Sesuatu Yang Hilang

Daniel mengenggam tangan isterinya Intan dengan kuat. Mereka memandang
rumah di hadapan mereka itu . Disitu tertulis "Rumah Anak Yatim Mutiara",
Daniel menarik nafas panjang untuk menenangkan dirinya. Dia tahu, isterinya
memerlukan sokongan darinya. 

Sudah 7 tahun mereka berkahwin. Hidup mereka memang bahagia, tapi mereka
merasakan ada sesuatu yang hilang di dalam kehidupan perkahwinan mereka.
Daniel kemudian memandang wajah isterinya yang sedang pucat itu. Dia mengenggam
tangannya untuk memberikan semangat. "Jom kita masuk sayang" ucap Daniel.Isterinya
menganggukkan kepala. Lantas mereka berdua berjalan menuju ke rumah itu.

Pintu itu diketuk. Dan seorang wanita lingkungan 30 tahun membuka pintu rumah itu
dengan senyuman manis."Selamat datang. Jemput masuk" kata wanita itu dengan
senyuman mesra. Senyuman yang penuh keibuan. Daniel dan isterinya masuk dengan
wajah yang teragak agak . 

"So..boleh saya bantu? Awak datang sini nak ambil anak angkat ke?" tanya wanita itu.
Daniel dan isterinya saling berpandangan. Wanita itu tersenyum. "Tak apa.. apa kata
awak masuk dan luangkan masa dengan budak2 tu dulu. Apa2 nanti bagitahu saya"
kata wanita itu. Daniel dan isterinya menganggukkan kepala lalu masuk ke ruang tamu.

Sedang mereka berjalan, tiba2 sahaja ada seorang gadis lingkungan 4 tahun sedang
berdiri di hadapan mereka. Senyumannya manis , matanya sepet dan pipinya sedikit
berisi mengingatkan Daniel tentang isterinya. Dia juga dapat lihat ada tanda lahir di leher
gadis itu.Daniel dapat rasakan genggaman dari isterinya semakin kuat. Gadis itu
menuju kearah isterinya lalu menarik hujung bajunya.

Isterinya melutut di hadapan gadis itu sambil tersenyum. "Nama siapa?" tanya isterinya.
Gadis itu tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapat. " Sarah.Makcik.jom
teman sarah main" pinta gadis itu sambil menarik narik tangan isterinya. Isterinya akur
lalu memimpin gadis itu ke arah ruang tamu untuk bermain.

Sepanjang masa mereka meluangkan waktu bersama Sarah. Daniel memandang wajah
isterinya dengan penuh kerisauan. Dia dapat lihat isterinya mencuba sedaya upaya untuk
menahan daripada menangis. Sarah sedang melukis sesuatu manakala isterinya dan dia
menemaninya di situ. Aktiviti mereka terhenti apabila ada suara yang memanggil.

"Tuan..puan.. maaf tapi waktu nak melawat dah habis" kata wanita yang mereka
jumpa sebentar tadi. Daniel mengangguk lalu menepuk bahu isterinya. "Sayang..
kita kena balik" kata Daniel. Mata isterinya mula berkaca. Dia kemudian mengangguk
lalu memandang kearah Sarah. "Sarah..makcik kena balik dulu" kata isterinya. Sarah
kemudian memandang kearah mereka. "Tunggu ! Tunggu kejap! Sarah nak habiskan
lukis ni dulu" kata Sarah. Daniel dan isterinya terpaksa akur dan menunggu.

Setelah Sarah selesai melukis dia berjalan kearah isterinya dan duduk di ribanya.
Dia kemudian menunjukkan hasil lukisannya kepada Daniel dan isterinya. Terdapat
3 orang lidi sedang berpegangan tangan dan berdiri di hadapan sebuah rumah.

"Mama..." ucap Sarah. Membuatkan isterinya dan Daniel tersentak. "Ni mama..ni
papa dan ni Sarah. Yang tu rumah kita. Kita kan family" kata Sarah dengan ceria
sambil menunjukkan lukisannya. Isterinya mula mengalirkan air mata sambil tersenyum.
"Sayang..jom balik" ucap Daniel apabila melihat keadaan isterinya. Isterinya akur
dan bangun dari situ .

Baru sahaja mereka hendak keluar dari rumah itu. Kedengaran tangisan yang kuat
daripada Sarah sedang memanggil mereka. "Mama ! Papa! Jangan tinggalkan sarah!
Sarah nak ikut!" jerit Sarah sambil menangis. Penjaga wanita itu memegang sarah untuk
menenangkannya. Isteri Daniel mula menangis teresak esak mendengar tangisan Sarah.
Sarah melepaskan dirinya dari pegangan dan berlari kearah Daniel dan isterinya.

Daniel kemudian mendukung Sarah sambil memeluknya dengan erat. Air matanya
akhirnya jatuh setelah lama ditahan. "Papa dengan mama janji esok kami datang.
Sarah jangan nangis ya" pujuk Daniel sambil mengusap badan Sarah yang sedang
memeluknya. Isterinya kemudian mencium dahi Sarah sambil cuba bertahan dari
menangis dengan teruk. Daniel kemudian meletakkan Sarah yang sudah berhenti
daripada menangis itu.

"Papa dengan Mama janji tau? Esok mesti datang" kata Sarah sambil mengesat air
matanya. Daniel dan isterinya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Mereka
kemudian mencium pipi Sarah dan keluar dari rumah itu.


Di dalam kereta Daniel dan Isterinya menangis sambil berpelukkan.

"Abang...akhirnya kita jumpa anak kandung kita.."

End


Note: Check out my new Novel Cinta Photographer and my cerpen 1..2..3 Tolong Bangun



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

Liza Licha berkata...

best cerita ni.. hehe.. baca sampai habis

Dalila Samsudin berkata...

@lizalicha thanks kak :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi