Dua minggu sudah berlalu dan
Amirul masih tidak memunculkan diri di cafe itu.
Aisyah sendiri tidak pasti
kenapa dia berasa kosong dek kerana ketidakhadiran
Amirul itu.Setiap masa dia pasti
akan memandang kearah pintu kedai dengan harapan
dapat melihat kelibat Amirul.
Tanpa sedar , dia merindui kehadiran Amirul didalam
hidupnya.
Sehinggalah suatu hari itu, dia
mendapat panggilan daripada ibunya untuk pulang
ke kampung kerana ada hal yang
perlu diselesaikan. Sampai disana,Aisyah
menerima khabar yang membuatkan
dia mahu balik ke bandar semula mencari Amirul.
"Kamu akan berkahwin bulan
depan dengan anak kawan mak.Nak taknak kena jugak
Takda alasan. Fullstop. Now
pergi tidur" arah ibunya tanpa memberi kesempatan kepada
Aisyah untuk membuka mulut.
Jujur Aisyah rasa dia rela berkahwin dengan Amirul
daripada berkahwin dengan
stranger. Oh ya, Amirul pun kalau diikutkan logik stranger
juga,tapi disebabkan sudah tahu
nama dan rupa jadi dia terkeluar didalam list stranger itu.
"Ya Allah..di mana lah si
Weirdo tu disaat aku memerlukannya" ngeluh Aisyah sambil
menggaru kepalanya.
***
1 bulan kemudian.
Esok ialah hari dimana Aisyah akan
berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak
dikenalinya.Entah kenapa ibunya
merahsiakan wajah dan nama lelaki itu. Membuatkan
Aisyah gelisah menunggu masa
diakad nikah .
Aisyah berjalan keluar dari
rumahnya untuk mencari ketenangan. Tanpa sedar wajah
Amirul mula memenuhi fikirannya.
Dia berasa rindu hendak mendengar usikan Si
Weirdo itu dan melihat wajahnya.
Dan dia juga mengaku dia sudah jatuh cinta pada
Si Weirdo itu .
Sedang dia berjalan, tiba2
bahunya terlanggar seseorang membuatkan dia terduduk.
"Aduh !" ngaduh Aisyah
sambil mengurut punggungnya dan memandang kearah
manusia yang melanggarnya itu.
"Oh Sorry!" ucap lelaki itu. Mata mereka bertemu,
dan mereka berdua
terdiam."Amirul?" ucap Aisyah sambil bangun dari situ. Amirul
tersenyum. " Oh! Aisyah
rupanya. Lama tak jumpa" kata Amirul dengan ceria. Aisyah
menggaru kepalanya yang tidak
gatal. " Err..yelah. Lama tak nampak awak dekat
cafe tu" kata Aisyah sambil
tersenyum. Entah kenapa Aisyah merasakan suasana
sedikit awkward kali ni .
"Oh..saya tengah buat persiapan nak kahwin. Nanti,kalau
awak sudi awak datang lah
ye?" ujar Amirul sambil tersenyum lebar. Aisyah terdiam.
Entah kenapa hatinya merasa
sakit mendengar apa yang diucapkan oleh Amirul itu.
"Oh..tahniah. Akhirnya awak akan kahwin juga" ucap Aisyah sambil cuba untuk
tersenyum. Amirul menggangukkan
kepalanya dengan ceria. "Oh okay lah
saya nak kena pergi dulu. Jumpa
lagi ya " ucap Amirul sambil berjalan pergi
meninggalkan Aisyah seorang
diri.
Tanpa sedar air mata Aisyah mengalir disaat Amirul berjalan pergi meninggalkan
dia seorang diri. "Dah
kenapa aku menangis ni?" bisik Aisyah seorang diri
sambil mengesat air matanya.
***
Hari Pernikahan.
Aisyah berjalan kehulu hilir didalam bilik dek kerana nervousnya itu. Mak andam
yang berada di dalam bilik itu
hanya menjulingkan matanya keatas melihat tingkah
laku bakal pengantin itu. Naik
berbuih mulutnya mengarah Aisyah untuk duduk
diam2, namun tetap tidak
diendahkannya.
"Pengantin laki dah sampai" ucap ibunya sambil tersenyum. Serta merta Aisyah
berhenti daripada berjalan dan
berdiri kaku di situ. Cuak hendak keluar bertemu
dengan bakal
suaminya."Sudah, jom keluar.Tok kadi dah panggil tu" kata ibunya
sambil menarik.Yes menarik
Aisyah keluar dari bilik kerana Aisyah masih lagi
membatu bagaikan ais batu.Sampai
saja di ruang tamu dimana upacara akad
nikah berlaku,Aisyah mengangkat
wajahnya untuk melihat bakal suaminya itu.
Matanya membulat .
"Si Weirdo?!" jerit Aisyah membuatkan semua orang disitu memandang pelik
kearahnya. Amirul tersengih
menampakkan giginya yang tersusun rapi itu.
"Hehehe..kan saya dah kata. Saya akan jemput awak ke majlis kahwin saya"
kata Amirul sambil mengenyitkan
matanya.
***
"So..Amirul mana awak tahu tentang family saya and kenapa masa mula2 jumpa
awak terus ajak saya
kahwin?" tanya Aisyah.
"Saya dapat tau mak saya berkawan dengan mak awak. Masa first2 saya jumpa
awak, saya terus jatuh cinta
pada awak. And saya taknak buang masa bercouple.
Tu yang saya terus melamar awak.
Nanti senang saya nak peluk cium awak waktu
dating" terang Amirul
sambil tersenyum gatal.
"Euw..Weirdo.."
"Stop calling me that!"
End. Yay
Ahahahah cerita ni serious weird mcm penulis dia juga.
Maaf kalau tak memuaskan. Pasal ni idea yang dtg secara random
Yehet (lol)
7 Itik gebo-gebo:
ahhaha . so sweet , dah jodoh katakan .
wahhhh. terus nak kahwin. taknak couple.
fuhh fuhhh =DD
wah gila korea. citer2 korea best. tpi tak sempat nak tengok dah mcm dulu2 masa study. =(
Free Handbouquet Pearl Bead. Klik link di bawah ni. =)
http://myartcrafting.blogspot.com/2014/01/januari-giveaway.html
haha .. cool2x! (y) <3 =D
Si Weirdo roman 1 ada tak?Cute cita ni.Mesti macam akak..hahaha
Omaisweet terus kawin plaktu huhuhu takde couple best..alahai ensom tu llaki korea
Sweet³ hahaha
Catat Ulasan