Si Weirdo

Aisyah mendengus apabila jam locengnya berbunyi. Dia mengerutkan dahinya
sambil menutup wajahnya dengan bantal tidurnya dengan hasrat dia dapat 
sambung semula masa tidurnya. Namun semuanya sia2 kerana jam loceng
itu masih lagi berbunyi dan disebabkan Aisyah terlalu malas hendak mematikan
jam loceng itu dia bangun dan duduk di atas katil sambil menggarukan kepalanya
yang tidak gatal itu.Dengan hati yang berat dia mencapai jam loceng itu dan melihat
jarum jam itu.

8.30 pagi...

Oh..baru 8.30 pagi...bisik hati Aisyah . Kejap..8.30??! mata Aisyah membulat
apabila menyedari yang dia sudah lambat untuk pergi ke kerja. Aisyah dengan
pantas bangun untuk pergi ke tandas membersihkan diri. Namun dia tidak sedar yang
kakinya terbelit dengan kain selimutnya membuatkan dia terjatuh ke lantai dengan kuat.

"Auch!" ngaduh Aisyah sambil mengusap dahinya yang sedikit merah itu. Itulah yang
sering terjadi kepadanya setiap pagi. Ada saja bahagian badannya yang akan cedera
disebabkan kecuaiannya sendiri. Tidak mahu menghiraukan tentang dahinya itu,
Aisyah pantas bangun dan menuju ke bilik air sambil berdoa yang boss nya tidak akan
memarahinya kerana dia terlambat pergi ke kerja.

***
Aisyah mengintai ke dalam cafe itu untuk mencari kelibat bossnya dan memastikan
line clear baginya untuk masuk ke kedai. Setelah memastikan yang bossnya tidak
ada di situ, Aisyah tersengih lalu masuk ke dalam kedai dengan memakai jaket
dan topi untuk menyamar. Pandangan pelik orang sekeliling langsung tidak dihiraukan.
Aisyah dapat melihat pintu masuk ke dapur semakin hampir dan dia mempercepatkan
langkahnya.Masuk sahaja di situ dia menerima ketukkan yang kuat di kepalanya
membuatkan dia melutut di lantai sambil memegang belakang kepalanya. "Auuuch!!!
Sakitlah!" jerit Aisyah sambil menggosok belakang kepalanya.

Dia kemudian mengangkat kepala untuk melihat siapa punya tangan yang sekeh
kepalanya itu.Ikut hati dia hendak lesing je kepala orang itu namun setelah dilihat siapa
tuan empunya tangan itu Aisyah terdiam. "Eh..boss cantik hari ni" kata Aisyah sambil
tersengih dan bangun dari lantai itu cuba untuk menutup kesalahannya. Bossnya hanya
menjeling tajam ke arahnya sambil mengcekak pinggang. Aisyah menelan air liurnya.
"So..bagitahu aku satu sebab kau lambat atau kau akan menerima azab yang kau sendiri
tak mampu bayangkan" ucap bossnya itu sambil memandang tajam ke arah Aisyah.
Aisyah sudah tidak keruan. "Err..tadi..aku..aku..aku kena cirit birit! hah betul ! aku kena
cirit birit. Tapi disebabkan aku ni pekerja yang baik aku datang juga kedai ni ! So..
Mai..janganlah marah please?" ucap Aisyah sambil memujuk bossnya itu.

Mungkin ramai yang tertanya tanya kenapa Aisyah memanggil bossnya dengan
panggilan kau aku.Well itu disebabkan bossnya itu Mai atau nama panjangnya Maisarah
merupakan bestfriendnya sejak kecik. Sebab itu lah dia dengan selamba memanggil
bossnya dengan panggilan kau berbanding dengan pekerja lain. Mai mengeluh
mendengar alasan kawannya itu. Kalau bukan disebabkan kawan dah lama dia
tendang Aisyah itu keluar dari kedai.Aisyah pula hanya tersengih apabila bossnya
itu tidak dapat melawannya. 

"Sudah! Kau pergi buat kerja sekarang, customer dah ramai tu" arah Mai sebelum
beredar ke dapur. "Ay Ay Chief!" ucap Aisyah sambil tabik kearah bossnya.Setelah
menukar pakaian dan memakai apron, Aisyah menuju ke depan untuk melakukan
kerjanya. Keluar sahaja dia dari dapur itu namanya sudah dipanggil. 

"Aisyah ! Tolong hantarkan ice latte ni dekat meja tiga!" jerit Aiman rakan
sekerjanya sambil menunjuk ke arah air minuman yang berada di dulang itu.Aisyah
mengeluh.Tak sempat2 dia hendak relaks dah kena hantar minuman. Aisyah kemudian
mengangkat dulang itu dan berjalan kearah meja yang disebutkan oleh Aiman itu.
Sampai dimeja itu,Aisyah mempamerkan senyuman manis ataupun palsunya itu kearah
customer lelaki itu.Boleh tahan handsome sempat Aisyah berfikir di dalam hatinya
apabila melihat wajah lelaki itu. Dia kemudian meletakkan air minuman itu ke atas
meja lalu menundukkan kepala untuk beredar namun langkahnya terhenti apabila
tangannya di tarik seseorang atau lebih tepat , oleh lelaki yang dia hidangkan air tadi.
Mata Aisyah membulat.

Ewah sesuka hati mamat ni tarik tangan aku! jerit hati Aisyah namun dia cuba untuk
bersabar dan memandang kearah lelaki itu untuk meminta penjelasan. Lelaki itu
memandang lama kearah Aisyah membuatkan Aisyah berasa tidak selesa. "Err..cik
lepaskan tangan saya,saya ada kerja nak buat" kata Aisyah sambil cuba untuk
melepaskan tangannya namun gagal kerana lelaki itu memegang dengan kuat.

"Kahwin dengan saya.." ucap lelaki itu secara tiba2. Oh..nak kahwin rupanya..tu
pun nak bagitahu aku..eh..jap..kahwin dengan siapa?? bisik hati Aisyah sambil
memandang pelik kearah lelaki itu. "Huh? Kahwin? Cik nak kahwin ke? Apa kena
mengena dengan saya?"tanya Aisyah dengan wajah keliru. Lelaki itu kemudian tersenyum
manis membuatkan jantung Aisyah berdegup dengan pantas melihat senyuman itu."Saya
nak awak kahwin dengan saya"kata lelaki itu sekali lagi. Aisyah diam sebentar cuba
untuk menelan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Setelah faham serta merta matanya
membulat. "Woah! Wait a minute! Apahal tetiba saya kena kahwin dengan awak pulak?!"
tanya Aisyah dengan nada yang kuat membuatkan ramai memandang kearah mereka.

Aisyah berdehem cuba untuk mencover malunya setelah terjerit disitu. Dia
kemudian menggunakan seluruh tenaganya untuk melepaskan tangannya dari
genggaman lelaki itu.Setelah terlepas dia dengan pantas berjalan menuju ke dapur
meninggalkan lelaki itu.

"Si Weirdo...boleh mimpi ngeri aku kalau jumpa dia lagi" bisik Aisyah seorang diri
sambil berjalan masuk .

***
Hari ni Aisyah ditugaskan untuk menjaga kaunter disebabkan salah seorang pekerja
telah berhenti. "Selamat datang ke Mailicious Cafe. Nak order apa?" ucap Aisyah
sambil mengangkat kepalanya untuk melihat customernya. Namun dia menyesal
kerana orang itu ialah Si Weirdo yang sesuka hati ajaknya kahwin. Serta merta
senyuman di wajah Aisyah hilang. Lelaki itu tersenyum manis. "Bagi saya,dark
chocolate latte satu" ucap lelaki itu sambil memandang kearah Aisyah. Aisyah
mengangguk. "Take away kan?" tanya Aisyah. Lelaki itu kemudian mengerutkan
dahinya. "Taklah. Saya nak minum sini" ucap lelaki itu. Kini giliran Aisyah yang
mengerutkan dahinya. "Kalau nak minum sini. Kenapa tak duduk je kat meja tunggu
orang ambik order?" tanya Aisyah . Mujur waktu itu hanya lelaki itu seorang je
yang sedang beratur. "Saja..saya nak tengok awak" kata lelaki itu sambil tersenyum.

Aisyah hanya menjulingkan matanya keatas. Tak class betul ayat mengorat dia
kutuk Aisyah didalam hati. Setelah selesai membuat air itu, Aisyah meletakkannya
di kaunter dimana lelaki itu berdegil untuk menunggu di depan kaunter. "Nah.Harga
dia Rm2.50" ucap Aisyah . Lelaki itu kemudian menghulurkan duit sebelum berkata 
"Oh..incase awak nak tahu. Nama saya Amirul" ucap lelaki itu sebelum beredar dan
duduk di meja yang berhadapan dengan kaunternya itu. "Aku kisah apa nama
kau..Si Weirdo tetap Si Weirdo" ucap Aisyah dengan perlahan.

Sejak hari itu Amirul sentiasa datang ke cafe itu untuk minum termasuk untuk
mengorat Aisyah membuatkan Aisyah semakin rimas dengan kehadirannya.Dalam
beberapa hari itu, Amirul tidak habis2 bercerita tentang dirinya kepada Aisyah
walaupun Aisyah sendiri tidak mahu tahu tentang dia. 

***
 Aisyah sedang berdiri di kaunter sambil memandang ke luar kedai. Dari situ
dia dapat melihat Amirul sedang menuju kearah kedainya membuatkan dia dengan
spontan menundukkan kepalanya di bawah kaunter. Pandangan pelik rakan sekerjanya
tidak dihiraukan. Dia kemudian merangkak menuju ke dapur untuk mengelak dari
berjumpa dengan Amirul. Sampai didalam dia terserempak dengan bossnya Mai.
Mai memandang pelik kearah rakannya itu yang merangkak masuk kedalam dapur.
"Yang kau ni apahal buang tebiat tetiba?" tanya Mai. Aisyah tersengih menahan malu.
"Saja nak check lantai ni licin tak. Takut korang kerja nanti tergelincir tak memasal kan
susah" ucap Aisyah. Mai hanya menggelengkan kepala melihat karenah kawannya itu.

Tapi apa yang Aisyah tidak tahu. Amirul datang ke kedai itu bukan untuk minum
dan mengorat semata mata. Dia ada hal penting yang perlu diberitahu kepada Aisyah
namun setelah melihat langsung tiada kelibat Aisyah didalam kedai. Amirul mengeluh
kesal dan berjalan keluar dari kedai dengan hati yang berat.

To Be Continue
So tanpa disangka cerita ni terlampau panjang dan aku terpaksa bahagikan
kepada dua chapter. Dont worry. Its only have TWO chapter

Part II (Just click)

 


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

3 Itik gebo-gebo:

Am_Mir berkata...

cayalah cerpen ni! (y)
tehee, suka suka suka xD

eyqa yushaiza berkata...

hahaha.. terkejut jugak tadi tetibe kau aku dengan boss.. upenye kawan baik. herr.. giles doubles peliks kot takpernah jumpa kenal pon idok gi ajak kawin. weirdo tahap infinity ni.. ke si Amirul tu pernah kenal dia.. * i wonder.. *

Miss Xyz berkata...

AHAHAHAHAHAHA nama heroin dia... Nice one!


(lama x dtg sini maklumlah org ni nak SPM lainlah org tu dah habis SPM hekhekhek)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi