Cinta Photographer Part 34

Part 33

Aina terdiam disaat Amirul selesai menyanyi. Tepukan gemuruh
diberikan kepada Amirul oleh pelanggan-pelanggan di restoran itu.
Amirul menunduk tanda terima kasih kepada semua pelanggan
disitu sambil tersenyum . Dia kemudian berjalan menuju ke arah Aina
yang sedang terkedu itu. 

"So.. awak tak nak tepuk tangan untuk saya ke?" usik Amirul sambil
berdiri di hadapan Aina. Aina tersedar lalu tersenyum malu di hadapan
Amirul. "Ah.. sorry. Saya terkejut sangat sampai lupa" terang Aina. Dia
kemudian tersenyum manis sambil menepuk tangannya dengan teruja.
"Wow. Pandai awak menyanyi. Saya tak sangka awak ada suara lunak
macam tu. Lagi hebat dari Zain" kata Aina sambil ketawa.

Amirul ketawa sambil kembali duduk di tempatnya. Sejurus itu makanan
yang mereka order sudah pun sampai dan mereka menikmati masa mereka
dengan makan dan berbual bersama sama.

Usai makan, mereka berdua berjalan bersama sama di taman yang
berdekatan untuk mengambil angin.

Okay.. Amirul.. kau boleh buat ni.. kau mesti boleh bisik hati Amirul
didalam hati sambil memandang kearah Aina yang sedang sibuk memandang
kearah pemandang bunga di taman.Amirul merasakan jantungnya hendak terkeluar.
Ish. Nak confess je pun. Aku ni kenapa! marah Amirul di dalam hati apabila
dia merasakan lidahnya jadi kelu setiap kali dia hendak memulakan bicara.

"Um.. Aina?" panggil Amirul perlahan. Aina memandang kearah Amirul dengan
wajah yang keliru."Yup. Kenapa?" tanya Aina. Amirul mengelap tapak tangannya
yang basah dek kerana gelisah di sisi seluarnya sebelum memulakan bicara.

"Err.. saya sebenarnya ada nak cakap sesuatu kat awak" kata Amirul sambil
mengenggam tangannya. Aina mengerutkan dahinya. "Apa? cakap jelah. Awak
ni macam2 lah" kata Aina sambil ketawa kecil. Amirul menelan air liurnya.

"Saya...Sebenarnyasukaawak" kata Amirul dengan nada laju . Aina menyengetkan
kepalanya apabila dia tidak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh Amirul.
"What? ulang balik ?" tanya Aina . Amirul menarik nafas panjang.

"Saya sebenarnya sukakan awak!" kata Amirul dengan kuat lalu menghembuskan
nafasnya yang ditahan dari tadi. Mata Aina membulat mendengar perkataan
yang keluar dari mulut Aina. jantungnya berdegup kencang. 

Untuk beberapa minit keadaan disitu senyap tanpa ada yang mahu
berbicara. Aina berdeham . "Um.. oh okay..sa-saya.." kata Aina dengan
tergagap. Dia betul2 tidak tahu hendak bagi jawapan apa. Sebab dia
hanya sukakan  Amirul tidak lebih dari seorang kawan. Amirul tersenyum
hiba sambil memandang ke arah Aina. "Awak..sukakan Zain lagi kan?"
tanya Amirul dengan nada perlahan. Aina menganggukkan kepalanya sambil
memandang kearah Amirul dengan wajah yang serba salah.

"Maaf.." kata Aina dengan ikhlas. "Takpa..Tapi..boleh tak saya
nak minta sesuatu dari awak?" kata Amirul. "Apa?" tanya Aina.
"Boleh tak awak beri saya peluang..dan cuba mencintai saya?" pinta Amirul
sambil memandang kearah Aina dengan penuh harapan. Aina terdiam.
"Saya cuma nak awak bahagia. Saya taknak awak terseksa tunggu Zain.
Lagipun dia kan tengah bersama dengan Liyana..tapi.. kalau awak taknak.."
belum sempat Amirul menghabiskan ayatnya Aina sudah memotong.

"Okay..saya akan cuba .." kata Aina sambil tersenyum kearah Amirul.
Amirul terkedu.


To Be Continue
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Unknown berkata...

Hurmm.....nerbess nih...

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi