Cinta Photographer Part 30

Part 29 

Aina duduk di kerusi bersama dengan jurugambar-jurugambar
media yang lain sambil melihat Zain yang sedang ditemu bual
sempena drama terbarunya itu. Aina mengeluh. Lamanya nak
habis aku dah penat ni bisik hati Aina sambil mengambil beberapa
gambar Zain. 

Sepanjang melihat Zain ditemubual itu Aina tidak dapat mengalihkan
matanya melihat senyuman mesra yang diberikan Zain kepada
orang ramai. Kan bagus kalau dia selalu senyum macam tu dekat
aku bisik hati Aina. Namun lepas dia tersedar apa yang dia fikirkan
itu dia cepat2 mengelengkan kepalanya. Dia menarik nafas perlahan
sambil menutup matanya cuba untuk menyedarkan diri tentang Zain
yang kini milik Liyana.

***

Zain dan Aina duduk berdua di seat belakang sambil kereta dipandu
oleh Aina.Sedang Aina khusyuk melihat gambar2 Zain yang diambilnya
tadi Zain tiba2 sahaja bersuara. "Aina esok kau tak payah kerja"
kata Zain tiba2. Aina mengangkat kepala dan memandang kearah Zain
dengan wajah keliru. "Huh?" tanya Aina dengan keliru cuba untuk memastikan
apa yang dia dengar tadi tidak salah. "Esok..kau tak payah kerja" kata Zain
sekali lagi. "Eh? kenapa tiba2?" tanya Aina. Zain mengeluh. Minah ni banyak
tanya betullah kutuk Zain didalam hati. "Aku boss kau, sukahati aku lah nak bagi
cuti dekat kau" jawab Zain dengan harapan Aina tak menyoalnya lagi kalau
tidak habis bocor rahsia Amirul.

Riak wajah Aina berubah menjadi teruja. "Yeay! Thank you Zain!! I love you!"
jerit Aina tiba2 sambil ketawa dan menari tarian kegembiraan di sebelahnya.
Tidak sedar yang dia telah tersebut sesuatu yang membuatkan mata Zain
membulat dan jantungnya berdegup kencang. Zain memandang kearah Aina
namun dia seperti masih tidak sedar dengan perkataan yang keluar dari mulutnya
dan sedang tersenyum seorang diri sambil memandang kearah luar tingkap.

Dump dump dump dump

Ah..tak guna jantung aku ni nak buat hal lagi bisik hati Zain sambil memegang
dadanya. Aina yang perasaan kelakuan Zain itu memandang pelik kearah Zain.
"Zain kau kenapa? sakit jantung ke?" tanya Aina. Zain memandang tajam kearah
Aina sebelum meletakkan semula tangannya kesisi dan memandang kearah luar.
Sakit jantung apanya..ni semua sebab kau lah! bisik hati Zain sambil cuba
untuk menenangkan fikiran dan degupan jantungnya.

Sampai di rumah Zain terus masuk kerumahnya tanpa memandang dan bercakap
dengan Aina. Dia betul2 keliru dengan perasaan dia sekarang ni.

Aina hanya memandang kosong kearah Zain. Datang bulan lahtu~ kutuk
hati Aina selepas melepas kelakuan Zain yang tiba2 saja berubah. Dia kemudian
masuk kerumahnya sambil menyanyi lagu yang diciptanya sendiri kerana terlalu
gembira dapat berehat pada esok hari. Aina terjun keatas katilnya sambil melepaskan
nafas lega. Matanya ditutup.

  (..........)

"Ya Allah ! Apa aku cakap tadi !!" jerit Aina sambil bangun dari katil dengan mendadak.
Baru sahaja tadi dia tutup mata dan mengingat kembali situasi didalam kereta tadi.
Kemudian dia baru sedar tentang apa yang dia ucapkan kepada Zain tadi.

Wajah Aina membahang dan merah padam. Aina memegang pipinya yang terasa
panas itu. "Ah! Malunya..kenapa aku cakap macam tu kat dia!" jerit Aina sambil
menekup muka dia. Dia kemudian baring semula keatas katilnya dan menekup
mukanya dengan bantal sambil menjerit. "Malunyaa !" jerit Aina.

To be continue
I love you~ lalalala Aina ~ I love you~ Zain mengaku jelah cepat!
Oh upcoming chapter will be ~ DATE WITH AMIRUL~ Yeay

 Shy Aina is shy~
Sorry.. aku tengah usaha untuk menyiapkan chapter lain sampai
lupa nak publish chapter sambungan. Sorry..
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Unknown berkata...

OMG...amboi..excited dapat cuti noo...tersasulll sasul..hehehee...


x0x0 ^___^

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi