perubahan yang berlaku kepada Aina. "Cantik pun. Okay dah sekarang
ni kita pergi tengok wayang" ajak Amirul lalu berjalan untuk pergi ke panggung
wayang. Aina hanya mengeluh. Dia dapat rasakan yang hari ni dia pasti akan
kepenatan kerana melayan karenah Amirul itu.
"So.. awak nak tengok cerita apa?" tanya Amirul kepada Aina sambil melihat
paparan nama filem yang sedang ditayangkan di skrin. Aina memandang satu
persatu senarai filem itu. "Um.. tengok cerita Frozen nak?" pinta Aina sambil
tersenyum. Amirul mengerutkan dahinya. "Alah.. saya ingat nak tengok cerita
Thor tadi" kata Amirul sambil memasamkan muka. "Tak best lah.. cerita Frozen
kelakar..Thor tu saya tak tengok yang first" kata Aina . Amirul diam sebentar
memikirkan sesuatu. "Please..?" pujuk Aina sambil membuat riak wajah comel
kearah Amirul. Amirul mengeluh. "Yelah.. macam budak2 lah awak ni tengok
cerita kartun" kata Amirul . Aina hanya tersengih.
Selesai membeli tiket Aina dan Amirul masuk ke panggung wayang untuk
menonton cerita Frozen yang dipilih oleh Aina itu . Sepanjang masa di dalam
panggung wayang itu Amirul tidak henti henti menguap,Aina hanya ketawa
melihat tingkah laku Amirul itu .
***
Selesai melakukan rakaman Zain keluar dari studio itu dan baring ke
atas sofa yang berada disitu. Zain mengeluh sambil memandang kearah
siling. Marina datang dan meletakkan secawan jus oren di atas mejanya.
"Zain, nah air. Minumlah, dari tadi asyik menyanyi je" kata Marina sambil
duduk di kerusi yang berhadapan dengan Zain. Zain hanya memandang sekilas
kearah jus oren itu sebelum memandang semula kearah siling. Marina
mengelengkan kepalanya. Sejak pagi tadi Zain asyik diam sahaja langsung tak
bising seperti selalu. Selalunya kalau ada Aina , riuh satu studio dengan suara diorang.
Baru sahaja Zain hendak melelapkan mata, telefon bimbitnya berbunyi.
Zain mendengus menahan marah. Siapalah yang telefon waktu2 macam
ni marah Zain di dalam hati sambil mengeluarkan handphonenya dari dalam
poket. Zain melihat nama panggilan itu . Liyana
"Hello"
"Hai Zain ! Sayang apa khabar? Sorry saya tak call awak semalam"
"Sihat je.. Oh okay tak apa. Awak tak kerja ke? bila balik sini?"
"Tengah rehat sekarang. Saya tak tahu lah awak..jadual saya padat
sangat dekat sini.."
" Oh.. okay tak apa saya faham. Okay lah awak . Saya busy sekarang ni.
lain kali kita call lagi okay"
"Ah.. okay.. sorry ganggu. Bye sayang. I miss you"
"Okay. Bye. I miss you too"
Zain kemudian mematikan panggilan telefonnya. "Zain kenapa
tipu liyana kata awak busy?" marah Marina. Zain hanya memekakkan
telinganya lalu menutup mata untuk sambung tidurnya. Marina mengeluh.
***
Selesai menonton wayang, Amirul membawa Aina ke Arcade dan disitu
mereka berdua bermain sehingga tidak ingat dunia. Amirul berjaya mendapatkan
Aina patung patrick manakala Aina mendapatkan Amirul patung Spongebob
melalui mesin permainan.
"Ah.. penatnya" kata Aina sambil mengeliat. Amirul tersenyum. "Lepasni
kita pergi makan pulak. Jom" kata Amirul dengan semangat. Aina mengeluh.
Bila agaknya dia dapat rehat ni ..
Amirul membawa Aina ke sebuah restoran mewah . Aina tercengang.
"Err.. Amirul kita makan kat kedai biasa jelah" pinta Aina sambil menarik
hujung baju Amirul untuk menghalangnya dari masuk. Amirul tersenyum.
"No. Makan kat sini juga. Tak apa saya belanja" kata Amirul. Aina
mengerutkan dahinya. Ni bukan pasal belanja ke apa, ni sebab Aina
berasa tidak selesa bila makan di kedai yang mewah dan dipenuhi
orang2 yang kaya ni. Namun Aina tetap mengekori Amirul dari belakang
dan menuju masuk ke dalam restoran itu .
"Yes sir. Encik nak meja untuk berapa orang?" tanya pekerja di kedai itu.
" Saya dah buat reserved atas nama Putra Amirul" kata Amirul sambil
tersenyum. Pekerja itu mengangguk kan kepala lalu tersenyum. Dia
kemudian menunjukkan Amirul dan Aina arah ke meja mereka. Aina
terkedu melihat keadaan meja mereka.
Mejanya di alas oleh kain putih. Dan terdapat bunga ros dan 2 batang
lilin di tengah2 meja itu. Aina memandang pelik kearah Amirul.Amirul
hanya tersengih lalu berjalan dan menarikkan kerusi untuk Aina. Dia
kemudian mengisyaratkan Aina untuk duduk. Aina hanya akur dan duduk
di kerusi yang ditarik oleh Amirul itu. Amirul kemudian duduk di hadapan
Aina dengan senyuman yang tidak pernah lengkang dari bibirnya.
Entah kenapa Aina rasa tidak sedap hati tentang perkara ni.
To Be Continue
1 Itik gebo-gebo:
Wahh,,suspen nihhh.....
continue reading.....
x0x0
Catat Ulasan