Cinta Photographer Part 31

Part 30 

Keesokkan harinya..

Memandangkan Aina tidak pergi ke kerja Aina hanya menonton
tv sambil rambutnya diikat tocang dua dengan semangkuk aiskrim
coklat ditangannya. Bosannya.. rungut Aina sambil menyuap aiskrim
coklat ke dalam mulutnya. Masa rehatnya terganggu apabila loceng
rumahnya berbunyi. Aina mengerutkan dahinya. Siapa pulak yang
datang ni bisik hati Aina sambil berjalan ke pintu rumah dengan masih
membawa mangkuk aiskrimnya itu..

Aina membuka pintu rumahnya dengan sudu yang disumbat didalam
mulut dan rambutnya bertocang dua. Matanya membulat melihat
orang yang sedang berdiri di hadapannya. "Amphmirul??" kata Aina
dengan mulut yang masih lagi mengigit sudu. Amirul ketawa melihat
gelagat Aina. " Amphmirul? Cantik nama saya!" perli Amirul sambil
tersenyum. Aina dengan pantas mengeluarkan sudu daripada mulutnya
dan diletakkan ke dalam mangkuk. "Um.. awak nak apa datang?" tanya Aina sambil
memandang pelik kearah Amirul yang sedang tersengih di depannya.

"Jom keluar?" pelawa Amirul. Aina diam seketika untuk berfikir. "Pleaseee..."
pujuk Amirul lagi sambil mengenggam tangannya di dada seperti budak
kecil meminta gula2 dari ibunya. Aina mengeluh. "Yelah2. Tunggu kat bawah"
kata Aina lalu menutup pintunya tanpa sempat Amirul membalas. Amirul melompat
kegembiraan apabila pelawaannya diterima.

***
Zain termenung lama di studio rakamannya. Fikirannya serabut. Sepanjang masa
dia fikirkan apa yang Aina dan Amirul buat. Diorang tengah dating ke? Amirul
dah confess ke? Aina terima ke Amirul tu?? semua itu bermain difikiran
Zain. Lamunannya terhenti apabila ada suara memanggilnya dari luar memalui
pembesar suara di bilik. "Err. Zain are you okay?" tanya komposer itu apabila
melihat Zain termenung dan tidak menyanyi di dalam bilik rakaman itu. Zain
menundukkan kepalanya sambil meminta maaf. "Maaf. Saya okay, kita mula
balik lah" kata Zain sambil menggaru kepalanya. Komposer itu mengangguk lalu
lagu pun dimulakan. Zain menarik nafasnya sebelum mula menyanyi.

Aina berjalan keluar dari lif dan berjalan keluar menuju tempat parking kereta
di mana Amirul sedang menunggu. Amirul yang sedang menunggu Aina sambil
bersandar dikereta sportnya tersenyum apabila melihat kelibat Aina berjalan
kearahnya. "Aina!" panggil Amirul dengan teruja sambil melambai. Aina ketawa
kecil melihat reaksi kebudak budakkan Amirul itu. "So kita nak pergi mana kali
ni?" tanya Aina sambil memandang kearah Amirul. Amirul membukakan pintu
kereta untuk Aina lalu tersenyum . "Rahsia~" jawab Amirul sambil mengisyaratkan
Aina untuk masuk kedalam. Aina mengeluh. Itu jelah jawapan yang selalu dia dapat
dari Amirul kalau mereka hendak keluar. Setelah Amirul masuk kedalam keretanya,
dia kemudian mula memandu kereta itu sambil menyanyi perlahan mengikut lagu
yang keluar di corong radio. Aina memandang pelik kearah Amirul. Happy semacam
je dia hari ni bisik hati Aina.


***

Mereka kemudian tiba di shopping compleks, Aina kemudian keluar dari kereta
riak wajah keliru. Amirul hanya tersengih kearah Aina. "Jom!" pelawa Amirul
sambil berjalan masuk ke bangunan itu dengan wajah yang ceria. Aina hanya
mengekori Amirul dari belakang.

Aina kemudian dibawa ke kedai baju yang kalau dilihat dari jauh pun tahu
ianya untuk golongan yang kaya raya. Aina menelan air liur. Terasa dirinya
kecil apabila masuk kedalam kedai itu. Pekerja di situ menunduk hormat
kearah Amirul dan Aina. Aina hanya bersembunyi di belakang Amirul.
Amirul tersenyum melihat gelagat Aina. "Awak kenapa?" tanya Amirul
dengan nada mengusik. Aina memuncungkan mulutnya sambil memandang
tajam kearah Amirul. "Kita buat apa kat sini? Malulah. Saya dahlah tengah
serabai ni" bisik Aina sambil menarik hujung baju Amirul untuk mengajaknya
keluar dari kedai. Amirul ketawa. "Sebab awak tengah serabailah saya bawa
awak kat sini. Saya nak ubah awak jadi cantik" kata Amirul sambil mengenyitkan
matanya. Mata Aina membulat. 

"Eh?Bi.." belum sempat Aina hendak menghabiskan kata katanya Amirul sudah
menolak Aina masuk ke bilik persalinan. "Sudah. Awak tunggu sini. Saya nak
ambilkan baju untuk awak" arah Amirul lalu berjalan pergi. Aina mengeluh.
Dia memandang sekeliling dan dapat melihat ada pekerja yang berbisik bisik
sambil memandang kearahnya. Aina mengigit bibirnya sambil menundukkan
kepala menahan malu. Lambatnya Amirul ni bisik hati Aina. 

Lepas beberapa minit Amirul datang membawa sehelai vintage dress dan
seluar jean berwarna hitam kearahnya. "Nah, tukar pakai ni" arah Amirul
sambil menghulurkan baju itu kepadanya. Aina mengeluh lalu menutup pintu
bilik persalinan itu untuk menukar pakaian.

Amirul duduk di kerusi yang disediakan di kedai itu untuk menunggu Aina
menyalin baju. Apabila terdengar pintu bilik persalinan itu dibuka, Amirul
dengan pantas memandang kearah bilik itu. Namun hanya kepala Aina yang
kelihatan. Wajah Aina merah padam menahan malu. Dia tidak pernah pakai
baju dress ni selalu pakai tshirt biasa je untuk pergi mana2. Amirul menahan
ketawa melihat kelakuan Aina itu. "Awak buat apa dalam tu? Keluarlah"
kata Amirul sambil ketawa. Aina membuka luas pintu itu dan Amirul tersenyum
melihat Aina memakai dress itu . Nampak sweet dan comel. Aina mengerutkan
mukanya. "Saya tak sukalah pakai baju macam ni" ngadu Aina sambil memasamkan
muka. "Alah untuk hari ni je. Please?" pujuk Amirul. Aina mengeluh. Memang tak lah
dia akan menang bila dengan Amirul ni . Amirul tersenyum puas dia kemudian
bangun dan menuju kearah Aina. "Okay, jom pergi. Baju awak tu letak dalam plastik
then kita pergi make up pulak" kata Amirul dengan teruja.

Mata Aina membulat mendengar kata2 Amirul. "Makeup? No way! Saya tak
suka lah" marah Aina sambil memeluk tubuhnya. Amirul diam seperti memikirkan
sesuatu. "Okay2.Kalau macam tu kita ubah hairstyle awak je takyah makeup okay?"
pujuk Amirul. Aina mengeluh lalu mengangguk. Mereka berjalan keluar dari kedai
itu namun Aina tiba2 teringat sesuatu. " Eh awak tak bayar ke baju ni?" tanya Aina
apabila mereka main seloroh keluar dari kedai lepas sudah masukkan baju Aina
yang lama kedalam plastik tadi. Amirul memandang kosong kearah Aina. "Bayar
buat apa?" tanya Amirul. Aina memandang pelik kearah Amirul. " Eh kita kan
beli baju ni dari kedai tu kenalah bayar" terang Aina. Amirul kemudian ketawa.
"Tak payah. Kedai tu keluarga saya punya. Buat apa nak bayar" jawab Amirul
sambil berjalan. Aina ternganga. Kedai tu keluarga dia punya..kaya betul
mamat ni bisik hati Aina. Lalu dia pun berjalan mengekori Amirul dari belakang.

To be continue
Opss. Sorry ingat nak sambung terus part date tapi
dah panjang sangat sooo... wait for the next chapter!

Hey Jinki pun setuju tau~

 
 
I DONT KNOW HOW TO WRITE ABOUT A DATE
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Tunggu pun tunggu lah..setia menanti nie...


x0x0 ^___^

Zuyyin Hijrah berkata...

:D hee ..ingtkn da part si amirul nak prpose Aina..hhe

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi