1..2..3 Tolong Bangun

Kelihatan seorang budak perempuan berusia 7 tahun sedang berjalan
seorang diri, bajunya labuh berwarna putih. Di tangannya terdapat jarum
yang dicucuk dan wajahnya pucat. Walaupun keadaannya begitu,senyuman
di bibirmya tidak pernah lengkang . Dia tersenyum kearah nurse  yang
sedang sibuk bekerja.

"Mia? Kenapa keluar dari bilik. Nanti parent mia marah tengok mia takda dalam
bilik" tegur seorang nurse perempuan sambil menunduk kearahnya. Mia memuncungkan
mulut. "Alah..tapi Mia bosan. Asyik duduk dekat situ je. Mia dengar ada kawan baru
masuk betul ke?" tanya Mia dengan teruja. Mia yang sudah lama duduk di hospital
kerana sakitnya sememangnya sudah kenal dengan ramai pesakit kanak2 di hospital itu.
Dan Mia suka melawat mereka dan menghabiskan masa dengan mereka. 

Nurse itu tersenyum melihat telatah Mia. "Yup, dia kat dalam bilik tu. Dia baru masuk
semalam" kata nurse itu sambil menunjukkan kearah bilik tersebut. Mia tersenyum manis.
"Mia nak pergi melawat dia boleh?" tanya Mia dengan memandang nurse itu dengan
penuh harapan. Nurse itu  kemudian mengusap kepalanya. "Boleh, tapi jangan lama2 tau"
pesan nurse itu sebelum pergi semula ke tempat kerjanya. 

Mia berjalan menuju ke arah bilik itu dan membuka pintu bilik itu dengan perlahan
untuk menjenguk kedalam . Kelihatan seorang budak lelaki lingkungan 8 tahun sedang
membaca buku cerita di atas katil. Wajahnya pucat dan badannya kurus . Mia mengentap
bibirnya sebelum masuk kedalam . Budak lelaki itu masih lagi tidak sedar akan kehadiran
Mia.Mia mengenggam hujung bajunya itu sambil memandang kearah budak lelaki itu.

"Um.. Hai" kata Mia sambil melambai kearah budak itu . Budak lelaki itu mengangkat
kepalanya dan mengerutkan dahinya apabila memandang kearah Mia. "Hai? Uh.. awak
siapa?"tanya budak itu . Mia tersenyum mesra. "Saya Mia, saya duduk kat bilik hujung
sana tu. Saya datang sini nak melawat awak" kata Mia dengan mesra sambil menunjukkan
arah biliknya.Budak lelaki itu ketawa. " Pesakit melawat pesakit yang lain? Ahaha awak ni
kelakarlah"kata lelaki itu. Mia memuncungkan mulutnya. Sedar tentang perubahan
wajah Mia,lelaki itu berhenti dari ketawa dan tersenyum kearah Mia. "Sorry, saya gurau je.
Nama saya Danish"kata lelaki itu sambil tersenyum. Semenjak hari itu Mia dan Danish
semakin rapat dan sentiasa luangkan masa bersama.

***

Mia berjalan pantas kearah bilik Danish sambil menegur dan melambai kearah nurse
yang sedang bekerja. Sampai didalam, Mia berjalan masuk dan melihat Danish sedang
tidur lena di atas katil . "Danish ... Bangun !" bisik Mia di telinga Danish sambil mencucuk
cucuk badannya. Mia mengerutkan dahinya apabila Danish langsung tidak bergerak. Mia
kemudian membisik lagi ke telinga danish . "Danish ! bangun! " bisik Mia. 

Mia mencengkak pinggangnya lalu berkata , "Danish, saya kira sampai tiga awak tak
bangun siap awak" kata Mia. Namun Danish masih lagi tidak bergerak. Mia kemudian
menutup matanya lalu mula mengira. " 1.....2......3!" kira Mia lalu membuka matanya
dan melihat Danish yang sedang tersenyum kearahnya. Mia kemudian memuncungkan
mulutnya."Awak ni ! Selalu sangat buat macam ni tau. Penat saya kejut awak" marah Mia.
Danish hanya ketawa melihat Mia. Seronok dapat kenakan kawannya.

***

Mia melihat Danish yang sedang tekun membaca buku. "Um.. Danish. Kenapa
awak asyik baca buku je? Best ke?" tanya Mia. Danish tersenyum. "Best,saya
nak berjaya sebab tu saya suka membaca. Saya nak jadi pilot !" kata Danish
dengan bangga . "Wah? Pilot tu best ke?" tanya Mia. Danish mengangguk dengan
pantas. "Yup ! Nanti saya dapat tengok awan yang berada di atas langit tu, and
kalau bernasib baik saya nak tengok pelangi dari atas!" terang Danish dengan
bersungguh sungguh. Mata Mia bersinar apabila mendengar cerita Danish. "Wah!
Cerita lah lagi !" pinta Mia . Danish kemudian menceritakan segalanya tentang pilot
kepada Mia dan Mia hanya mendengar dengan perasaan yang penuh teruja.

"Satu hari nanti, awak janji tau dengan saya yang awak akan ajar saya sampai
pandai" kata Mia. Danish menganggukkan kepalanya
***

Mia dan Danish sama2 makan roti sandwich yang dibuat oleh ibu Danish. Ibunya
seorang ibu tunggal. Dan Danish selalu memuji masakan ibunya dan selalu berkongsi
makanan dengan Mia. Mia pun kadang2 akan membawa makanan yang parentnya
bawa untuknya kepada Danish. "Kamu berdua makanlah, makcik nak pergi bawah
kejap"kata ibu Danish sambil mengusap kepala Mia dan Danish sebelum keluar dari
wad bilik itu.

"Mia.. janji dengan saya. Kalau saya takda. Awak tolong jaga mak saya. Saya
taknak mak saya keseorangan" kata Danish sambil memandang kearah Mia. Mia
tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. "Janji !" kata Mia sambil menyimpulkan
jari kecilnya dengan Danish sebagai tanda berjanji.

***
Waktu itu hujan lebat, Mia dikejutkan oleh ibubapa sewaktu sedang tidur.
"Mia.. bangun sayang..Danish.." kata ibu Mia sambil mengusap kepala Mia.
Dahi mia berkerut melihat ibunya seperti sedang menangis. Matanya merah, dan dia
nampak muram. "Kenapa mama? Kenapa dengan Danish?" tanya Mia dengan nada
keliru sambil bangun dari katilnya. Ibunya hanya diamkan diri lalu mendukungnya .
Mia memandang kearah ibu dan ayahnya untuk meminta jawapan namun langsung
tiada jawapan yang diterimanya. 

Mia dibawa oleh ibunya ke dalam wad Danish. Mia tersenyum melihat Danish
yang sedang lena tidur diatas katil. Ibunya pula sedang duduk sambil menundukkan
mukanya. Mia meminta ibunya melepaskannya lalu dia berlari kearah Danish.
"Danish!saya dah datang. Bangunlah" kata Mia dengan ceria. Namun Danish masih
lagi tidak membuka matanya. Ibu Danish kemudian berjalan keluar dari bilik itu
dengan pantas.

Mia kemudian menjengketkan kakinya dan membisik kearah telinga Danish.
"Danish..bangun!" bisik Mia. Namun masih lagi tiada reaksi dari Danish. Mia
kemudian tersenyum."Okay.. saya kira sampai tiga awak tak bangun siap awak"
kata Mia lalu menutupkan matanya.

"1...."

"2..."

"3...!"

Mia membuka matanya namun Danish masih lagi sedang menutup mata. Dahi Mia
berkerut. Mia memandang kearah ibubapanya dengan wajah keliru. Ibu sedang
dipeluk oleh ayahnya sambil menangis. Mia mengerutkan dahinya. "Saya kira lagi
okay. Kali ni tolong bangun tau!" kata Mia.

"1..."

"2..."

"3.. !"

Mia membuka matanya dan terdiam apabila Danish masih lagi tidak bangun. Mata Mia
mula berkaca. "Ma...kenapa Danish taknak bangun..? Mia dah kira sampai tiga.." tanya
Mia dengan nada perlahan . Ibu Mia mengesat air matanya dan memegang bahu Mia.
"Mia... Danish..dah tak ada.. Dia tak boleh bangun dah.." terang ibu Mia dengan perlahan.

Mata Mia membulat. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh ibunya. Tapi dia masih lagi
tidak mahu mengalah. "Tak.. dia akan bangun. Dia main2 je ni..Danish sudahlah tu. Saya
taknak main macam ni lagi" kata Mia sambil mengenggam baju Danish. "Saya kira lagi 
tau ! kali ni awak mesti bangun  ! Mesti !" Mia kemudian menutup matanya, air matanya
dibiarkan mengalir.

"1..."

"2...." Mia mula menangis dengan teresak esak . Namun matanya masih tertutup

"3....tolong bangun.." kata Mia lalu membuka matanya. Melihat keadaan Danish yang
masih tidak bangun itu Mia mula menangis dengan kuat . "Danish! Bangunlah ! Awak
janji nak ajar saya sampai berjaya ! Awak janji dengan saya nak jadi pilot ! Awak kata
nak tengok awan sama2 dengan saya !" marah Mia sambil menangis . Ibu Mia mula
menenangkan Mia dengan memeluknya.

Mia meronta ronta cuba untuk melepaskan pelukan ibunya. Setelah terlepas dia
memandang kearah Danish dengan air mata yang mengalir. "Saya..saya kira lagi tau!
Awak bangun tau ! Ingat awak dah janji dengan saya !" kata Mia teresak esak lalu dia
menutup matanya. Dia kemudian mengira sampai tiga dan perkara itu berulang beberapa
kali sehinggalah ayahnya berhentikan tindakannya itu .

Sepanjang hari itu Mia menangis di dalam biliknya kerana dia baru sahaja kehilangan
seorang kawan.

***

Beberapa tahun kemudian.

Mia kini berusia 25 tahun. Dia sudah bekerja sebagai seorang pilot seperti yang
dia dan arwah Danish janjikan suatu masa dahulu. Ibu Danish kini tinggal bersama
dengan keluarga Mia. Mia sudah menganggap Ibu Danish itu sebagai ibunya.

Mia mendongak dan memandang kearah langit yang dipenuhi awan . 

"Saya dah berjaya Danish..Saya dah tunaikan janji saya" kata Mia seorang
diri sambil tersenyum .


End
First time buat story one shot macam ni. So..How?




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Unknown berkata...

Owwhhh dear...tersentuh...i can feel it...ni kalau dengar lagu slow slow ni sure hujan turun...hahaha...

BTW..ni link blog baru akak...
Scarf Perfume..personal blog tak buat2 lagi...ahahahaa...biz blog jer...ada masa & kalau rajin singgah laa...

http://scarfperfumewangianperibadi.blogspot.com/

x0x0 ^___^

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi