA SAMSUDIN.
Sebab aku selesa dengan nama ini berbanding nama2 lain haha .

Genre pula aku minat cinta , komedi dan aksi . Untuk seram mungkin .
Lagipun memang impian kedua aku nak jadi pelakon . Dekat sekolah
pun aku suka berlakon depan kawan2 aku haha!

Watak yang diidamkan ialah watak yang kelakar dan mata duitan .
Ya itu memang kepakaran aku . Hihi.

Ini soalan yang aku suka haha . Hero and Heroin yang aku nak sangat
berlakon bersama ialah ZIZAN RAZAK dan TIZ ZAQYAH  .
Mereka berdua ni memang pelakon yang sangat aku minati .

P/s : Bila lah aku boleh berlakon dengan betul2 -.- 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI ... CEPAT !

BEN ASHAARI
tekan banner untuk join

Blog ni pasal kehidupan aku , and aku suka buat cerpen disini .Lagisatu aku
suka bincangkan sesuatu perkara menggunakan blog ni . itupun kalau otak
aku berfungsilah -.- haha .Kenapa berblog ? Sebab aku rasa blog ni lah
satu2nya cara untuk aku membincangkan sesuatu perkara yang aku tak
puas hati ,aku tak faham dan semualah :P



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Segmen Jom Kongsi Kisah Zaman Kanak Kanak Kita ! By Dalila Samsudin

-SEGMEN DITUTUP-
TERIMA KASIH SUDI JOIN :)
Tahap Kecermelangan dalam mengedit : 0%
nak copy banner tekan Ctrl + Klik mouse belah kiri
Pastikan mouse anda berada di gambar ini :)


Assalammualaikum !
Salam Satu Malaysia!

Well ni first time aku buat segmen sendiri . Jadi agak takut tak
ada orang nak join . Maklumlah aku ni manusia biasa , ecewah
nak berdrama pula aku ni -.-

Segmen aku ni tak ada Hadiah kerana aku buat ni seorang
diri tanpa ada support dari pihak lain . You know want
i meant right ?  . Tujuan aku buat segmen ni supaya kita
dapat mengenang kembali zaman kanak2 kita yang penuh
dengan keseronokan , tak payah fikir pasal kerja sekolah
blablabla .

And lagi satu tujuannya ialah untuk menaikkan lagi rasa
kasih sayang kita terhadap kanak- kanak . Sebab sekarang
ni dah banyak kes penculikan yang berlaku , contohnya
kes arwah adik Nadirah , adik nurin . Jadi tolonglah,
hentikan kekejaman terhadap kanak2 .



Cara dia senang saja , anda perlu ceritakan lah waktu anda
kecil2 dulu anda selalu main apa , or anda ni orang yang
macam mana nakal ke tidak . Contoh : Zaman kanak2
saya dulu , saya suka main guli dengan kawan2 . Pada Akhir
post itu anda boleh tuliskan Harapan anda tentang Kekejaman
terhadap kanak2 , Contoh : Saya berharap tak ada lagi kes
penculikan , blablabla .

Syarat2 dia :
-Like Fanpage Dalila Samsudin Blog *Tak Wajib
- Follow Blog Dalila Samsudin . *Tak Wajib tapi klau terlepas apa2 jangan marah -.-
- Buat Entry Bertajuk SEGMEN JOM KONGSI KISAH ZAMAN
  KANAK-KANAK KITA BY DALILA SAMSUDIN
- Letakkan Link Entry anda di ruangan komen entry ini .

3 Entry yang menarik akan dipostkan semula di Blog Saya :)
Itu yang aku mampu -.-

Tarikh Tutup - 24 March 2012 * Dilanjutkan Woiii ~*


Harap- Harap ada orang Join . Kalau tak saya menangis tepi longkang.


Kanak- kanak bukan Anak patung yang boleh ditendang , dipukul sesuka hati .


Budak Awesome yang join 
1 . http://haruno-hana.blogspot.com/2012/03/173ai-no-kotoba-segmen-jom-kongsi.html
2. http://teddychankuwh.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html
3. http://amyrazz.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html
4. http://cappuccinochocolate.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html
5  http://aduduvsalienpink.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html
6. http://mieyrafana.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html 
http://lovemimuviolettaxious.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html
8  http://ariesuju94.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html
9 .  http://annaqia.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html
10 . http://saranghaeyo-azura.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html
11.  http://bebelancikchokie.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 26

Tengok Disidebar untuk part sebelumnya


Setelah Tamat Persekolahan

Di kelas 5 Musik

"Eh Elisha , tahu tak yang Haziq dah putus dengan Amira?"
tanya Huda ."Bila ? kan diorang baru je"  "Ingat tak
hari tu time kita lepak dekat taman , lepastu haziq tiba2
je minta diri dulu . hah time tu tulah dia minta putus"
"Mana kau tahu Huda?" tanya elisha . "Semalam
Nazmi cerita dekat aku" . Tanpa mereka sedari Delaila
yang berada dibelakang mencuri dengar perbualan mereka .
"Haziq putus dengan amira?" soal hati Delaila .

Memandangkan exam dilakukan sebelum cuti persekolahan
jadi guru2 selalunya akan memberikan markah2 ujian itu
sewaktu naik cuti persekolahan . Jadi ramailah pelajar yang kecut
perut apabila melihat kertas2 ujian mereka berada di tangan guru
mereka . Elisha yang paling takut kerana dia langsung tidak membuat
apa2 persediaan , satu persatu kertas ujian mereka terima . ada yang
gagal , ada yang lulus , ada yang cukup2 makan .

Elisha termenung sendirian melihat keputusan peperiksaannya itu ,
Mathematic Tambahan dan Biologinya gagal . Dia tidak tahu bagaimana
hendak menyerahkan keputusan peperiksaan itu kepada ibubapanya .
Delaila dan rakan2nya puas menenangkan dia , tapi tetap tidak berhasil.
Faizal juga tidak ketinggalan untuk memujuk kekasih hatinya itu ,
tapi gagal .

Setelah tamat hari persekolahan, di rumah Elisha

"Elisha , result dah dapat ? " tanya ibunya Puan Aini . Elisha langsung
tidak menjawab pertanyaan ibunya itu . " Elisha?! Dengar tak ibu cakap
apa ni?" kata Puan Aini dengan nada marah . "Dengar ibu .." jawab Elisha
dengan nada yang perlahan . "kalau dengar kenapa tak jawab bila ibu tanya?
kamu dah dapat result belum?" marah puan Aini . Elisha hanya menangguk sahaja.
"Bagi sini kat ibu , ibu nak tengok" perintah Puan Aini .

Elisha berjalan dengan perlahan lahan untuk mengambil result peperiksaannya
itu , setelah mengambil , dia pergi semula ke arah ibunya . Waktu itu tangan
Elisha mengigil ketakutan , risau ibunya mengamuk  melihat keputusannya itu .

"Ya Allah Elisha ! kenapa sampai 2 gagal ni ?!" tengking Puan Aini . Elisha
hanya tunduk , langsung tidak berkata apa2 . " Tu lah bercinta lagi ! Sudah!
lepas ni ibu tak mahu Elisha ada hubungan lagi dengan si Faizal tu !" .
Terbeliak mata Elisha apabila mendengar kata2 ibunya itu , " Tapi ibu.."
belum sempat Elisha menghabiskan kata katanya ibunya sudah mencelah
"Tak Ada tapi2 ! , mulai hari ni handphone Elisha , ibu yang pegang ! Nak 
keluar jumpa kawan pun sekali seminggu sahaja ! " perintah Puan Aini .

Elisha masuk ke biliknya dengan wajah yang muram . "Salah aku juga,
sebab tak belajar .." ngadu dia seorang diri .

( To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

PKA RAHIM : SEGMEN RAKAN BLOGGER SAYA

Pka Rahim \

Nak Join ? 

Rakan blogger yang paling saya minat - CIK MUN <-- tekan lerr .
Pasal dia FAMOUS . Eh eh ? haha gurau jelah . Sebab dia
peramah :3 Jarang okay nak dapat bergurau senda dengan Blogger
blogger yang lain . haha 

Ehem kita memang dah follow pun , ye dak cik PKA RAHIM ?

Nak tag  ~ 




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Bila FAMOUS sahaja PERFECT . Bila Tak ?

Iklan Untuk Cerita Cinta Remaja . Aku tengah cari idea ni -.-

Assalammualaikum!
Salam Satu Malaysia !

Baiklah sementara aku tengah nak fikirkan sambungan Cerita
Cinta Remaja aku tu , better aku mengupdate blog aku ni
daripada dibiarkan sunyi . Okey sekarang ni aku nak membincangkan
hal tentang FAMOUS . Wuuuuhhh ~ semua mesti dah tertanya tanya
kan ? Apakah yang ingin aku bincangkan disini?

Zaman sekarang ni ramai yang mengejar famous , daripada Facebook , Twitter,
Youtube ,Blog and tidak terkecuali Myspace . Untuk yang part Myspace tu
aku tak sure lah ada lagi tak manusia yang guna , ehem .

Bermacam macam cara mereka menjadi Famous , ada yang sebab muka dia
handsome/ Cantik . Ada sebab mereka itu sememangnya popular
sejak lahir lagi . And macam2 lah . Tapi MOST OF IT sebab RUPA .

Bila ada sahaja awek atau pakwe yang cun2 , automatik dia akan menjadi
popular , nama masuk trending (Untuk Twitter) , ramai orang Add Friend
(Untuk Facebook)  . Ramai orang Follow Blog dia walaupun Blog dia
hanya menulis pasal diri dia yang Comel/Hensem tu . Aku tahu , sebab
aku dah banyak kali perasan semua ni . Bila muka si Ali* Bukan Nama Sebenar
tu comei sikit je hang nak follow terus lepastu mula mengampu si Ali tu .
Haih Soooo Typical Malaysian .

Zaman sekarang .. Yang cantik , semuanya di agungkan . Yang Buruk ?
Dihina , dipinggirkan . Alahai . Tak semestinya mereka itu famous, mereka
itu baik . And aku juga tak cakap semua orang famous tak baik . Hangpa
semua faham kat apa yang aku nak sampaikan ni ? Kalau tak faham pi
bukak cerita Telettubies kat Youtube . Pasal apa kat Youtube ? pasal
kat Tv dah tak siarkan lagi -.- *Lari Topik


Tapi aku admire  , dengan orang yang sememangnya Famous,  tapi dia
langsung tidak menganggap diri dia famous . Dia layan semua orang,
tanpa memilih , dia juga tak lupa diri . Aku tengok budak2 sekarang
ni bila dah famous lupa diri -.- Kalah Retis .

Aku post pasai ni bukan sebab nak menghentam sesiapa . Aku
just nak membincangkan tentang Tabiat orang Malaysia ni hah .
Bila orang tu terkenal , orang tu Comel/ Handsome , mulalah
kita agung2kan dia . Tapi pada orang yang tak berapa nak comel
macam aku ni ? *Nangis Tepi Longkang

Kalau kita Famous kerana kelakuan kita yang baik TAK APA .
Tapi kalau SEBALIKNYA ?

Hang terasa ? Sila buat Gaya Matluthfi . Aduh Terasa ~


Aku tak kata kat hang , aku kata kat orang sebelah hang . Perasan!
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 25

Tengok Disidebar untuk Part sebelumnya

Sementara itu Di Taman


Sedang haziq sibuk makan makanan ringan bersama rakan
rakannya itu itu , tiba2 telefon bimbitnya itu berbunyi .
Dilihatnya telefon bimbitnya itu  , rupa2 nya itu panggilan
telefon daripada Amira . Haziq menjawab panggilan
telefon itu , riak wajahnya serius sahaja . Langsung tiada
reaksi gembira apabila kekasih hatinya itu menelefon .
Selesai bercakap , Haziq bangun untuk pergi berjumpa dengan
Amira .

"Haziq kau nak pergi mana?" tanya Nazmi. " Aku ada hal , sorry
semua " terang Haziq lalu berlalu pergi . Langsung tiada senyuman
di bibirnya . Sampai sahaja di kedai makan itu , Haziq segera
mencari kelibat Amira . "Haziq ! " jerit amira dari jauh . Haziq
segera pergi kearahnya . " Haziq , duduklah . kenapa berdiri je ni?"
tanya Amira dengan wajah keliru . Dia langsung tidak mengetahui yang
rahsianya sudah terbongkar .

Haziq langsung tidak mengendahkan pertanyaan Amira , lantas dia
terus bertanya " Kenapa awak tipu saya ? " " Tipu ? tipu apa?"
kata Amira dengan nada ketakutan . "Sudahlah mira , saya tahu
semalam Delaila ada call saya , and awak yang jawab . Kenapa
awak bagitahu Delaila yang saya busy ? kenapa  awak menipu
saya dengan cakap awak call kawan awak? " tanya Haziq .

Muka Amira menjadi pucat , dia terdiam tidak mampu bercakap
apa2 . "Saya ingat awak dah berubah mira , sebab tu saya kembali
pada awak . Tapi saya salah" Sambung haziq dengan wajah yang kecewa.
"Saya minta maaf haziq .. saya tak mahu Delaila ganggu hubungan kita lagi"
akhirnya Amira bersuara .

"Lagi ? maksud awak , awak salahkan Delaila hubungan kita pernah terputus
dulu ? " tanya Haziq . Amira hanya mengangguk . Haziq mengeluh , dia tidak
sangka Amira berfikir sebegitu rupa . " Amira .. Delaila langsung tak ada kena
mengena dengan punca kita putus dulu " terang Haziq . Amira dengan tiba2
menjadi marah apabila Haziq membela Delaila . " Tak ada kena mengena ?
Apa awak ingat saya suka ke tengok awak rapat2 dengan Delaila? Awak
selalu sangat bela dia kan!?" tengking Amira. " Delaila tu kawan saya awak,
mestilah saya bela dia"  "Ah sudahlah , saya tak percaya!"

"Dah tu takkan lah awak nak saya putuskan hubungan dengan Delaila?!" marah
Haziq . "Ya ! saya lebih suka kalau Delaila tu tak pernah wujud !" "Amira!!"
jerit Haziq sambil menghentak meja itu . Amira terdiam melihat wajah Haziq
yang betul2 marah itu , "Saya tak kisah kalau awak nak kutuk saya, tapi
jangan babitkan Delaila ! " kata Haziq dengan amarahnya . "Saya minta maaf 
Amira , saya tahu kita baru je couple semula. Tapi saya rasa hubungan kita
ni tak akan berkekalan . Jadi selepas ni saya tak mahu jumpa awak lagi"
sambung Haziq lalu berlalu pergi . "Haziq !" jerit Amira . Tetapi jeritannya itu
tidak diendahkan .

*********************************************************

"Haih tadi Danish pergi , sekarang Haziq pula" ngeluh Faizal . Sofea,Elisha
Delaila, Huda dan Nazmi hanya mengangguk sahaja . Masing2 pening
memikirkan dua orang rakan mereka yang tiba2 sahaja berkelakuan pelik .

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Matluthfi Teach Us Many Things . Open Your Mind

Iklan Untuk Cerita Cinta Remaja . Apa kau ingat Blog ni tak ada
Iklan ke ?

Assalammualaikum !
Salam Satu Malaysia !

Baiklah hari ni aku nak bagi pendapat sikit lah untuk anda - anda semua
yang mengenali Matluthfi  . Dia seorang Vlogger yang agak terkenal
di Australia dan Malaysia *Based on Most View* . Kalau AnwarHadi,
Maria Elena hangpa semua kenal jugak kan ? Hah mereka bertiga
ni merupakan seorang vlogger yang aku minat . Tapi aku prefer
Matluthfi , kerana messages yang selalunya ingin dia sampaikan
mesti dalam bentuk yang kelakar . Tetapi ada juga yang serius .

Antara yang aku respect dia ialah , dia masih lagi mengekalkan
loghat utara dia  . Tidak seperti yang lain , bila di depan orang
terus cakap KL . Bak kata budak2 sekarang ni "Bajet KL lah
lu" .

Bila aku start tengok video dia . Banyak perkara yang telah
aku pelajari . Cara penyampaian dia juga begitu berkesan,
dia berjaya membuka minda ramai masyarakat . Contoh
tentang pembuangan sampah , dan banyaklah . Actually
aku malas nak listkan satu2 haha . Kalau nak tengok kesemua
video dia , tengok disidebar aku , tekan gambar dia yang comel
tu ya .

But recently , bila video terbaru dia muncul . yang bertajuk
"Rant On Popularity"







Aku tengok video dia ni BANYAK kali . And tak pernah rasa bosan,
sebab bagi aku apa yang dia katakan itu betul . And yang buat aku
kecewa ialah , ada sesetengah peminat KPOP memarahi dia kerana
dia membuat muka "menjengkelkan" apabila meletakkan gambar
"EunHyuk" disitu . Bagi aku tiada salah pun disitu , setiap manusia
mempunyai citarasa sendiri . And bukan niat Matluthfi untuk mengutuk
EunHyuk tu . Dia hanya tidak berminat apabila dia disamakan dengan orang
lain , dia lebih suka orang suka dia kerana dia *Itu yang aku rasa

Bagi peminat peminat KPOP yang memarahi Matluthfi ni , tolonglah.
Buka minda anda , jangan kerana matluthfi tegur sedikit anda nak
membenci dia . Lagipun aku pun minat KPOP sikit tapi aku steady je.
Oh Maybe sebab aku tak minat Eunhyuk *Kenal Pun Tak* 

Matluthfi membuat video ini untuk menyampaikan messages kepada
kita  , bukan untuk menghina sesiapa . Alah ini dikirakan macam
dia ceritalah tabiat2 orang malaysia ni . 

Jadi Ambil Yang Jernih , Buang Yang Keruh . Jangan tunggu
Air tu dah keruh sepenuhnya baru kau terhegeh hegeh nak dia
jadi jernih balik . * Tak faham ? Aku pun tak Faham .*

Anda terasa ?  Buatlah gaya Matluthfi , Aduh terasa ~


Minat boleh tapi jangan sampai jadi obses . Gila padahnya.


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 24

Tengok Disidebar untuk Part Sebelumnya

Danish berlari mencari Alisa , setelah penat mencari dia berhenti
duduk di tepi jalan sebentar .Dia langsung tidak nampak kelibat
Alisa .Dia cuba untuk menelefon Alisa,baru sahaja dia hendak
menelefon , tiba2 ada suara dari belakang yang menegurnya .

"Danish.." . Danish menoleh kebelakang , tuan empunya suara
itu ialah Alisa . "Alisa ! Awak tak apa2 ke?" tanya Danish dengan
suara yang panik . Alisa mengelengkan sahaja kepalanya , dia
dari tadi tunduk sahaja . Langsung tidak pandang Danish .
"Alisa , are you okay ? Apa yang terjadi sebenarnya tadi?"
tanya Danish . "Danish i'm Sorry .Sebenarnya saya sengaja
panggil awak"kata Alisa dengan wajah yang serba salah .
Raut wajah Danish yang pada awalnya risau menjadi marah .
" What ?! awak buatkan saya tinggalkan kawan2 saya yang lain
, semata mata nak datang tolong awak , and now awk cakap
awak sengaja nak panggil saya?" marah Danish . "Sudahlah!
saya malas nak layan awak . Buang masa je" Sambung danish
lagi sambil berlalu pergi . Alisa cepat2 memegang tangan Danish.

Danish terkejut dengan tindakan Alisa itu , belum sempat dia
hendak menarik tangannya itu Alisa berkata "Danish please,
jangan marahkan saya . Saya panggil awak ada sebab.."
kata Alisa sambil menahan air matanya itu . "Sebab apa?"
tanya Danish , dia langsung tidak memandang Alisa .
"Saya Sukakan Awak" Danish terkejut mendengar kata2
Alisa itu . "Saya tahu kita baru beberapa bulan kenal ,
tapi saya betul2 sukakan awak sejak pertama kali
kita kenal" sambung Alisa lagi .

Danish menarik nafasnya dengan perlahan lahan sebelum
mula bercakap . " Terima kasih sebab sukakan saya ,
tapi maaf saya dah jatuh hati pada orang lain" kata Danish.
"Sofea kan?" tanya Alisa dengan wajah yang muram .
Danish memandang Alisa lalu berkata " Ya , jadi lupakan
saya"  . Danish menarik tangannya daripada genggaman
Alisa , baru sahaja Danish hendak berlalu pergi "Danish
awak tahu, saya ni bukan jenis yang mudah putus asa . Saya
akan pastikan awak sukakan saya Danish" kata Alisa sambil
mengenggam tangannya menahan geram . Danish
langsung tidak memandang alisa yang berada dibelakang seraya
berkata " Kalau awak berani apa2 kan Sofea, saya akan pastikan
awak menyesal seumur hidup" . Danish kemudian meninggalkan Alisa
menangis seorang diri disitu . Danish hanya menganggap Alisa sebagai
kawan tidak lebih daripada itu , jadi mustahil untuk Danish menerima
Alisa .


(To Be Contiued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 23

Tengok Disidebar untuk part sebelumnya .

Hari ini Delaila sekali lagi pergi ke taman itu , Dia tidak
mengetahui yang Sofea dan rakan rakannya yang lain
sudah pun menunggu di taman itu . Sampai sahaja disana
Delaila lihat Sofea , Huda , Elisha , Haziq , Danish , Faizal
dan Nazmi sedang duduk bawah pokok itu .

"Apa korang buat kat sini?" tanya Delaila dengan kelirunya.
"Tunggu kau lah apa lagi ?" jawab Danish sambil tersenyum.
Sofea menarik tangan Delaila lalu menyuruh Delaila duduk.
Disitu kelihatan banyak makanan2 ringan yang disediakan .
Delaila masih lagi dalam keadaan keliru . "Sudahlah tu Delaila,
tak payah nak buat muka keliru sangat ya " kata Elisha sambil
tersenyum kearahnya . Haziq kemudian dengan selambanya
masukkan keropok kearah mulut Delaila yang terbuka itu .
Terkejut dengan tindakkan Haziq itu , Delaila tanpa
sengaja tersembur keropok itu kearah Haziq . "Delaila!"
jerit Haziq sambil membersihkan muka dia . "Sorrylah .
Siapa suruh kau sesuka hati je masukkan keropok dalam mulut
aku" kata Delaila dengan muka yang tidak bersalah .

Mereka semua ketawa melihat telatah Haziq dan Delaila , "Delaila
ni untuk kau, kau janganlah sedih lagi pasal arwah erika tu ya? 
kitaorang kan ada" kata Sofea sambil memberikan kad untuk Delaila.
"Betul tu Delaila, kita kan kawan , susah senang bersama" sambung Elisha.
Mendengar kata2 mereka , Delaila menangis terharu lalu memeluk Elisha,
Sofea dan Huda . "Eh aku pun nak peluk jugak" gurau Nazmi . "Ewah,
nazmi jangan mengada ya" kata Huda sambil menjelir lidah kearah nazmi.

Sedang mereka semua bergembira disitu , " Sofea, saya nak cakap dengan
awak sekejap" bisik Danish dengan wajah yang kemerah merahan .
Sofea tanpa banyak tanya mengekori Danish ke tempat yang jauh dari
rakan rakannya itu . Sesudah jauh dari mereka , Danish berhenti lalu
memandang Sofea . "Macam mana aku nak cakap ni " soal hati Danish.
"Danish awak nak cakap apa?" tanya Sofea .

"Saya .. Saya ... " kata Danish dengan gagapnya . Sofea sudah mengerutkan
dahinya, pelik melihat kelakuan Danish yang tiba2 sahaja menjadi gagap.
Baru sahaja Danish hendak bercakap tiba2 sahaja telefon bimbitnya
berbunyi .

"Hello Alisa? Awak nak apa?"
"Danish . Please Help Me !"
"Kenapa? awak ada dekat mana sekarang ni?"
" Saya tak tahu , tapi yang pasti tempat ni dekat dengan
kedai2 makan, tolong saya ! saya sorang2 ni ! "
" Awak tunggu situ , nanti saya datang okay !"

"Kenapa dengan Alisa ?" tanya Sofea . Danish tidak menjawab pertanyaan
Sofea , "Saya pergi dulu ya! Maaf" kata Danish lalu berlari pergi kearah
dimana kedai2 semua berada disitu . Sofea terdiam , dia hanya melihat
danish berlalu pergi meninggalkan dia seorang diri .

Sofea kemudian kembali ketempat dimana kawan2nya sedang bergembira,
tiba2 Faizal bertanya "Sofea , mana Danish?" "Dia ada hal, jadi terpaksa
pergi dulu" kata Sofea sambil cuba untuk senyum . Dari jauh Elisha
memandang Sofea dengan wajah yang risau .

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 22

Tengok Disidebar untuk Part sebelumnya

Haziq setia menunggu disamping Delaila  , dia tidak mahu
menganggu Delaila . Sedang haziq membersihkan seluarnya
yang terkena tanah itu , tiba2 Delaila tersedar daripada
tidur . Dalam keadaan mamai delaila memandang Haziq,
digosok matanya berulang kali untuk menjelaskan lagi
penglihatannya . "Haziq?!" jerit delaila dengan spontannya.
Haziq yang dari tadi sibuk membersihkan seluarnya terkejut mendengar
jeritan Delaila itu .

"Delaila kau kenapa menjerit ? " tanya Haziq sambil memandang Delaila
dengan wajah yang keliru . " Sorry , Aku terkejut kau tiba2 je muncul kat
sini" kata Delaila . Haziq tersenyum lalu mengusap kepala Delaila sambil
berkata " Bukan ke kau yang nak aku berada disisi kau , jadi aku terbang
lah kesini" . Delaila ketawa mendengar kata Haziq itu "Terbang? hahaha!"
Haziq tersenyum melihat Delaila , dia lega melihat Delaila ketawa .
"Delaila , aku dengar kau tengah sedih sekarang, ceritalah kat aku kenapa?"
tanya Haziq dengan nada serious . Delaila yang tadi tersenyum kembali
menjadi muram . "Kau ingat lagi tak kawan aku Erika tu?" " Ingat , Oh ya
aku dengar dia balik ke sini , dia macam mana? sihat? "  tanya haziq .
"Dia dah tak ada haziq , kemalangan .." kata Delaila sambil menahan
air matanya dari jatuh kepipi .

"Ya Allah , aku betul2 tak tahu Delaila . Kenapa kau tak bagitahu aku awal2?"
tanya Haziq sambil memegang bahu Delaila . "Aku nak bagitahu kau pagi tadi,
tapi masa aku call, Amira yang angkat . Dia cakap kau busy , jadi aku malas
nak kacau kau" kata Delaila sambil memandang Haziq dengan air matanya
yang jatuh kepipi . Haziq terdiam , dia teringat waktu Amira memegang
telefonnya sebentar tadi . "Amira? betul ke ni Delaila ? " tanya haziq untuk
meminta kepastian.Delaila hanya mengangguk .

"Maafkan aku Delaila , aku janji selepas ni benda macam ni tak akan berlaku
lagi" kata haziq . "Sudahlah , jom balik ." sambung haziq sambil tersenyum.
Delaila mengangguk lalu mereka berdua berjalan beriringan pulang kerumah.

*********************************************************
Pada Waktu Malam 


"Amira? tapi kenapa dia nak buat macam tu?" kata haziq seorang diri di
biliknya.Fikirannya tidak henti2 memikirkan Amira , dia tidak faham
kenapa Amira menipunya , dia tidak faham kenapa Amira cuba menjauhkan
dia dan Delaila.

Sofea , Huda dan Elisha bersetuju untuk berjumpa dengan Delaila pada
hari esok . Mereka juga mengajak Danish, Nazmi, Faizal dan Haziq untuk
pergi bersama sama . Tujuan mereka untuk menaikkan semula semangat
Delaila itu . Sedang Sofea sibuk menyediakan Kad untuk Delaila , tiba2
telefon bimbitnya berbunyi . Dia melihat telefon bimbitnya itu ,
" 1 New Messages" , lalu dia tanpa membuang masa menekan button
Open .

Assalammualaikum Sofea ? Saya Ganggu ke? :)
Sofea tersenyum melihat isi kandungan messages itu . Messages
itu daripada Tengku Fuad . Sofea mengaku yang dia mula
sukakan Tengku Fuad sejak pertama kali mereka bertemu lagi.
Lantas Sofea segera membalas messages itu .

Manakala Danish pula
"Besok aku mesti berterus terang dengan dia . Mesti ! " Kata Danish
sambil memandang cermin di depannya . Bunga Ros yang ada di
meja itu dipegangnya dengan penuh harapan . Dengan Harapan
gadis pujaan hatinya itu akan menerimanya .

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 21

Tengok Disidebar Untuk Part Sebelumnya

"Assalammualaikum!"Jerit Huda didepan rumah Delaila .
"Waailakumsalam ! oh huda , nak jumpa Delaila ye? Dia
tak ada dia keluar" kata Puan Salmah sambil menuju
ke arah huda ."Keluar? pergi mana?" tanya Huda . Dia
langsung tidak mendengar khabar Delaila . "Entahlah,
pagi2 lagi dia dah keluar , nak hilangkan rasa sedih dia lah tu.."
kata mak salmah ."Sedih kenapa?" " Eh huda tak tahu ke?
kawan dia Erika baru je meninggal dunia kemalangan"

**********************************************
Sementara itu


Sedang Haziq sibuk berbual dengan Amira dan rakan rakannya
yang lain tiba2 Syahrul datang kearahnya . Keadaan syahrul
berpeluh seperti baru lepas berlari , "Haziq aku nak cakap
dengan kau sekejap"  kata Syahrul dengan nada serius .
Haziq pergi kearah syahrul lalu bertanya " Ada apa?"
Syahrul memandang Haziq dengan rupa yang tidak puas hati
dia tak dapat terima haziq boleh bersuka ria disini sedangkan
rakan karibnya itu sedang bersedih .

"Apa kau buat dekat sini?" "Aku tengah lepak dengan kawan
kenapa?"tanya Haziq dengan wajah keliru
"Kawan kau tengah bersedih sekarang ni kau masih lagi boleh
bersuka ria dekat sini?!" tengking Syahrul sambil menolak bahu
Haziq . Rakan-rakan Haziq termasuk Amira terkejut dengan
tindakan Syahrul itu . Haziq pada mulanya keliru dengan apa
yang dikatakan oleh Syahrul . Dia masih lagi tidak faham dengan
apa yang terjadi , "Kau cakap apa ni? Siapa yang tengah sedih?"
"Huh . kau pergilah tengok sendiri dekat taman sana tu" kata Syahrul
sambil memandang taman yang dipenuhi dengan kehijauan.

Haziq bingung mendengar , dia memandang lama taman itu . Dengan
tiba2 dia teringat seseorang , seseorang yang gemar berada disitu ,
"Delaila!" Jerit Haziq lalu terus berlari meninggalkan Syahrul dan
rakan2 yang lain . "Haziq awak nak pergi mana?" jerit Amira . Tapi
jeritannya itu tidak diendahkan . Yang berada di fikirannya hanya lah
Delaila . Walaupun Haziq tidak mengetahui punca Delaila sedang bersedih
tetapi dia tetap mahu berada disisi rakannya itu . Dia tak mahu rakannya
itu bersendirian .Syahrul menundukkan kepala , disitu kelihatan air
matanya mula jatuh kepipi ..

****************************************************
"Sofea ! Elisha !" Jerit huda dari jauh . Sofea dan Elisha yang sedang
di bawah pokok itu terkejut mendengar jeritan huda . " Huda awak
kenapa menjerit jerit?" tanya Sofea . Huda tercungap cungap tidak
cukup nafas kerana berlari daripada rumah Delaila . Setelah dapat
bernafas seperti biasa dia mula berbicara " Erika , kawan delaila
tu ..dia meninggal dunia " . Terbeliak mata Elisha dan Sofea ,
"Ya Allah ! Bila?" tanya mereka berdua . " Semalam, dia
kemalangan . Delaila mesti tengah sedih sekarang ni!" ujar huda.
"Better kita pergi jumpa dia " cadang Elisha . "Tapi Delaila dekat
mana? tiada tak ada dekat rumah"  tanya Huda . " Aku tahu kat
mana . Dia pernah cerita kat aku tempat yang paling dia suka pergi
bila dia sedih, aku rasa dia ada dekat situ " kata Sofea dengan nada yang
serious . Setelah mereka bertiga mengetahui tempat itu , mereka bertiga
segera pergi kesana.

Haziq telah pun sampai di tempat itu , dia tercungap cungap kerana
berlari mencari Delaila . Dari situ dia nampak Delaila sedang duduk
bersandar di pokok sedang terlena tidur , perlahan lahan haziq pergi
kearah delaila , dia mengusap kepala delaila lantas duduk disebelahnya.
"Delaila , kenapalah kau tak panggil aku .. kalau aku tahu aku mesti
dah ada disisi kau awal2 lagi" kata haziq sambil memandang wajah Delaila

Dari jauh kelihatan Sofea, Elisha dan Huda sedang memerhatikan mereka
"Korang , nak pergi jugak ke?" tanya Sofea sambil curi2 memandang Haziq
dan Delaila . "Tak payahlah , besoklah kita jumpa . Lagipun aku sure haziq
tahu cara nak memujuk Delaila tu" kata Elisha sambil tersenyum lantas beredar
daripada situ . Sofea dan Huda berpandangan antara satu sama lain , pelik
dengan reaksi rakannya itu .

(To Be Continued)


p/s : Aku Sakit Perut . LOL







Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi